07 Julai 2009

Istana Dr Khir Toyo bernilai RM24 juta ?

SHAH ALAM, 6 Julai : Adun DAP dari Sekincan, Ng See Lim, mendedahkan hari ini, istana umpama resort di Jalan Suasa 7/1L dekat sini adalah milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Beliau mendedahkan, istana Khir itu dibina diatas tanah seluas lebih 50,000 kaki persegi atau 1.17 ekar.

Beliau mempunyai dokumen dari Jabatan Tanah Negeri yang menunjukkan Khir membeli lot seluas 31,794 kaki persegi dengan harga RM2.9 juta manakala lot satu lagi bersais 20,427 kaki persegi dengan harga RM900,000.

Dia juga mendakwa, istana dalam pagar tinggi itu dibina dengan kos melebihi RM20 juta.

"Saya ingin mendapat penjelasan Dr Khir, yang mana adalah seorang doktor gigi sebelum menjadi MB selama lapan tahun, dari mana beliau dapat wang sebanyak sekurang-kurangnya RM24 juta itu," kata Ng See Lim dalam kenyataannya.

Sumber : Siasahdaily.

Gambar Sekitar Penamaan Calon

Oleh : Pemuda PAS Kuala Krai



KUALA KRAI: Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.










































TOK PA KENA BANYAK MENGAJI LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia. "Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala."
(http://www.agendadaily.com/cmspreviewcontent.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_490292cd-7f000010-96478e00-b2f14443)

PETIKAN di atas adalah kata-kata dari Datuk Mustapha Mohamed, Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Manek Urai saya jadikan mukaddimah tulisan ini. Persoalan saya pada Tok Pa, berpahala atau tidak jika kita melihat benda-benda yang baik dan mulia? Berpahala atau tidak jika kita melihat wajah kedua-dua orang tua kita? Berpahala atau tidak jika kita melihat wajah para alim Ulamak atau guru-guru yang mendidik kita? Jika beliau tidak boleh menjawabnya, maka saya rasa beliau bukan anak Kelantan jati. Setahu saya anak Kelantan kebanyakannya mempunyai asas agama dan tahu menjawab persoalan saya tadi. Sebaliknya jika Tok Pa menjawab tiada berpahala melihat wajah sesiapa pun, saya cadangkan Tok Pa meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti, baliklah ke kampung untuk mengaji semula.

Nasib baik Umno tidak menang di dalam beberapa pilihanraya umum sebelum ini di Kelantan. Jika tidak, bayangkan Kelantan dipimpin oleh MB seperti Tok Pa yang begitu sekali ilmu agamanya. Kita bukan hendak memperlekehkan ilmu agama Tok Pa, tetapi sekiranya kita rasa kita jahil dan tidak tahu, kita hendaklah bertanya atau mengaji. Jangan kita pandai-pandai bercakap kerana elok-elok orang tidak tahu kita jahil, bila kita bercakap memang comfirm kita ni jahil. Itulah salah satu sebab mengapa Umno begitu takut untuk berdebat soal agama dengan Pas kerana inilah tahap mentaliti yang ada pada pemimpin Umno. Mereka berhujah dalam soal agama berpandukan akal mereka semata-mata.

Jika Tok Pa berkata beliau dah banyak baca kitab dan tidak berjumpa tentang nas mengatakan melihat wajah seseorang seperti yang saya sebutkan di atas tadi boleh berpahala, saya yakin Tok Pa cuma baca kitab `Al-Islam Hadhari' . Sah, memang tidak akan jumpa. Jika hendak tahu di mana kitab yang menyebut bahawa memandang wajah kedua ibu bapa dan para alim ulamak itu berpahala, maka saya nasihatkan Tok Pa tidak perlu pergi belajat sampai ke Universiti Al-Azhar atau Madinah, memadai bertanya Ketua Cawangan Pas di Manek Urai pun mereka akan terangkan pada Tok Pa. Jangan bertanya pada Ustazah Mashitah pula, nanti dia kata `jika dharurat, baru boleh berpahala'. Dan, jangan berani-berani bertanya pada Ustaz Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara kerana saya khuatir Tok Pa akan disepaknya. Maklumlah, sedangkan peti undi yang keras itu pun disepak oleh bekas Tok Imam tersebut semasa di Permatang Pauh beberapa tahun dahulu.

