07 Julai 2009

Drs. Khalil terima tugas Ketua Penerangan PAS Perak


Pada 4 Julai 2009 telah berlangsung satu majlis serah terima tugas bagi pemegang jawatan Badan Perhubungan PAS Perak Sesi 2009-2011. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussain baru-baru ini telah mengumumkan barisan kepimpinan PAS Perak bagi sessi 2009-2011 dimana Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak yang baru ialah Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Manakala bagi jawatan Bendahari ianya kembali disandang oleh Haji Abd. Rahim Md Ariff dan YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ADUN Titi Serong sebagai Ketua Penerangan PAS Perak.

Sementara itu, YB Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama dengan Dr. Khairuddin Abd Malik dan Ustaz Mustapha Shaari merupakan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya. Semoga PAS Perak semakin mantap menerajui dan memimpin perubahan.




2 ulasan:

Hj Mat berkata...

YB, Ini adalah satu amanah yang dipertanggong jawab kepada YB saya harap YB jalankan amanah dengan sempurna dan penuh tanggong jawab kerana disana nanti akan disoalkan apa yang YB lakukan disini,
Insya Allah kita akan berjaya pada PRU ke 13 nanti dengan berkat tekun dan usaha YB yang tidak mengenal erti penat lelah YB. Tq TB

david ahmad muniandy berkata...

syabas dan tahniah kepada YB.