15 Julai 2009

Koleksi terkini : Gambar Manek Urai 1





















Telur Di mana-mana (Kreatifnya....)

Email Oleh : tok_busu






Gambar Tidak Menipu

Email Oleh : Pemuda PAS Kuala Krai

Apa tujuan anggota polis perlu berada di Bilik Gerakan barisan Nasional? Adakah menjaga keselamatan jentera Barisan Nasional? Anda sendirilah yang menilainya.


Poster Tok Guru

Email Oleh : Mr. President




Lintas langsung proses pengundian di Manek Urai

Terkini MANEK URAI, 14 Julai : - Proses pengundian bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bermula jam 8 pagi ini.

7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.

8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.

8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah sedang meninjau di kawasan Peti Undi Peria.

8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.

9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.

9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.

10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.

Harakahdaily../-

Resipi Pemulih Luka Pembedahan

Email Oleh : Tok Cepai

Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, proses memulihkan
tubuh sememangnya lebih cerewet. Ini kerana mereka perlu merawat luka pembedahan itu selain dari memulihkan tenaga.Disarankan agar semua masakan bagi mereka yang bersalin cara pembedahan tidak ditumis.

Ini kerana minyak tidak membantu proses penyembuhan dalaman.
Masakan yang bercili juga tidak digalakkan pengambilannya.

Seeloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih sebaik sahaja siap
dimasak. Tujuannya bagi memastikan khasiat dan kesegarannya terjaga.
Elakkan daripada memakan nasi sejuk (nasi yang dimasak semalam) kerana dikhuatiri boleh membuatkan perut kembung.


[1] PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau.
Angkat dan hidangkan.

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang
yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.

Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh jika diamalkan.


[2] AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:

200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering
(mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai
jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan
bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu
mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


[3] IKAN BILIS GORENG

Bahan-bahan:

3 sudu makan ikan bilis – digoreng tanpa minyak
3 ulas bawang kecil – dimayang
2 sudu air asam jawa
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam

Cara menyediakan:

a) Masukkan ikan bilis di dalam pinggan. Letakkan halia, bawang
dan tuangkan air asam jawa serta serbuk lada hitam ke atasnya.


[4] IKAN TENGGIRI BERKUAH

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ikan tenggiri
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masaklah kesemua bahan hingga tinggal sedikit kuahnya.
Angkat dan hidangkan.

Info: Untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran tubuh badan,
pengambilan ikan tenggiri dan ikan haruan sebagai makanan
tambahan sepanjang tempoh berpantang amat digalakkan.

Ia juga mampu melicinkan dan menegangkan kulit badan selain
menyembuhkan luka dalaman dan luaran kerana kandungan
asid amino dan lemak yang ada padanya.

Isinya yang bebas kolesterol turut membuatkan paras wajah
kelihatan berseri serta pemikiran menjadi cerdas. Ia juga tidak
menggemukkan badan untuk jangkamasa panjang.


[5] SUP AYAM

Bahan-bahan:

250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat
dan hidangkan.

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan
badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.


[6] TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan-bahan:

250 ml air
2 ketul ikan tenggiri
3 – 4 inci halia – dimayang
3 biji bawang kecil
½ cawan air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Campurkan kesemua bahan dalam periuk sederhana besar.
Masak hingga pekat tetapi jangan sampai airnya terlalu kering
Sedia dihidang bersama nasi putih.

Info: Mencampurkan perahan air asam jawa dalam hidangan
ibu berpantang banyak khasiatnya. Antaranya, dapat memudahkan
untuk membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan.

Funn of the day

Email Oleh : Shania Opal


Cara paling mudah!!!



Janji BN boleh makan diri

Email Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan kesilapan besar apabila membuat janji untuk membina jambatan baru di Manek Urai jika BN menang dalam pilihan raya tersebut. Lebih besar kesilapannya apabila beliau menolak permintaan pemimpin PAS supaya jembatan itu terus dibina walaupun BN kalah.

