Suatu hari wali Allah Ibrahim bin Adham melalui suatu majlis keramaian dengan keseronokan dan riuh rendah lalu beliau mengatakan inilah orang-orang yang tidak bersyukur.
Pada masa yang lain beliau melalui satu rumah yang ada kematian dengan kedengaran tangisan menanda kesedihan yang amat sangat dengan perginya orang tersayang. Lalu beliau mengatakan inilah orang-orang yang tidak bersabar.
Antara syukur dan sabar adalah dua akhlak mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam. Apalagi setiap pejuang Islam mestilah memiliki kedua sifat ini dalam menempuh liku-liku perjuangan yang penuh onak dan duri ini. Seorang pejuang yang telah memiliki dua sifat ini pasti akan menempuh liku-liku perjuangan dengan satu keyakinan, yakni kemenangan yang hakiki hanyalah ketentuan dari Allah SWT. Kalah di dunia tidak bermaksud kalah di sisi Allah.
Firman Allah SWT :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 155)
Sifat orang yang beriman setelah ia menerima musibah ialah ia akan sentiasa sabar dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Allah SWT. Apa lagi menjadi orang yang keluah kesah atau dalam bahasa biasa menjadi kelam kelabut, adalah jauh sekali. Sikap tenang dan sabar dalam menempuh segala musibah adalah gambaran sebenar insan yang beriman kepada Allah SWT.
Setelah melalui segala ujian dan musibah dengan sabar , orang orang yang beriman pasti akan mengucapkan sebagaimana anjuran dari Allah SWt iaityu :-
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
" (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"(Al Baqarah : 156)
Setelah mengembalikan musibah kepada Allah lah yang kita datang dan kepada Allah kita akan kembali berarti telah benarlah iman seseorang. Kesedaran yang sebegini mustahil lahir dari hati orang-orang yang tidak yakin kepada Allah SWT.
Bersyukur kepada pemberiaan Allah boleh dilakukan oleh makhluk dalam dua keadaan iaitu :-
1. Dengan yakin se yakinnya segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT. Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah menyedari semuanya dari Allah SWT.
2. Memanfaatkan segala mnikmat itu kejalan yang Allah ridhai. Sikap ini melahirkan suatu bentu gambaran ketaatan yang sempurna oleh seorang makhluk kerana dia sedar segala nikmat itu dario Allah jua. Jauh sekali untuk mempergunbakan kejalan yang Allah Murkai, kerana orang yang bersyukur faham dan rasa bertanggung jawab dengan segala nikmat yang dia perolehi adalah suatu amanah dari Allah SWT.
Sebab itu lah sebanyak mana yang kita keluarkan zakat atau derma pasti tidak akan menyebabkan seseorang itu jatuh bengkrap atau muflis. Lihatlah betapa Syaidina Abu Bakar yang telah menafkahkan semua hartanya untuk Islam sehingga bila di tanya oleh Nabi ada apa lagi yang tinggal beliau menjawab yang tinggal hanya Allah dan Rasul.
Kerana itu hartawan yang bersyukur yakin bahawa bila dia memberi pasti akan bertambah rezekinya sebagaimana janji dari Allah SWT:-
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".(Ibrahim:037)
1 ulasan:
.....Salam !YB dan para pengunjung blog ini, semoga kita sentiasa dimasukkan Allah bersama golongan yang mendapat rahmatNya.selawat serta salam untuk Rosulullah,moga2 kita adalah dari golongan yang istiqomah dgn sunnahnya. Alhamdulillah! walau pun kita hidup dalam zaman dimana kebenaran diselaputi kebatilan hingga menyesakkan nafas ,namun masih ada golongan yang tidak pernah merasa serik atau letih untuk terus membela dan menegakkan kebenaran itu.
Mujur juga kita sebagai insan kerdil ini diizinkan Allah untuk bersama golongan yang menongkah arus zaman ini, dengan niat dan harapan untuk mendapat redhoNya.
Sebagaimana hujah2 YB, rasa Syukur ini hendaklah disertai dengan sabar yang tinggi pula. Kebenaran itu sifat nya adalah sentiasa menang disisi Allah,maka berjayalah golongan yang bersama kebenaran dan bersabar diatas segala ujiannya.
Doa kesejahteraan untuk YB dan semua pejuang kebenaran. Allahu Akbar!!!.
Catat Ulasan