Memaparkan catatan dengan label Umat Islam Pelbagai Tempat di China Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umat Islam Pelbagai Tempat di China Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Papar semua catatan

01 Disember 2009

Umat Islam Pelbagai Tempat di China Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Hari ini ialah Hari Raya Aidil Adha. Lebih 20 juta orang umat Islam di pelbagai tempat di China menyambut hari kebesaran tersebut secara meriah.


Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang memakai pakaian yang cantik dan berkumpul beramai-ramai di masjid untuk menyambut Hari Raya Aidil Ahda.

Umat Islam di Wilayah Autonomi Hui Ningxia juga mengadakan solat berjemaah dan pengorbanan untuk merayakan pesta tersebut.


Selain itu, seramai 6 ribu orang umat Islam dari dalam dan luar negara berkumpul di Masjid Niujie, masjid yang terbesar di Beijing, untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.

CRI/-