Dalam politik, cakap pemimpin, sikap pemimpin, dan diam pemimpin adalah percaturan yang tidak boleh pandang ringan. Janji pemipin BN, TPM bukan janji kecil. Rakyat sedang memerhatikan janji itu sama ada ikhlas atau tidak. Kini, rakyat sudah tahu jawapannya bahawa janji TPM itu tidak ikhlas.

Rakyat Manik Urai mungkin memberi kepercayaan kepada janji BN itu jika cara menolak itu lebih berhati-hati atau berhikmah. Tetapi dengan mengatakan bahawa kerajaan pusat tidak akan membuat jembatan itu jika rakyat tidak memilih BN satu jawapan ugutan, maka telah menghilangkan separuh kepercayaan rakyat kepada BN.

Sebenarnya kerajaan pusat apatah lagi atas slogan 1Malaysia, tidak boleh memilih bulu berdasarkan parti politik dalam pentadbiran. Hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa semua negeri dalam Malaysia ini adalah berada di bawah perintahan satu kerajaan pusat. Semua rakyat di seluruh Malaysia adalah rakyat Malaysia, satu Perdana Menteri. Jadi, mereka wajar mendapat perhatian yang sama daripada kerajaan pusat.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang hakikatnya sebahagian daripada kerjaan Malaysia juga. Mereka sebenarnya membantu kerajaan pusat dalam mentadbir kerajaan negeri yang gagal mereka kuasai. Jadi, kerajaan negeri itu perlu diberi perhatian sekali gus mengucapkan terima kasih kerana membantu bebanan kerajaan pusat.

Oleh sebab itu, peruntukan yang sepatutnya mereka dapat perlu disalurkan seperti biasa, bukan disekat. Amanah Allah, rakyat perlu dilaksanakan. Kalau tidak Allah akan hukum dan rakyat juga akan menghukum mereka pada masa akan datang.

Tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta itu, perlu ditunaikan walaupun pengundi Manek Urai tidak memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN itu kerana wang itu adalah wang rakyat, bukan wang BN. Pemimpin hanya memegang amanah.

Esok rakyat Manik Urai akan memilih salah satu dari dua calon sama ada dari BN atau PAS. Kita tidak boleh paksa pilihan rakyat tetapi daripada apa yang disebut di atas, kita dapat agakkan pilihan rakyat. Semoga rakyat pandai memilih yang terbaik untuk mereka.


Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 7/13/2009 10:14:00 PM

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Email Oleh : Zamri Keciks

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"

Dah Seratus Hari Pun…

Email Oleh : roslan mohd

(Suara Keadilan) Benarkah 11 Julai 2009, hari keseratus Datuk Seri Najib Razak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia?

Jika dikira dari tarikh beliau mengangkat sumpah, perkara itu tidak dapat disangkalkan lagi, namun bagi pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah, pemerintahan Najib sebenarnya bermula jauh lebih awal dari itu – ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tersebut.

Dalam tempoh 100 hari (atau lebih) Najib memegang tampuk pemerintahan, ia gagal dimanfaatkan untuk memulihkan imej kerajaaan. Banyak perkara yang seharusnya ada namun tidak dilaksanakan, begitu pandangan Tengku Razaleigh.

Dua bukti utama beliau utarakan: Pertama, cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Operasi Dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia supaya diwujudkan satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memperkasa dan mengawasi Polis Diraja Malaysia. Najib tidak mengendahkan cadangan ini.

Perkara kedua yang juga tidak dihiraukan Najib adalah hasil siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap sedutan rakaman video perbualan VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Ahmad Fairuz Abdul Halim.

Dua perkara ini, kata Tengku Razaleigh, sekiranya diberi penegasan oleh pemerintah mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap system penguatkuasaan undang-undang dan badan kehakiman.

Malangnya Najib tidak mahu bertindak. Mungkin beliau tidak selesa untuk meneruskan usaha yang cuba dilaksanakan Tun Abdullah.

Sebaliknya Najib memilih untuk menonjolkan konsep 1Malaysia, yang sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Konsep 1Malaysia ini tidak lebih dari penjenamaan semula wawasan pemimpin-pemimpin silam sejak Malaysia Merdeka 52 tahun lalu.

Sepertimana amalan Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, selain dari memperkenalkan beberapa langkah ‘pembaharuan ekonomi’, Najib turut membebaskan beberapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejurus selepas mengangkat sumpah.

Najib juga berjanji untuk mengkaji semula akta kejam ini, walaupun kita semua sudah terbiasa dengan janji-janji seperti itu.

Ikrar ini diikuti dengan sesi turun padang dan beramah mesra bersama rakyat di merata kawasan di ibu Negara. Najib di lihat bergambar minum teh tarik di Brickfields Kuala Lumpur, dan dilaporkan mengucapkan selamat menyambut perayaan Vasakhi kepada masyarakat Sikh di sebuah gurdwara di Jalan Raja Bot.

Semua ini adalah sebahagian dari kempen beliau menzahirkan cogankata “rakyat di dahulukan” seperti yang dihebah-hebahkannya .

Dan semua ini juga adalah rekasaya kumpulan-kumpulan ‘tukang karut’ (spin doctor) dan penasihat beliau, propaganda yang di paksa suap ke mulut rakyat oleh media yang dikawal BN.

Dalam 100 hari pemerintahnnya, Najib mengumumkan perlaksanaan program Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Index (KPI) bagi menilai prestasi kerja jemaah menteri dan semua kementerian.

Tujuannya adalah supaya kementerian mencapai takat ikhtisas yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat.

Apa yang ironiknya adalah apabila Najib sendiri mencatatkan keputusan KPI yang mengecewakan. Penilaian ini dibuat oleh dua pemimpin utama dalam Umno sendiri.

Dalam hebat pemikir-pemikir Najib merancang, malang bagi Najib apabila sekutu-sekutu kuat kini bertukar seteru.

Tengku Razaleigh tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Perak dan menggesa mandat dipulangkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan negeri sekehendak mereka.

Isu pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang yang melonjak dari RM1.1 bilion kepada RM12.5 bilion telah berlarutan dan sehingga ke hari ini rakyat tidak nampak yang kerajaan akan mengheret mereka-mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya bermati-matian berusaha supaya Najib menjadi Perdana Menteri sudah berpaling-muka dan berkata 100 hari Najib lebih banyak yang “negatif daripada positif”.

Sekiranya dalam masa satu ratus hari sahaja lebih banyak negative dari yang positif, kita sebagai rakyat biasa amat bimbang apa yang akan berlaku dalam jangka waktu yang panjang.

Mengimbas kembali apa yang disebutkan Tun Mahathir tempoh hari, Najib mahu popular katanya. Bagi Tun, isu pokoknya adalah Najib masih memilih “orang-orang yang korup” menduduki kerusi-kerusi dalam Kabinet.

Cuma apa yang membezakan Najib dan Perdana Menteri sebelum beliau adalah Najib tidak tertidur dalam menjalankan tugas.

Namun KPI paling bermakna adalah persepsi rakyat sendiri, yang umumnya sedia maklum dengan tingkah-laku Najib dan menteri-menterinya.

Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya

Email Oleh : Zaim Aziman

Minggu lepas, pelajar-pelajar SMK Gunung Rapat,Ipoh di Rapat Setia Baru Ipoh telah di'motivasikan' somewhere in Kuale Kangsar oleh Biro Tata Negara. Mengikut apa yang saya dengar dai beberapa orang guru, Murid dari kalangan KRK(kelas rancangan khas) dan bekas pelajar KRK yang akan sertai kem tersebut. Saya memang berharap supaya tidak dipilih sebagai salah seorang peserta. Saya memang telah lama duga akan objetif tersembunyi BTN itu.

Ia macam kem yang dikenali sebagai Kem Bina Diri. Namun,disebalik nama kem tersebut ada sesuatu yang disembunyikan oleh pihak penganjur.Ada sesuatu yang BTN ingin semai dalam kalangan pelajar.

Yang tersembunyi itu ditutup dengan nama dan aktiviti-aktiviti lain yang diadakan. Objetif tersembunyi itu ditutup dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti berakit dan macam-macam lagi yang seumpanya.Oleh itu,para peserta yang kesemuanya terdiri daripada pelajar yang masih sa-tahun jagong tidak akan sedar yang sesuatu disemai dalam jiwa mereka diakhir kem itu.

