Ahmad Baei Jaafar
Tempoh berkempen di N05 bagi memenangi calon yang dipertandingkan berakhir jam 12.00 malam tadi. Walau apapun cara dan pendekatan kempen dilakukan, dijangkakan tidak banyak memberi perubahan kepada pemikiran pengundi. Itulah pengalaman yang dilalui setiap kali berlaku pilihan raya.
Maknanya kalau kawasan itu pengundinya berpihak kepada sesuatu parti, dia sukar diubah dengan kempen yang terhad itu. Hati mereka bagaikan termatri beku, apatah lagi persepsi mereka terhadap parti lawan adalah buruk.
Walau bagaimanapun kehendak Allah terhadap seseorang pimimpin itu boleh membawa perubahan yang sebaliknya. Bagaimana? Allah campakkan ke dalam hati pengundi rasa percaya kepada sesuatu calon dan rasa benci kepada calon yang lain.
Secara logiknya begini, kalaulah sesuatu calon yang dibanggakan tiba-tiba membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hati mereka, secara sepontan datang rasa tidak selesa dengannya. Mungkin juga selama ini permintaan mereka tidak tertunai tetapi, pada saat pilihan raya baru datang bantuan itu, sudah tentu hati mereka terasa bagaikan pemberian tidak ikhlas.
Pada masa yang sama, kempen yang dilakukan calon dan wakil calon yang banyak membentangkan perancangan masa depan yang menarik boleh memberi kesedaran kepada pengundi. Pengundi tentu tidak mahu janji manis tetapi mahu dengar perancangan bagaimana memakmurkan kawasan mereka. Jika perancangan itu munasabah mereka akan menerima dengan senang hati.
Era kesedaran Islam ini seharusnya membawa perubahan baru bahawa kempen caci maki, fitnah dan mengumpat seseorang sudah tidak sesuai lagi. Bukan saja amalan itu diharamkan Allah tetapi rakyat juga tidak mahu mendengar lagi. Mereka pun tahu semua adalah dosa.
Sudah sampai masalah kempen bersih tanpa mencerita dan mendedahkan keburukan parti lawan, sebaliknya mempromosi apa yang kita mahu dan apa yang baik pada kita perlu diketengahkan. Dengan cara ini bukan sahaja Allah suka dan memberi pahala, malah orang ramai akan suka dan pastinya akan memberi sokongan.
Saya percaya esok, pengundi di N05 sudah tahu siapa yang mereka hendak pilih. Jadi, pilihlah yang terbaik yang boleh buat kerja bagi pihak pengundi untuk memakmurkan DUN Tenang. Ingatlah wakil rakyat yang dipilih secara bersuratnya adalah juru cakap yang akan membawa idea rakyat ke negeri. Dan Wakil Rakyat sekali gus menjadi pemimpin kepada rakyat kawasan itu.
Rakyat DUN Tenang saja yang tahu siapa yang layak memimpin mereka. Calon PAS Normala Sudirman tentu ada kelebihan yang boleh mereka pilih, manakala Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim yang mempertahankan kawasan juga ada misi yang boleh dinilai rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan