IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, hari ini membuat laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kerana didakwa menghalang mereka dan 26 Adun yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.
"Kami dihalang secara jelas oleh Azisman melalui pengumuman yang mengarahkan kami tidak masuk atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim", kata Khalil di perkarangan IPD Ipoh, hari ini.
Nga pula berkata, Abdul Rahman dipertanggungjawabkan kerana menghalang Adun daripada memasuki bangunan dengan mengunci dewan menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat diadakan dalam bangunan.
Selepas tidak dibenarkan masuk ke dewan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker mengadakan persidangan tergempar DUN di bawah pokok, 100 metar dari bangunan itu pada jam 10.05 pagi tadi.
Azisman ketika ditemui berkata, kedua-dua wakil rakyat itu berhak untuk membuat laporan dan polis akan menyiasat.
"Terpulang kepada pihak atasan untuk mengambil tindakan kerana tugas yang dilakukan oleh polis adalah arahan daripada SUK," katanya. - Bernama

1 ulasan:
syukran YB.saya harap YB dapat informkan maklumat terkini tentang crisis di perak sekarang nie.teruskan perjuangan anta YB.
Catat Ulasan