Program-program diatur dari aktiviti lasak, kerja berkumpulan dan diselitkan dengan ceramah. BTN memilih salah satu dari pihak BTN atau aktivis pro-kerajaan(BN) untuk memberi syarahan. Bukan calang-calang ceramah/syarahan yang diberi. Segala keburukan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang akan dibuka/didedahkan sama ada betul mahupun rekaan.

Ini adalah salah satu cara menyemai kebencian para pemuda yang akan memimpin negara pada masa akan datang dengan membakar isu perkauman, isu hak keistimewaan dan macam-macam lagi. Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya medidik manusia biarlah ketika mudanya.

Jika dikaji dengan baik,banyak diantara kesan-kesan buruk yang menjejaskan negara adalah berpunca dari kerajaan sendiri sama ada dahulu atau yang baharu. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan yang dari pembangkang akan dipersalahkan. Para pelajar diperbodohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan turut menuduh pihak tertentu kerana termakan hasutan/tohmahan BTN.

Kerajaan sedar bahawa gulungan inilah yang memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan karier politik mereka. Oleh itu, kerajaanl serius dalam menyemai benih kebencian terhadap lawan mereka(pembangkang). Kerajaan menggunakan kelebihan ini dengan menghalang pembangkang berkempen di dalam sektor pendidikan, tapi kerajaan boleh. Lihatlah buku teks sylabus Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu, Bahsa Inggeris dan sesetengah buku sastera banyak memihak kepada kerajaan. Ini dikira sebagai salah satu dari penyalah gunaan kuasa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dipetik dari blog Zambry, beliau menyatakan beliau amat bencikan sesiapa yang menyemai benih kebencian. Tambah beliau lagi, benih kebencian yang ditabur akan membuahkan buah benci yang masak. sesekali baja akan ditabur bagi menyubur kebencian. Beliau mesti bersungguh-sungguh dalam merealisasikan kenyataan yang beliau amat bencikan penaburan benih kebencian.

Cuba kita imbau kembali zaman Anwar Ibrahim menuntut di Unversiti dulu, pelajar boleh bersuara walaupun Anwar akhirnya ditangkap. Dibandingkan dengan waktu sekarang ini, suara pelajar disekat malah diracuni oleh pihak tertentu. ini akan merosakan pembangunan pelajar jika banyak ditaburi dengan racun-racun politik pro-kerajaan Barisan Nasional.



cc from : http://noorzaimaziman.blogspot.com/2009/07/melentur-buluh-biarlah-dari-rebungnya.html

SIAPA BOLEH PARKING MACAM INI? - memang terror!!

Email Oleh : Zailina Mahmud






















AS I LIVE EACH DAY

Email Oleh : Shania Opal

Friends are like melons,
Shall I tell you why ?
To find one good friend you must try...
Never look back... Never regret...
Never remember... the people you've met...
Never begin... And never end...
Never say never...
When its come to your friends...



Manek Urai, PAS akan menang lagi ?

12,000 pemilih yang layak keluar mengundi mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini untuk memilih wakil rakyat mereka - Mohd Fauzi Abdullah dari PAS atau Tuan Aziz Tuan Man dari BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjangka keputusan pilihanraya kecil hari ini dapat diketahui seawal jam 8 malam.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil.

Beliau berkata, sasaran SPR ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi hari ini kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah, nelayan dan tidak tertakluk kepada hari bekerja.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah mengumumkan hari ini sebagai cuti am untuk membolehkan pemilih keluar pengundi.

Insya Allah PAS akan mengekalkan kerusinya di Manek Urai.

SELINGAN-PANDANG

Email Oleh : Shania Opal

Lelaki memandang wanita bagi memandang sahaja,
tetapi wanita memandang lelaki supaya dia di pandang
kembali.

Pandangan yang paling indah daripada segala-galanya
adalah apa yang anda lihat pada orang lain.

Apabila anda tidak memandang jauh ke hadapan, anda akan
berdukacita. Pandangan yang terbaik adalah pandangan
kepada kebesaran ALLAH.