04 Mac 2009

jam 10.28 pagi: SIDANG DUN berjalan lancar


Sidang DUN berjalan dengan lancar ditempat yang ditetapkan Speaker kira-kira 100 meter dari pintu masuk bangunan SUK.

Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja.Usul ADUN Titi Serong disokong oleh ADUN Canning.Usul ADUN Teja disokong oleh ADUN Hutan Melintang.

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri.

Ustaz Misbah yang dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan.Disokong oleh ADUN Sungkai.

Usul diterima sebulat suara.

YAB MB, ADUN Pasir Panjang usulkan dewan ditangguh.Disokong oleh ADUN Sungkai.

Sidang ditangguh.(10.32 pagi)

(gambar diambil dari albanjari online)

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga keputusan sidang dihantar segera kpd Yang Mulia Tuanku.

Moga segera DUN dibubarkan segera.

Tak sabor nak balik kg mengundi

Tanpa Nama berkata...

Dilanjutkan Allah usianya Sultan

Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

azhar berkata...

salam...
Sultan boleh bubarkan DUN...nama Sultan bertakhta semula di hati rakyat...

Unknown berkata...

cEPAT PERSEMBAHKAN KPD sULTAN...
Kita semua nak dengar reaksi Sultan pulak..

Tanpa Nama berkata...

sultan dah blah gi singapork

Tanpa Nama berkata...

Dimana persidangan ini berlaku? Dibangunan DAP atas kedai nasi kandar ka? Pagi ini jam teruk depan SUK. Saya nak lalupun susah. Sesiapa ada maklumat terkini sila sampaikan.

Tanpa Nama berkata...

sultan jangan dok buat nganga dah la...

Tanpa Nama berkata...

cepat sembahkan keputusan dun.minta sultan azlan bubarkan dun untuk selesaikan masalah di perak ni.... sultan perlu buat tindakan jgn bersekongkol dengan bn haram.

drp:man kidal

Tanpa Nama berkata...

arap2 kali ni DYMM perkenankan Usaha/Doa dan Harapan seluruh Rakyat negeri perak yang mahukan keadilan dimuka bumi perak yg dirahmati ini insyaAllah,dan seluruh Rakyat sedang menantikan dengan penuh sabar pekenan dari DYMM,sembah rayu patik pohonkan dari tuanku bawalah negeri pemerintahan tuanku ini keluar dari kezaliman.pohon tiada diulangi kesilapan titah paduka seri....Aragon_Perak

Tanpa Nama berkata...

Salam YB, Kalau sultan tak nak terima mengadap untuk bubar dun, sembah derhaka agar sultan berhenti jadi sultan, pergi main jauh-jauh. Kita tahu dia diugut PakJib, tapi antara bisnes anak2nya dan harapan rakyat marhaen, dipilihnya bisnes anaknya tu dulu.Kalau dah tak sanggup, berammmm lah dari takhta tu.

Tanpa Nama berkata...

ALLAH BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR.KEJAYAAAN YANG TAK DISANGKA-SANGKA AKAN TIBA DENGAN IZIN ALLAH DAN USAHA MB MESTI BERTERUSAN...INSYAALLAH. ALLAH HUMMA AMIN...