04 Mac 2009

Majlis Peguam: Pilihan raya baru jalan terbaik tangani krisis Perak

Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan.

"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).

"Situasa ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konkslusif - pilihan raya baru.

"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan ekoran "episod drama politik" terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.mstar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA MERAYU KEPADA DYMM SULTAN AGAR MEMBERI PEKENAN KEPADA PEMBUBARAN DUN DAN MEMBERI PELUANG PADA RAKYAT MEMILIH SENDIRI PEMIMPIN YANG MEREKA SUKA..... YB USTAZ,APAKATA KITA DARI PAKATAN RAKYAT BERHIMPUN BERAMAI-RAMAI DIHADAPAN ISTANA SECARA AMAN UNTUK MENJUNJUNG KASIH DAN MEMOHON SEMBAH DERHAKA KEBAWAH DULI TUANKU.....

Tanpa Nama berkata...

Saya pun menyeru kepada ustaz,,, agar udoh-udoh le dok berperangnye ,,, buatlah kerja sekarang membantu rakyat,,, sebagaimana janji dalam manifesto pru lepas.... kita sebagai orang Islam, banyak cabaran dan dugaan yang Allah berikan,,, maka kalau kita berdiam diri bukan bermaksud kita kalah,,, dah la tu....= marimanjung

My Ahfaryikarzt Mobile berkata...

mStar : 91% setuju kewajaran agar D.U.N dibubarkan untuk penyelesaian krisis politik di Perak.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan Ustaz!Itulah kerja kita - mempertahankan hak rakyat yang cuba dirampas oleh Umno/BN. 'Udoh-udohlah tu' pi cakap pada Zambri dan gerombolannya yang memulakan kekacauan di Perak ini.Takan nak berdiam diri macam setan bisu pula!

Tanpa Nama berkata...

Salam.. betul tu alhusseyn. si "marimanjung" tu rasanya mmg x sekolah. kenapa la dia x tau cakap macam tu pada najib atau zamry tu .. bukan ke mereka yg mencetuskan kekacauan semasa sedang kerajaan pakatan rakyat dalam proses melaksanakan manifestonya. "marimanjung"..50 tahun umno memerintah.. mana manifesto umno yg dah dijalankan? negara semakin miskin.. rasuah, jenayah,maksiat berleluasa, judi, arak, disco,pakaian yg menjolok mata, riba, murtad dan berbagai lagi, pernah ke ditekankan oleh kerajaan anda? Nak jaga keselesaan rakyat jauh sekali laa.. pemerintah, juak2,kroni2 serta kaum keluarganya kaya raya. membazir x tentu hala. rakyat disuruhnya ikat perut. Ekonomi gawat katanya. jangan cuba nak betulkan org lain. Betulkanlah pemimpin anda dulu. Saya nak tanya sikit pada anda. siapa dari pemimpin2 besar anda yg isterinya menutup aurat (sempurna bertudung)? Saya bkn nak cerita dosa pahala. Tetapi hukum wanita menutup aurat adalah wajib. Tu pun klau anda ada terjumpa atau anda tau serta mengerti makna dlm Al-Quran tu la. Xtau la saya klau anda x pernah mengaji. Sebagai seorang pemerintah yg mengaku beragama islam tetapi isterinya sendiri pun x boleh ditegur dan diperbetulkannya. macamana rasanya dia nak melaksanakan islam kepada seluruh rakyat. suruh rakyat betul, tp dia selamber jer buat yg x betul. Betulkan pemimpin anda ke pemerintahan islam yg suci. xpayah dok berkempen susah2, klau umno tu betul ikut islam, ikut Quran dan hadis, saya sendiri akan perjuangkan umno tu. x payah sapa2 paksa. "marimanjung" hampa dok igt ni tahun 50an lagi ker? org semua dok senyum jer kena tipu dgn kerajaan. igt .. ni tahun 2009, org tua2 yg hampa dok tipu dulu tu ramai dah xda. kita sekolah. kita x bodo mcm hang.
wassalam (harapan63)

Tanpa Nama berkata...

Cabar TV3Suku, Utusan Meroyan dan Berita Hairan buat poll pandangan rakyat samada DUN patut dibubar atau tidak..Aku confirm tak berani punya..