LABIS : Mulai sekarang pengunjung blog Cina Islam boleh mengikuti lintas langsung PRK Tenang dalam Cover IT Live PRK Tenang - 30 Jan 2011, Terimakah dengan kerjasama dari sahabat dari Harkahdaily yang membenarkan live ini berada di blog ini.
30 Januari 2011
Gambar Banjir di Tenang.

LABIS : Kebanyakan ladang getah dan kawasan kampung yang rendah telah dinaiki air di Felda Tenang, paya merah dan di Air Panas dikatakan empat buah bot telah dibawa masuk.
Banjir juga melanda Jalan Segamat, jika hujan berterusan laluan utama dari Labis dan Tenang Station akan terputus hubungan tidak berapa lama lagi...



Wanita UMNO cari pengundi sasaran dari rumah ke rumah.
LABIS : Hujan yang lebat menyebabkan kedudukan jentera BN dalam keadaan yang terdesak dan kelam kelabut dengan mereka mula bergera dari rumah kerumah, dan mungkin rumah penyokong mereka dari penyokong MCA di perumahan sekitar bandar tenang.
Mereka dikesan oleh jurugambar Cina Islam dan dapat merakankan gambar di atas dalam keadaan wanita umno ini berpindah dari rumah kerumah sasarannya dan kedengaran suara bertanya adakah sudah keluar mengundi.
Gambar PRK Tenang (1)
Hujan lebat di Tenang.

LABIS: Keadaan di kebanyakan jalan sekitar Tenang kenderaan berbaris panjang dalam keadaan hujan lebat yang turun sejak awal pagi tadi. Selain itu sesekali terdengar guruh dilangit.
Tenang mencipta sejarah apabila ianya merupakan suasana kempen dan hari mengundi yang dihiasi dengan cuaca hujan.
Sehingga jam 10 pagi tadi hanya 24.34 pratus yang keluar mengundi.
Tenang mencipta sejarah apabila ianya merupakan suasana kempen dan hari mengundi yang dihiasi dengan cuaca hujan.
Sehingga jam 10 pagi tadi hanya 24.34 pratus yang keluar mengundi.
Gambar sekitar hari pengundian DUN Tenang.
LABIS : Hujan turun dalam keadaan sederhana lebat dan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti dalam keadaan kebanyakan pusat pengundian semakin ramai yang keluar untuk menunaikan tanggung jawab masing-masing dalam PRK Tenang pada hari ini.
Calon PAS, Cikgu Mala sudah mula bergerak melawat ke UPU Kampung Redung, Pusat Mengundi di SK Kampung Tenang. Beliau di iringi oleh suaminya dan pimpinan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah Mahmud.
Di SMK Kamarul Ariffin, kelihatan pengundi mula bertali arus keluar mengundi walaupun hujan semakin lebat. Majoriti pengundi di kawasan ini dari kaum Cina.
Pengundian bermula di Tenang, hujan turun semakin lebat.
25 Safar 1432H.Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.
Jangkaan kami hujan lebat yang turun sejak awal pagi ini akan berlanjutan sehingga ke petang dan akan melaambatkan pergerakan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dan mungkin mengurangkan pratusan mengundi.
Pengundi akan memilih antara calon calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru dan calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah.
Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.
Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.
Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).
Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.
Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.
Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.
Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.
Kali ini, BN pada awalnya mensasarkan 5,000 undi majoriti. Manakala Pakatan Rakyat kmjmenjangkakan calonnya akan membuat kejutan di Tenang pada hari ini.
LAPORAN LANGSUNG
(Malaysiakini)
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.
Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.
8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.
Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.
"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.
Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa
Selamat mengundi, Hujan mengiringi pengundi Tenang.
25 Safar 1432H.LABIS, 30 Jan.:-: Keadaan trafik yang semakin sesak di sini dengan pertambahan mendadak jumlah kenderaan dijangka semakin buruk pada hari ini apabila masyarakat keluar membuang undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Suasana kelmarin menunjukkan kenderaan yang berbaris panjang dalan Pekan Labis bertambah lebih sekali ganda.
Keadaan itu ditambah pula dengan suasana hujan sepanjang hari kelmarin dan berlanjutan sehingga pagi. Sekitar jam 4.00 pagi tadi hujan lebat turun membasahi bumi Tenang sekitar satu jam setengah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai agar memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dengan kembali ke rumah selepas selesai menunaikan kewajipan mengundi hari ini.
Buat masa ini keadaan keselamatan adalah terkawal dan pihak polis akan memastikan kelancaran trafik ke semua 12 pusat membuang undi esok, katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.
Keadaan hujan yang tidak berhenti sehongga sekarang dan kalauberlanjutan sepanjang hari ini esok dijangka memburukkan lagi keadaan trafik.
Kabinet Mesir Letak Jawatan, Hosni Mubarak Enggan Beralah
25 Safar 1432H.KAHERAH: Stesen televisyen kebangsaan Mesir berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Ahmed Nazif meletakkan jawatan atas arahan Presiden Hosni Mubarak di sini, Sabtu.
Tindakan itu beberapa jam selepas Hosni dalam ucapan di stesen televisyen itu bahawa beliau akan memecat anggota Kabinet ekoran protes besar-besaraan anti-kerajaan sejak beberapa hari lalu di negara itu.
Protes berkenaan adalah yang terbesar sepanjang pemerintahan rejim Hosni selama 30 tahun tetapi beliau tidak menyatakan akan berundur sebagaimana yang didesak oleh rakyat.
Awal pagi tadi Hosni mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam.
Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.
Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan.
Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam.
Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar

25 Safar 1432H.
LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.
Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).
Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.
Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.
Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.
Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.
Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.
Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.
Harakahdaily/-
LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.
Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).
Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.
Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.
Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.
Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.
Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.
Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.
Harakahdaily/-
PAS kesal dihalang berkempen

Hazayani Zakaria
LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.
"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?
"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.
Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.
"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.
Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.
"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)

















