Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan mengenai sama ada akan meletakkan calon PAS atau PKR dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan dalam pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat. Katanya yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di Shah Alam hari ini .
Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: "Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ."
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.
Dalam pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan