15 Julai 2009

TERKINI : Lebih 70peratus perayu undi adalah golongan pengundi muda

Satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan apabila kelihatan lebih 70 peratus perayu undi adalah dari golongan muda yang sanggup bertahan hingga ke saat akhir.

Walaupun sekitar sejam lagi pusat pembuangan undi akan ditutup namun mereka masih bertahan dan tidak berganjak dari tempat masing-masing.

Dengan loghat Kelantan mereka bersorak dan merayu sesekali bila ada lagi yang melintas untuk ke pusat mengundi.

Perayu BN hampir tidak kedengaran lagi. Lucunya ada beberapa kanak-kanak sekolah yang sesekali bersorak untuk BN...itulah yang masih kata pepatah melayu..tiada rotan, akar pun berguna.


Terpacak dengan payung dan bendera, ini saja yang masih pegang bendera di pusat pembuangan undi di Manek Urai lama, kenyataan yang sedang disaksikan oleh ratusan perayu PAS dalam keadaan 1jam lagi pusat pembuangan undi akan ditutup.

4 ulasan:

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

TAHNIAH YB TERUSKAN MEMBERI LIPUTAN DARI SEMASA KESEMASA TERUTAMA KEPUTUSAN KIRAAN NANTI. SAYA DAN KELUARGA DOAKAN YB DAN PETUGAS PR DARI JAUH. MOGA PAS MENANG INSYAALAH. NAMPAKNYA BLOG YB SAYA KIRA LEBIH CEPAT DLM MEMBERI PERKEMBANGAN. TERUSKAN..

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT BERTUGAS YEOP....

Tanpa Nama berkata...

ini calon pilihan najib...setia tak sudah

david ahmad muniandy berkata...

aku dah kata dah...ceramah tu tak penting dah....hati rakyat masing-masing tau nak pangkah siapa...