KUALA KRAI: Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.
BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.
Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

3 ulasan:
Selamat bertanding. Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada calun PAS. Allahu Akbar.
kenapa BN lawan Pas, bukan BN lawan Pakatan Rakyat ke?
kenapa pulak BN lawan Pas, bukan ke Pakatan Rakyat lawan BN?
Catat Ulasan