Akhir kalam dari saya, Tok Pa harus berhati-hati bila bercakap dalam bab agama di Kelantan ini. Jika Tok Pa bercakap sedemikian di depan Najib atau Mahyudin mereka mungkin menganggap Tok Pa memang seorang ilmuan agama. Justeru itu, Tok Pa lebih baik dan afdhal berdiam diri kerana berdiam pun orang sudah tahu kejahilan Tok Pa, bercakap pula lebih lagi orang tahu./ wfauzdin.blogspot.com

Banjir Arak Di Kuala Lumpur?

Oleh Azizi Abdullah

Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.

Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.



Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.

Bahan dikirim oleh : anuarani

SELINGAN: JANGAN MENCARI TERLALU 'SEMPURNA'

anuarani

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Keberkatan surah al-ikhlas

anuarani

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatn Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.....s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang
disampaikannya kepada orang lain.

Hanya satu lawan satu di Manek Urai


Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah (dua kanan) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bersama-sama menjulang tangan dengan Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (dua kiri) di pusat penamaan calon di Sek Men Sultan Yahya Petra, Kuala Krai di sini hari ini. -fotoTHE STAR

Biodata Calon PAS

Nama penuh : Fauzi bin Haji Abdullah
Umur : 50 tahun
Tempat kelahiran : Bukit Marak, Kelantan
Tempat tinggal : Pekan Gunchil

Keluarga

Isteri : Aminah bt Mahmud
Anak : 5 orang

Pengalaman kerja :
: 1. Penyelia Dun Guchil
: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai

Jawatan Dalam Parti :
: 1. Ketua cawangan Bandar Krai
: 2. Bendahari PAS Kuala Krai

Gambar sekitar penamaan calon Manik Urai



































Koleksi daripada al-banjari

Sah! Hanya BN lawan PAS di Manek Urai

KUALA KRAI: Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

Penjelasan isu babi dan bantahan DAP

Zulkifli Yahaya

TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.

Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.

Tidak boleh dipersalah

Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.

Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.

Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.

Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Bau sangat busuk

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.

Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.

Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.

Jika DAP memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!

Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.

Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.

Berbeza dengan ahli majlis zaman BN dulu yang hadir mesyuarat hanya untuk mengangguk macam Pokka.

Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor diambilkira. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tidak kira dari PAS atau Umno, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya.

Bukan isu perkauman

Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.

Gerakan adalah parti komponen BN yang bijak memutarbelitkan isu dan melakukan provokasi perkauman di kalangan orang Cina sehingga beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat turut terpengaruh.

ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.

Dalam pada itu, Umno bermain 'perang saraf' di kalangan orang Melayu, "Tengok kerajaan PAS kalau nak roboh rumah orang Melayu di Kampung Tok Bidan tak ada tanguh-tanguh, kalau nak roboh kandang babi boleh tangguh pulak."

Di kalangan orang Cina pula Gerakan memukul canang, "Mana slogan PAS untuk semua, hak bukan Islam dinafikan."

Lidah yang keluar dari mulut BN bercabang-cabang. Elok benar kalau kepala Umno dan Gerakan dipegang dan dilagakan antara satu sama lain.

Hero masyarakat Cina

Akhirnya pada 1 Julai 2009, pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. Gerakan dan DAP menyatakan bantahan terbuka, tetapi hakikatnya DAP ketika ini yang kelihatan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina.

Oleh kerana isu ini terlanjur telah menjadi isu politik di kalangan parti-parti bukan Melayu, yang jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi segolongan masyarakat bukan Melayu yang tidak memahami isu sebenar, maka ada baiknya kerajaan negeri membantu menyegerakan pembinaan pusat penyembelihan baru yang mematuhi peraturan. Maka isu tersebut akan selesai dengan baik. Harakahdaily/-

Manek Urai: Pencalonan bermula,10 ribu iringi calon PAS

Terkini:Manek Urai, 6 Julai :- Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.Harakahdaily.