15 Julai 2009

Lintas langsung proses pengundian di Manek Urai

Terkini MANEK URAI, 14 Julai : - Proses pengundian bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bermula jam 8 pagi ini.

7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.

8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.

8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah sedang meninjau di kawasan Peti Undi Peria.

8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.

9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.

9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.

10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.

Harakahdaily../-

3 ulasan:

ubatkuat berkata...

sabar menunggu giliran dan tetapkan pendirian bila memangkah

al amin ahmad berkata...

11.15 am: Sebuah pusat yang disyaki menjadi pusat pembahgian wang telah diserbu oleh petugas PR di Peria. Pintu rumah dikunci dari dalam. Pihak PDRM untuk masuk tidak mendapat kerjasama dari mereka yang berada dalam rumah tersebut. Disyaki 30 orang sedang bersembunyi didalam rumah berkenaan.

11.30 am: Pihak BN telah mengaku yang mereka telah memberi 'wang' kepada pengundi2 yang balik dari rantau dalam istilah duit tambang. Jadi, ini sudah jelas mereka telah melanggar akta SPR. Kedua-dua penyokong telah saling baling-membaling objek2 seperti bom air, botol, kayu... Suasana menjadi tegang.

al amin ahmad berkata...

12.00 pm: Peratusan keluar mengundi sekitar 46%

12.30: Penyokong PAS dibelasah oleh penyokong BN. Lebih kurang 5 orang penyokong PAS cedera dibelasah dan dibaling dengan objek keras sehingga mencederakan kepala.

1.00pm: Peratusan keluar mengundi dalam 70%. MU telah mencatat sejarah dimana tidak pernah mana2 Pilihanraya negara kita mencapai peratusan berkenaaan sebelum jam 1.00 pm. Najib juga dikhabarkan telah menaiki pesawat keluar keluar negara menuju Mesir. Kebiasaannya sekiranya mereka (UBN) merasakan kemenangan akan memihak kepada mereka, mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan negara.

2.45: Peratusan yang keluar mengundi di Peti undi Manek Urai adalah 72%. Penyokong PAS lebih kurang 100 orang manakala BN pula 8 orang. Situasi disini tenang.