Sidang DUN berlangsung mengundang sejarah.Speaker Dewan, YB V.Sivakumar memulakan sidang DUN walaupun berdiri.Syabas!04 Mac 2009
JAM 12.00 Tengahhari : Rentetan Peristiwa bersejarah 3 MAC 2009
Sidang DUN berlangsung mengundang sejarah.Speaker Dewan, YB V.Sivakumar memulakan sidang DUN walaupun berdiri.Syabas!Jam 11.48: Semua ADUN PR beredar pulang
Semua ADUN PR beredar meninggalkan pejabat DAP untuk kembali ke tempat penginapan masing-masing sambil dikawal ketat oleh Unit AMAL dan petugas khas yang dilantik
Jam 11.28 pagi: Penyokong PR memberikan sokongan
Lebih kurang 500 orang penyokong Pakatan Rakyat(PR)sedang berkumpul dihadapan pejabat DAP bagi memberikan sokongan kepada semua ADUN PR yang berada di pejabat DAP.
Kelihatan beberapa pemimpin PR dan ahli-ahli Parlimen sedang memberikan ucapan kepada penyokong PR.
Mereka menaikkan sepanduk dan melaungkan ucapan sokongan kepada kerajaan PR negeri Perak.
Kelihatan beberapa pemimpin PR dan ahli-ahli Parlimen sedang memberikan ucapan kepada penyokong PR.
Mereka menaikkan sepanduk dan melaungkan ucapan sokongan kepada kerajaan PR negeri Perak.
jam 11.00 pagi: Sidang MEDIA telah berakhir
YAB MB mengatakan di sidang media dimana beliau mengecam tindakan polis yang menghalang ADUN PR daripada memasuki Bangunan SUK dan mengecam tindakan kasar ke atas beberapa orang ADUN.
Berita sepenuhnya akan menyusul
Berita sepenuhnya akan menyusul
Jam 10.39: Sidang MEDIA tergempar diadakan
jam 10.28 pagi: SIDANG DUN berjalan lancar
Sidang DUN berjalan dengan lancar ditempat yang ditetapkan Speaker kira-kira 100 meter dari pintu masuk bangunan SUK.
Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja.Usul ADUN Titi Serong disokong oleh ADUN Canning.Usul ADUN Teja disokong oleh ADUN Hutan Melintang.
Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri.
Ustaz Misbah yang dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.
Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan.Disokong oleh ADUN Sungkai.
Usul diterima sebulat suara.
YAB MB, ADUN Pasir Panjang usulkan dewan ditangguh.Disokong oleh ADUN Sungkai.
Sidang ditangguh.(10.32 pagi)
(gambar diambil dari albanjari online)

Jam 10.13 pagi: Sidang DUN PERAK sedang berlangsung sekarang
Speaker, YB V.Sivakumar umumkan kawasan berdekatan dengan SUK, iaitu kira-kira jarak 100 meter sebagai tempat untuk bersidang. Sidang Dewan DUN Perak sedang berlangsung
Jam 9.53 pagi:ADUN PR tetap tidak dibenarkan masuk SUK
ADUN PR tetap tidak dibenarkan masuk ke SUK, itu yang diberitahu oleh pihak pengawal dan polis pada waktu ini
JAM 9.50 Pagi: ADUN Simpang Pulai dihalang POLIS
ADUN Simpang Pulai, YB.Chan Ming Kai di halang dan diseret polis dari memasuki SUK
JAM 9.42 pagi:Kami dihalang masuk
BN guna gangster untuk menghalang semua ADUN PR dari memasuki Bangunan SUK.
Semua ADUN PR termasuk pengawal-pengawal dan unit AMAL tidak melawan. Kami terpaksa berundur sebentar sementara mencari jalan untuk masuk
Semua ADUN PR termasuk pengawal-pengawal dan unit AMAL tidak melawan. Kami terpaksa berundur sebentar sementara mencari jalan untuk masuk
JAM 9.15 Pagi:ADUN PR bergerak ke Dewan
Semua 28 ADUN PR sekarang bergerak ke Bangunan SUK, tempat dewan akan bersidang pada jam 10 pagi ini.
Kami menjangkakan, kami dapat melaksanakan sidang seperti yang direncanakan
Kami menjangkakan, kami dapat melaksanakan sidang seperti yang direncanakan
Sidang DUN pagi ini.
Kami tetap akan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Sidang Tergempar DUN Perak sebentar lagi.Maklumat semua jalan masuk ke bangunan itu telah dikepung dengan sekatan oleh pihak keselamatan sejak kelmarin. Tapi itu bukan masalah kami, itu adalah masaalah BN yang sangat terdesak pada saat ini.
Siapalah Kita.
Masa berlalu begitu cepat, katanya ia sentiasa mencemburi kita. Saat kepada minit, minit kepada jam, jam kepada hari, hari kepada bulan, bulan kepada tahun....lantas tersentak kita usia semakin dipenghujungnya.Semakin hari usia semakin lanjut. tenaga semakin kurang, urat semakin kendur, sendi sudah sakit-sakit, nafas sudah semput , namun masih belum insafkah kita.
Kembalilah kepada jalan Islam yang menyelamatkan dalam semua aspek kehidupan.
Langgan:
Catatan (Atom)