30 Mac 2010

Terkini 5.25 pagi : Saya siap untuk berangkat ke Ipoh

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya bangkit awal pada pagi ini untuk buat persiapan untuk berangkat ke Ipoh bagi enghadapi Sidang DUn pada pagi ini. Rancana saya ialah keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi untuk menuju ke Ipoh.

malam tadi sebelum tidur saya persiapkan pakaian no 1 dress untuk dipakai dalam majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh DYMM Sultan perak.,

Tiga orang pelajar perubatan Malaysia selamat dari mangsa bom di Russia.

Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Wisma Putra mengesahkan ketiga-tiga pelajar Malaysia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sebaliknya mereka telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.Foto AP/ Life News

Terengganu Darul Runtuh : Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera


Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan jentera bagi mengangkat sisa runtuhan untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT). – Foto Bernama

KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini. Kejadian pada hari ini menembahkan lagi koleksi siri runtuhan bangunan di Terengganu sejak tahun lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini.

BN semakin sombong : Tiada tanda sidang esok akan berada dalam keadaan aman dan tenteram.

12 Rabiulakhir 1431H.

Keadaan yang dialami sejak rampasan kuasa pada 6 Febuari 2009 tidak lain dari suasana sidang yang hiruk pikuk dan bercelaru semacam DUN Perak tidak ada peraturan dan undang-undang lagi. Keadaan tersebut tercetus tidak lain dari sikap BN yang telah mengarahkan pihak keselamatan dalam keadaan yang melampau dan melangkaui tugas sebenarnya sehingga DUN Perak tidak lekang dari pencabulan dan karenah BN yang terus menegakkan benang basah bagi mempertahankan kuasa haram yang mereka dapat dari kudeta itu.

Sidang esok hari nampaknya akan diwarnai dengan kawalan keselamatan yang melampau seperti sebelumnya. Tanda-tandanya sudah nampak pada hari ini. Alat sekatan jalanraya sudah sedia dipasang sejak pagi tadi.

Benarlah Zambry dan Ganesan berbohong dengan mengatakan sidang sekali ini tidak akan menggunakan pasukan keselamatan. malah rata-rata rakyat Perak yang saya temui didalam dan diluar negara membayangkan BN akan menggunakan "talian hayat" itu untuk menjamin sidang haram terus akan berlangsung.

Selain itu tindakan Ganesan yang cuba mengendalikan sidang negeri dengan kuasa haram yang dimiliki sekali lagi gagal dan kegagalannya menampakkan dia adalah 'bodoh' dan "semacam tidak bersekolah" bila tidak dapat memahami surat yang dikeluarkannya sendiri sehingga menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat walaupun mematuhi arahan surat tersebut.

Atau Ganesan tidak tahu membaca surat dalam Bahasa Melayu dan Pakatan Rakyat boleh terjemahkan ke dalam tulisan bahasa yang dikehendakinya.

Selain itu kengganan Zambry dan Ganesan yang dengan secara angkuh dan sombong menolak pelawaan Pakatan Rakyat untuk berbincang bagi memastikan kepentingan rakyat Perak terjamin hasil dari sidang, jelas mengecewakan kami walaupun sudah kami jangkakan dari awal.

Saya sangat hairan dengan sikap pemimpin BN Perak yang diketui oleh Zambry yang semakin angkuh dan sobong sejak kebelakangan ini. Semacam mereka tidak sedar bahawa kuasa yang mereka miliki adalah sementara dan mereka dapatpun dengan mencuri bukan dengan cara domokrasi seperti yang Pakatan Rakyat dapat pada PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 dulu.

Tidak apalah kalau mereka sengaja untuk berlakun tidak sedar diri untuk menyakinkan rakyat bahawa dengan lakunan itu rakyat nampak semacam benar tindakan BN merampas kuasa pada 6 Februari itu, tetapi saya yakin rakyat dapat menilai yang mana intan dan yang mana berlian sehingga mereka semakin tidak sabar untuk menunggu DUN Perak dibubarkan pada satu masa nanti bagi menghukum BN.

