15 Julai 2009

Keputusan manek Urai.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

Abe Uji menang di Manek Urai.

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

PAS Menang di Manek Urai

Calon PAS Hj. Fauzi Abdullah menang dalam PRK Manek Urai dengan majoriti undi 64 undi mengikut sumber yang saya perolihi sebentar tadi.

Manek Urai: Belum ada pemenang jelas, undi dikira semula

KUALA KRAI: Ketika keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai sepatutnya sudah diketahui, pengiraan semula undi pula kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) juga menang dengan undi tipis - dalam lingkungan 31 hingga 38 undi.

Oleh itu belum ada pemenang yang jelas.

Pusat pengundian ditutup jam 5, pratus mengundi 87 pratus

KUALA KRAI: Lebih 87 peratus pemilih telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan hari ini.

Jumlah itu melebihi 85 peratus yang disasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pengundian ditutup 5 petang.

Maaf, photobucket ada masalah teknikal.

Saya dapat mengesan dari beberapa laporan dari pengunjung blog ini di mana didapati terdapat masalah pada photobucket sehingga kebanyakan gambar yang diterbitkan sejak dua hari lepas hingga sekarang tidak dapat dilihat di blog ini.

Pihak kami memohon maaf atas sedikit masalah yang tidak disengajakan dan kami sedang berusaha untuk membetulkan masalah teknikal dalam masa terdekat.

TERKINI : Hampir dapat disahkan, PAS menang setakat ini?

Berita terkini dalam beberapa minit lagi peti undi akan ditutup,tersebar berita mengenai kemenangan yang berpihak kepada PAS.


TERKINI : Markaz induk BN hampir kosong, Pemimpin BN sudah mula balik ke tempat masing-masing.

Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.

Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.


TERKINI : Lebih 70peratus perayu undi adalah golongan pengundi muda

Satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan apabila kelihatan lebih 70 peratus perayu undi adalah dari golongan muda yang sanggup bertahan hingga ke saat akhir.

Walaupun sekitar sejam lagi pusat pembuangan undi akan ditutup namun mereka masih bertahan dan tidak berganjak dari tempat masing-masing.

Dengan loghat Kelantan mereka bersorak dan merayu sesekali bila ada lagi yang melintas untuk ke pusat mengundi.

Perayu BN hampir tidak kedengaran lagi. Lucunya ada beberapa kanak-kanak sekolah yang sesekali bersorak untuk BN...itulah yang masih kata pepatah melayu..tiada rotan, akar pun berguna.


Terpacak dengan payung dan bendera, ini saja yang masih pegang bendera di pusat pembuangan undi di Manek Urai lama, kenyataan yang sedang disaksikan oleh ratusan perayu PAS dalam keadaan 1jam lagi pusat pembuangan undi akan ditutup.

TERKINI : Jam 3.30 petang : Jumlah keluar mengundi sudah 81peratus

Saya mendapat maklumat dari pegawai keselamatan yang mengesahkan setakat ini jumlah yang keluar mengundi ialah 81 peratus. Jangkaan jumlah ini akan meningkat sekitar 84 peratus apabila pusat pembuangan undi ditutup pada jam 5 petang nanti.
Perayu undi masih bertahan pada jam 3.30 petang dengan jumlah yang hampir sama dengan sebelah pagi di pusat pembuangan undi Manek Urai lama.

Dalam masa yang sama inilah jumlah perayu undi BN yang masih bertahan. Bercampur dengan pegawai keselamatan jumlahnya jauh lebih sedikit.


Pos Perayu Undi BN Mula Lengang, Perayu PAS Masih Bersemangat.

MANIK URAI : Meninjau 2 pusat mengundi sebelum 2jam lagi pusat mengundi akan ditutup kelihatan rayu undi BN hampir lengang dan tidak dapat menandingi jumlah perayu undi PAS, misalnya di pusat mengundi Manek Urai lama dan Manek Urai baru kelihatan sekitar 8 orang perayu undi BN masih bertahan dan tenggelam dalam sorakan serta laungan takbir daripada penyokong PAS.

Jumlah anggota polis nampaknya lebih ramai dari perayu undi BN. Kelihatan 100 orang perayu undi PAS masih tidak berganjak dari tempat masing-masing di kedua-dua pusat mengundi itu.

Yang penting insyaAllah, kita akan menang di Manek Urai.

