30 Januari 2011

Gambar sekitar hari pengundian DUN Tenang.

Suasana mengundi di Sek Keb LKTP Kemelah

LABIS : Hujan turun dalam keadaan sederhana lebat dan tidak menunjukkan tanda untuk berhenti dalam keadaan kebanyakan pusat pengundian semakin ramai yang keluar untuk menunaikan tanggung jawab masing-masing dalam PRK Tenang pada hari ini.

Calon PAS, Cikgu Mala sudah mula bergerak melawat ke UPU Kampung Redung, Pusat Mengundi di SK Kampung Tenang. Beliau di iringi oleh suaminya dan pimpinan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah Mahmud.

Di SMK Kamarul Ariffin, kelihatan pengundi mula bertali arus keluar mengundi walaupun hujan semakin lebat. Majoriti pengundi di kawasan ini dari kaum Cina.

Salah seorang pengundi kaum Cina di SMK Kamarul Ariffin

Perayu undi memakai payung dalam keadaan hujan semakin lebat.


Perayu undi yang berada di bahu jalan mula bertambah.




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesir dah berubah, kita bila lagi

Panglima Muda berkata...

salam.... hujan rahmat

Tanpa Nama berkata...

hujan kemenangan....

Tanpa Nama berkata...

Najib pi UAE.... pakai tak balik dah....

ayam hutan berkata...

Allah nak beri kemenangan kepada pas macam2 cara. orang atas pagar yang condong kepada umno dan penyokong umno tidak akan keluar mengundi disebabkan hujan kecuali diberi duit serta merta. penyokong pas dan pakatan rakyat dalam hujan ribut pun mereka ini akan keluar mengundi.

Tanpa Nama berkata...

InsyaALLAH, kemenangan pasti datang samada cepat atau lambat. Itu janji ALLAH.