Bayangkan betapa ditempat yang mereka tidak menang bertanding pada tahun 2008 kebanyakan mereka dipanggil YB oleh pegawai di jabatan kerajaan. Mengampu atau tidak saya tidak pasti tetapi yang paling tepat mereka adalah YB iaitu "Yang Berlakun" dengan kuasa haram yang mereka dapat.

Dan lakunan mereka akan disaksikan dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan, kita tunggu dan lihat.....

Tajol Rosli Iktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

YB Sivakumar menunjukkan surat jawapan yang ditandatangani oleh Tajol Rosli.


12 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com

IPOH, 28 Mac;-YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.



Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz

12 Rabiulakhir 1431H.
Harakahdaily

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi
Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

12 Rabiulakhir 1431H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini .

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Shukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.

Harakahdaily/-

DS.Nizar menemani Speaker Sivakumar beri keterangan polis.

DS. Nizar bersama Speaker Sivakumar dan peguamnya serta ADUN PR semasa tiba di IPD Ipoh Bahagian komersil pada jam 12.00 tangahhari tadi untuk memberi keterangan menurut seksyen 112 akta polis.

Sidang Media setelah Zambry dan Ganesan tidak hadir.

DS. Nizar didampingi oleh Dato Ngeh dan ADUN PR lain sedang memberi kenyataan media setelah menunggu sekitar sejam. Namun Zambry dan Ganesan tidak juga muncul.

Gambar setelah hampir sejam menunggu Zambry dan Ganesan.

DS. Nizar dan ADUN yang lain bergambar sambil melambaikan tangan kepada rakan media setelah sejam menunggu Zambry dan Ganesan.

Terkini 1.33 pm : Sivakumar selesai beri keterangan

13 Rabiulakhir 1431H

Speaker Perak yang sah, V. Sivakumar baru keluar dari bahagian siasatan jenayah komersil IPD Ipoh. Siva telah disoal sekitar satu setengah jam dan telah memberi kerjasama kepada Polis dan beri keterangan.

Saya disoal dalam fasa 112 dari laporan saya menyamar, saya serahkan pihak polis membuat siasatan selanjutnya.


ADUN PR menunggu Zambry dan Ganesan di dewan MBI.

DS. Nizar bersama ADUN PR lain yang juga merupakan pimpinan PR Perak sedang menunggu Zambry dan Ganesan seawalnya pada jam 9.00 pagi tadi setelah mereka menghantar surat kepada Gsanesan dan Zambry untuk berbincang supaya menjamin kelicinan perjalan sidang DUN Perak yang akan bermula esok.

Sekatan jalanraya di IPOH bermula.

Seawalnya sekatan jalan raya diadakan pada sekitar jam 8.30 pagi semasa saya menuju ke Bangunan MBI melalui jalan Kuala kangsar.Saya tidak pasti adakah kerana mungkin ada raptai di bangunan SUK atau kerana pertemuan yang direncanakan di bangunan MBI pagi tadi.

Terkini 12.47 pm : Sivakumar sedang beri keterangan

13 Rabiulakhir 1431H

Ds. Nizar mengesahkan sedang disoal siasat oleh 2 orang pegawai yang bertugas kerana 3 laporan dari Pihak BN yang kononnya Sivakumar menyamar sebagai speaker.

Beliau tidak dapat memberikan kepastian lama manakah Sivakumar akan berada dalam bilik siasatan.

Saya kagum dengan sikap Ds. Nizar dan ADUN lain yang hadir untuk memberikan sokongan kepada speaker Sivakumar dan beliau baru meninggalkan balai polis Sungai Senam kerana ada urusan lain yang penting setelah hampir sejam berada disini.


Terkini 12.00 : Sivakumar akan beri keterangan di bahagian siasatan jenayah komersil Ipoh, bersebelahan Balai Polis Sungai Senam

13 Rabiulakhir 1431H

Sekarang ini, YB Sivakumar ditemani oleh peguamnya sedang memberi keterangan kepada pihak polis.

Hadir sama untuk memberi sokongan moral ialah Ds. Nizar, ADUN Titi Serong, ADUN Kepayang, ADUN Kuala Sepetang dan ADUN Tebing Tinggi.

Disamping itu hampir 20 orang rakan media sedang menunggu untuk mendapatkan kenyataan.