Ramai pengundi muda pulang mengundi

Zuharman MN Foto Md Nor Yahya
Tue Jul 14, 09 12:07:37 pm MYT


KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi Umno ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama.

Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi.

Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria.

Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.


Berlaku juga kekecohan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru apabila perayu undi Puteri Umno enggan mematuhi arahan polis. Petugas PAS pula tidak lekang mulut berselawat.

Manakala didapati seorang petugas SPR cuba mempengaruhi pengundi tua cuba berkempen bagi pihak Umno dengan umpan kebendaan. Petugas PAS yang membawa pengundi yang menggunakan stiker SPR dihalang mendekati pintu tempat mengundi.

Di Manjor biar pun kawasan itu merupakan kubu Umno sebelum ini langsung tidak kelihatan ghairah. Kehadiran penyokong PAS jauh lebih ramai.

Di peti undi Laloh pos Umno yang terletak berdekatan dengan tempat pembuangan undi kelihatan lengang.

Situasi itu sudah cukup memberi gambaran awal terhadap apa yang akan berlaku lewat petang ini. Malam tadi ketika jarum menunjukkan jam 12 malam, berakhir sudah lapan hari tempoh kempen pilihan raya kecil bagi Dun Manek Urai.


Biarpun pada detik itu tidak kedengaran lagi gema kempen kedua-dua parti terbabit, namun kesesakan jalanraya terus kelihatan terutama dijalan-jalan berhampiran dengan bilik gerakan parti masing-masing.

Warong di tepi-tepi jalan masih sibuk bersama pelanggan merumus pelbagai andaian dan teka teki tentang pilihan raya. Gerai-gerai jualan terus menjadi tarikan pengunjung persis di bulan Ramadhan.

Namun debaran jantung kedua-dua calon tiada siapa dapat menyelaminya. Pastinya sementara menunggu berakhir proses pilihan raya keresahannya tiada jua dapat merasainya.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempertaruhkan isu pembangunan antara lain akan menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, di saat-saat akhir.

Janji mahu membina jambatan baru dua lorong menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama diungkit semula, sedangkan Jambatan Sultan Yahya Kedua di Kota Bharu yang telah dipecah tanah oleh Perdana Menteri hampir dua tahun kini seakan menjadi projek gajah putih.

Muhyiddin juga menjanjikan mahu membin masjid dan sekolah termasuk akan menjadikan Manek Urai sebagai kota agropolitan.

Pasal pertama kempen Barisan Nasional (BN) menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS dianggap tidak mampu mempengaruhi pengundi di Manek Urai. Walau apa pun, hanya 12,953 pengundi bakal menentukan segala-galanya.

Biar apa pun imej Umno dilihat tercalar apabila seorang pengundi dari Kampung Slow Machang, membuat aduan polis terhadap Muhyidin kerana cuba menyogok pengundi Manek Urai dengan kebendaan. - mj-HarakahDaily.Net-

TERKINI 12.00 Tengahhari : 68.4 pratus sudah keluar mengundi

SPR memberitahu, sudah 68.4 peratus atau 8,415 pengundi dari 12,293 telah membuang undi sehingga jam 12 tengahari tadi

Manek Urai: Lebih 50 peratus sudah mengundi

KUALA KRAI: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi setakat 11.30 pagi tadi.

BERITA TERDAHULU

KUALA KRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setakat pukul 11 pagi ini sudah mencecah 40 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian di kesemua pusat mengundi berjalan lancar.

"Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar, cuma ada perang mulut antara penyokong-penyokong parti yang bertanding... tapi itu perkara biasa.

"Pihak polis juga dapat mengawal keadaan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berharap orang ramai akan keluar mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan.

"Kita harap pengundi akan ikut arahan SPR dan polis," katanya.

SPR menjangkakan 85 peratus akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini. Mstar.

TERKINI 11.30 Pagi : Tok Guru Lawat Pusat Pengundian Manek Urai Lama

Mursidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa pada jam 11.30 pagi tadi untuk meninjau Pusat pembuangan Undi Manek Urai Lama yang terletak berhampiran dengan Markaz UPU Manek Urai Lama. Kedatangan Tuan Guru menyerikan suasana dengan laungan takbir dari para penyokong PAS. Setelah meninjau suasana di Markaz, beliau sempat berjalan kaki ke tempat perayu undi berkumpul untuk peti undi ini.