Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.
29 Oktober 2009
Terkini 10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.
Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.
Terkini 10.35 am : Kami sudah didalam dewan
Kami sekarang sudah berada didalam dewan dan dewan nampaknya berehat, kami diperhatikan oleh Adun BN lain dan Speaker haram.
Terkini 10.32 am : Saya dilarang masuk dengan kamera.
Terkini 10.21 am : Polis halang kami masuk.
Terkini 10.20 am : Polis Pukul ADUN ??
Laungan pada polis yang pukul Adun bergema dalam keadaan kami cuba melepasi halangan pemeriksaan akhir untuk masuk ke dewan.
Terkini 10.17 am : Kami menaiki tangga.
Terkini 10.16 am : Polis dikecam
Terkini 10.15 am : Kami keluar ke kawasan lapang, YB Siva dihalang.
Suasana kecoh dan pergelutan semasa polis telah berjaya merampas jubah YB Sivakumar dikawasan letak kereta.Kami sekarang berehat setelah berlaku pergelutan yang melampau sehingga jubah YB Siva dirampas dan YB Siva sudah ada bersama kami sekarang dan akan masuk ke dewan.
Susasana pergelutan polis ingin merampas jubah Speaker Sivakumar.Terkini 10.08 am : Kami dihalang dikawasan bawah bangunan letak kereta
Sekali lagi kami dihalang untuk masuk oleh puluhan polis.
Terkini 10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang
Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.
Terkini 10.05 am : Suasana kecoh kembali.
Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.
Terkini 10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK
Ds. Nizar sedang memberikan kenyataan kepada media yang menghalang Adun PR masuk diluar bangunan. Selepas itu polis datang untuk menghalang kenyataan media itu.Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.
Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.
Terkini 10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang.
Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.
Terkini 9.58 am : Kami bergerak kembali.
Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker.
Langgan:
Catatan (Atom)



