30 Januari 2011

846 mangsa banjir Tenang dipindahkan

ADUN Titi Serong berlatar belakangkan satu tempat yang ditenggelsami banjir berdekatan dengan Pekan Labis


Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan DUN Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusatpemindahan terus meningkat.

Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata sehingga pukul 2petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kg Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kg Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kg Usaha Jaya (70); Balai Raya Kg Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kg Orang Asli (130); Balai Raya Kg Sekijang (10); Balai Raya Kg Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kg Gubah (13); dan Balai Raya Kg Genuang India (81).

Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air.

Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atasbukit.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari seramai 55.36 peratus atau 8,167 orang daripada 14,753 pengundi telah keluar mengundi dalam pilihan raya itu.

--Bernama

Tiada ulasan: