Cuaca kembali panas, apabila hujan mulai berhenti sepenuhnya sekitar 30 minit yang lalu. Petugas kembali mengambil tempat masing-masing untuk meneruskan rayuan undi dalam tempoh 2 jam lagi akan tamat5 tempoh pembuangan undi.
08 April 2009
FRU lepaskan gas pemedih mata, Osman jailu di ejek "pengkhianat".
1.50pm Lamanweb Mafrel mendakwa pemerhatinya dalam sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula beberapa kali ke pusat pengundian tersebut. Baca laporan lanjut.
1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.
Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi bagi parlimen Bukit Gantang itu. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.
Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.
1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.
Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.
Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.
1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.
Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.
12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.
Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.
Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.
12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.
Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.
12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.
Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.
Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.
11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.
11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.
Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.
Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.
11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.
Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.
11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan.
Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.
Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.
11.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.
Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.
11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.
Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.
Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.
Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.
Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.
10.22am Penyokong BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran di DUN Bukit Selambau.
Menurut pemantau pilihanraya Mafrel, mereka tidak puas hati kerana lokasi khemah BN terletak di atas jalan tar manakala kemah PKR diletakkan di jalan yang kotor.
Beberapa anggota PKR masuk ke kemah BN dan bertengkar dengan anggota BN di situ. Polis cuba meleraikan mereka dan mengawasi keadaan.
10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.
10.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.
Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.
Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."
10.01am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di SK Changkat Jering di Bukit Gantang untuk merayu undi dan bertemu petugas parti. Beliau disambut dengan jeritan "boo" daripada penyokong BN.
10.01am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel mendakwa kertas undi yang besar dalam DUN Bukit Selambau melambatkan proses membuang undi di SK Sungai Lalang (foto bawah, kanan).
Kertas itu dibuat bagi menampung kesemua 15 calon - termasuk 13 bebas - di kawasan pilihanraya kecil itu yang mencipta rekod calon teramai dalam sejarah Malaysia.
9.48am Kumpulan penyokong PAS di luar SK Changkat Jering, Bukit Gantang "Altantuya, Mongolia", penyokong BN diam.
Pondok PAS kedua-dua parti menarik jumlah pengundi yang sama besar.
9.35am Seorang penyokong PAS - yang memakai topeng mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu - dikejar polis dekat SK Changkat Jering, Bukit Gantang. Lelaki itu melarikan diri dan gagal ditahan polis.
Kira-kira 300 penyokong PAS dan 100 BN saling jerit-menjerit melaungkan slogan. Kumpulan PAS melaungkan "Hancur BN, Hancur", manakala BN pula "PAS munafik."
9.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.
9.15am Calon BN Ismail Saffian di Bukit Gantang menyifatkan pertandingan hari ini dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin " persaingan sengit" tetapi yakin akan dapat mengalahkan bekas menteri besar itu dengan majoriti tipis.
Kemenangannya, kata Ismail, satu tanda sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilantik perdana menteri 3 April lalu.
Sementara para penyokong kedua-dua pihak terus melaungkan sokongan kepada calon dan parti masing-masing bagi merayu pengundi di saat-saat akhir.
9.05am Calon parlimen BN Ismail Saffian selesai membuang undi SK Datuk Panglima Gantang. Beliau disambut laungan "Hidup BN" sewaktu tiba di pusat pembuangan undi itu jam 8.55am.
8.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pagi.
Dengan menyifatkan pengundian itu "hari bersejarah", Manikumar yakin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi.
Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.
8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.
Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.
Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.
Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).
Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.
Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.Malaysiakini.

Terkini Jam 1.20 petang : Hujan mulai turun
Hujan renyai-renyai dalam sausana mendung mewarnai suasana pilihanraya PRK Bukit Gantang. Para penyokong nampaknya tidak berganjak dari tempat masing-masing dengan menjalankan tugas masing.
Penyokong BN terus dengan taktik bersorak dan menyanyi yang tidak jelas bunyinya. tetapi Para perayu undi PAS terus berzikir dan berselawat dalam keadaan hujan yang semakin lebat.
Tahnish kepada mereka semua.

Nizar yakin menang.
Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selepas melalui tempoh kempen yang cukup mencabar dan padat, "yakin akan memperoleh kemenangan."
Walaupun tidak mengundi dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, Menteri Besar Perak itu mula melawat pusat-pusat mengundi sejak 8 pagi tadi.
Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Pengkalan Aur, Air Kuning bertolak dari Markas PAS bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat.
"Dia (isteri) berikan saya suntikan semangat dalaman dan luaran," kata beliau sambil menambah, isterinya mengikutinya berkempen sepanjang masa.
Nizar memperoleh cucu pertamanya tiga hari selepas hari penamaan calon.
Ketika ditanya cabaran kempen kali ini berbanding tahun 2008, Nizar memberitahu, suasana pilihan raya kecil ini lebih mencabar tetapi memperoleh sokongan daripada masyarakat segenap lapisan.

Cuaca panas tidak patahkan semangat perayu undi.
Keaadan cuaca yang panas menyebabkan seawalnya sekitar jam 10.00 pagi kebanyakan petugas sudah menggunakan payung berlambang parti yang dibekalkan oleh jentera pilihanraya.
Keadaan cuaca panas ini mewarnai suasana di semua tempat mengundi PRK Bukit Gantang. namun ianya tidak melemahkan semagat para petugas PAS untuk melakukan ikhtiar terakhir supaya beralih kepada PAS.
Kebiasaannya di sebelah petang hujan akan turun dengan lebat. Begitulah tempias Bukit Larut yang letak bersenbelahan dengan Bukit Gantang.
Sekarang ini cuaca mulai mendung dan langit yang berawan hitam memungkinkan hujan akan turun juga pada petang ini. Walau bagaimana pun para petugas PAS dan Pakatan Rakyat sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan cuaca di PRK Bukit Gantang.

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG
10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.
9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.
9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.
9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.
9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.
9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.
7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.
7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.
Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning. Mstar.

Pengarah Jentera Pemuda PAS : Perayu undi PAS lebih ramai .
"Sebanyak 4 tempat mengundi telah saya lawati dan mendapati di semua tempat perayu undi kita melebih jumlah perayu undi BN" Begitulah kenyataan ringkas dari Pengarah jentera pemuda PAS, Hj.Mustafa Wahab semasa dihubungi sebentar tadi.
Beliau juga memaklumkan kenderaan berjalan perlahan di semua tempat yang dilawatinya disamping jumlah pelancong yang ingin mendapat gambaran sebenar mengenai PRK juga ramai dari orang PAS.

Laungan "rasuah" sambut kedatangan Muhyiddin Yassin.
Kehadiran Muhyiddin Yassin sekitar jam 10.00 pagi tadi disambut dengan gemaan laungan "rasuah" berulang kali dari petugas Pakatan Rakyat. Jumlah yang mengiring Muhyiddin juga tidak seramai yang mengiring Nizar sebelum dari ini.
Ada yang memaklumkan rungutan tidak puas hati dari seorang yang dianggap ketua yang menjaga pos BN kerana tidak ramai yang mengiringi Muhyiddin tadi.
Kalau begini layaklah dia fikirkan untuk lebih awal meninggalkan Bukit Gantang pada hari ini.
Terkini 10.00 pagi : Pusat mengundi SK Matang.
Berita panas dari pusat mengundi SK Matang, UPU Sungai Benggala di mana pihak keselamatan dan SPR telah bertindak tidak adil kepada parti PAS apabila mengarahkan pondok panas PAS yang telah dipersetujui sama oleh SPR kelmarin, di arah dipindah ke tempat baru dengan alasan tidak cukup 50 meter.
Petugas PAS terpaksa akur dengan arahan yang berpunca dari bantahan pihak BN pagi ini.

Laungan takbir warnai kedatangan calon PAS.

Nizar(berbaju putih) bersalam dengan beberapa angota keselamatan dipintu masuk.
Sebentar tadi Calon PAS, Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di Pusat Pembuangan Undi SK. Air Putih dengan diringan oleh Isteri dan Ustaz. Idris Hj. Ahmad.
Ketibaannya disambut oleh laungan Takbir dan Hidup Nizar yang mengamatkan suasana serta meneggelamkan provokasi dari BN yang melaungan perkataan derhaka.
Calon PAS kesukaan ramai itu kelihatan bersalaman dengan pengawal keselamatan di pintu masuk sebelum beredar dari tempat ini.
Sebelum beredar dengan kawalan ketat dari pasukan pengawal unit amal dan pasukan Polis, beliau ,melambaikan tangan kepada penyokong PAS dan sebelum itu tidak lupa mengangkatkan tangan untuk penyokong BN.
Suasana sangat gamat dengan kehadiran calon PAS itu dan menaikkan lagi semangat perayu PAS.
Kenderaan bergerak perlahan .

Dalam perjalanan ke pusat mengundi SK ayer Putih tadi saya dari markaz Ayer Kuning cuba mengelak dari kesesakan lalu lintas di simpang dengan memasuki tol Changkat Jering dan keluar di Tol kamunting. Ternyata jangkaan saya tepat.
Keadaan lalu lintas setakat ini semakin perlahan di semua tempat pengundian terutamanya yang terletak di pinggir jalan utama .
Kelihatan banyak pasukan keselamatan berpakaian lengkap dan separuh lengkap termasuklah FRU diturunkan untuk menjaga suasana.

Terkini 8.45 pagi : Pengundian berjalan lancar, cuaca makin panas.

Keadaan di pintu masuk SK. Ayer Putih, petugas perayu undi PAS sedia bertugas hingga ke petang.
Saya ditugaskan bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berada di Pusat mengundi Sek. Kebangsaan Ayer Putih. Letaknya tidak jauh dari tempat keluar Tol Kamunting.
Suasana awal pagi sejak waktu mengundi dibuka pada jam 8.00 begitu baik dan kelihatan cuaca baik pada pagi ini dengan matahari mula memancarkan cahayanya.
Langgan:
Catatan (Atom)