
18 Julai 2011
8 Jenis Penyakit yang Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki

Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai
Larangan pusat hiburan: Bila Umno nak ikut Kedah

17 Julai 2011
Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia.
Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.
Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.
Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.
Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.
sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
Larangan hiburan hanya untuk orang Islam sahaja
AMPANG, 17 Julai:Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.
Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.
Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini.
Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat
"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.
Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian.
Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.
Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.
Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.
"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.
"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.
Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP.
Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.
Harakahdaily/-
Berita Dr Lo'Lo meninggal dunia tidak benar.
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dikatakan kini dalam kritikal daripada penyakit barah yang dialami pemimpin PAS tersebut.
Ketika dihubungi, seorang ahli keluarganya, mengesahkan aktivis tersebut dalam keadaan kritikal. Anggota keluarga kini berkumpul menemani beliau.
"Kami minta orang ramai mendoakan kesihatannya," tambahnya.
Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Sementara itu se3mpat beredar berita angin dari pihak yang tidak dapat disahkan emngatakan Dr Lo'Lo telah meninggal dunia namun telah dinafikan oleh pihak admin yang mengendalikan twitternya.
"Berita yang mengatakan bahawa Dr Lo'Lo telah meninggal dunia adalah tidak benar" kata twitter Dr Lo'Lo.
Kalau demonstrasi bukan jalan penyelesaian, kenapa polis disalahgunakan sebagai jawapannya?
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
KEYUA SEKRETARIAT PR PERAK
Saya ingin membantah kenyataan Najib Tun Razak yang berkata bahawa demonstrasi jalanan (Bersih 2.0) di ibu kota baru-baru ini bukanlah jawapan terhadap isu masalah Negara.
Saya ingin menegaskan bahawa kekerasan PDRM terhadap rakyat yang menyertai bersih 2.0 juga bukanlah jalan penyelesaian dan ia adalah satu tindakan jenayah.
Tidakan tidak bertamaddun itu terrsebar luas dalam media baru dan buktinya rakyat boleh lihat sendiri melalui facebook , you tube dan sebagainya.
Jika benar Perdana Menteri berhasrat menyelesaikan masalah negara dengan jujur, mengapa beliau enggan bersemuka dengan rakyat, setidak-tidaknya beliau menerima pelawaan wakil ngos yg mewakili Bersih untuk duduk semeja dan berdebat mengenai mengenai 8 tuntutan dan masalah Negara yang lain, bukannya menghantar polis untuk melakukan tidakan kekerasan diluar peruntukan undang-undang terhadap rakyat yang berkumpul secara aman pada 9 julai baru-baru ini.
Nampaknya peminpin negara tidak mampu menyelesaikan masalah apa lagi sekiranya tidak menguntungkan merela dan Rakyat sendiri yang mengambil inisiatif mencari jalan penyelesaiannya, ini tidak patut berlaku kerana ia boleh menggambarkan pemimpin Negara sebagai seorang yang lembap, bagaimana Negara boleh maju jika pemimpin lembap seperti Najib Razak.
Rakyat telah mencuba sedaya upaya untuk menyuarakan teguran melalui pelbagai cara, tetapi gagal.
Bagi rakyat demonstrasi adalah jalan terakhir setelah kerajaan UMNO-BN menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem politik Negara.
Alternatif oleh Perdana Menteri juga boleh disifatkan sebagai janji kosong kerana sehingga kini SPR diperkuda sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk terus menguasai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.
Pengundi hantu yang boleh diperiksa sendiri oleh rakyat melalui atas talian (laman web SPR) berdasarkan pendedahan blogger pro Pakatan telah menjelaskan dengan sendiri bahawa kerajaan UMNO-BN enggan menanganinya walaupun laporan oleh wakil Pakatan telah dibuat berulang kali.
Bagi saya itulah talian hayat UMNO-BN untuk terus berkuasa di Malaysia sebagai kerajaan hantu, bukannya kerajaan rakyat, kerajaan hantu UMNO-BN sebenarnya telah lama lenyap sejak 2008 lagi jika pilihan raya umum benar-benar dilaksanakan secara adil dan telus.
Suara rakyat yang diwakili oleh selitar seratus ribu suara yang turun pada 9 Julai baru-baru ini adalah isu yang perlu perhatian serius pemimpin tertinggi Negara , malangnya Najib Razak cuba berselindung melalui pembohongan demi pembohongan yang jelas menghina demokrasi itu sendiri.
Rakyat sudah bangkit untuk menuntut demokrasi yang lebih bersih, sewmunya masih belum terlambat sekiranya Najib mahukan perubahan secara jujur. Namun persoalanya sanggupkah BN hilang kuasa kerana ?
DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 17 JULAI 2011
16 Julai 2011
'Mimpi ngeri' keluarga Teoh belum sudah
Semasa menghadiri majlis peringatan di Seri Kembangan, adik perempuannya Lee Lan membuat rayuan penuh emosi supaya laporan itu dikeluarkan."Saya tidak faham kenapa perdana menteri tidak mahu dikeluarkan. Kenapa?
"Laporan itu bukan untuk kami, ini semua untuk rakyat Malaysia," kata Lee Lan yang bergenang air mata dalam ucapan 30 minitnya.
Laporan itu diserahkan pada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.
Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram
Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.
Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.
Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.
Malaysiakini/-
Gempa bumi landa Sebuyau, Sarawak
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi ini, pusat gempa itu adalah 60km dari barat laut Sri Aman.
Difaham ini adalah kejadian gempa dalam skala yang besar disitu dan di Sarawak.
PAS Perak kecam sebaran risalah lucah.

Lenggong: 16 Julai - Gempar Risalah lucah telah disebarkan diseluruh daerah Lenggong melibatkan Sekolah, Surau, Masjid dan tempat-tempat awam.
Berikutan itu, orang-ramai yang menerima risalah tersebut telah menghubungi Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Tn Hj. Razman Zakaria bagi memaklumkan anasir-anasir yang tidak sihat dipercayai dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai sensitiviti rakyat setempat tanpa mengira Agama, kaum dan bangsa.
Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, Hj. Razman Zakaria bergegas kebalai polis bersama-sama 70 orang masyarakat melayu, cina, india di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian yang amat memalukan itu.
Selepas membuat laporan di balai polis Lenggong, Hj. Razman bersama-sama semua yang hadir terus bergegas ke pejabat Agama Lenggong berdekatan bagi memaklumkan kejadian risalah lucah yang tersebar di merata tempat sangat memalukan semua masyarakat yang berada di Lenggong angkara tindakan luar batasan Agama, Bangsa, dan kaum di Negara ini. Bagaimanapun, kakitangan pejabat Agama Lenggong yang ditemui menjelaskan bahawa, pejabat Agama tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara yang diadukan kerana, perkara tersebut diluar bidang kuasa mereka.
Masyarakat didaerah ini mengutuk dan melahirkan rasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh puak-puak Gerombolan penyebar politik lucah yang sememangnya dikenali di daerah Lenggong pada masa ini, yang mana puak-puak gerombolan ini menyedari bahawa hayat politik lucah mereka sekarang ini sedang berada dihujung nyawa.
Seorang masyarakat india yang turut bersama-sama dipejabat Agama Lenggong menyatakan kemarahan beliau tentang sebaran risalah lucah yang dibawa balik oleh pelajar-pelajar Sekolah akan menyebabkan keruntuhan Akhlak dan Moral pelajar-pelajar pada masa akan datang.
Tn. Hj Razman Zakaria ketika ditemui berkata, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah lucah ini sememangnya sangat mudah dikenali kerana, bahan risalah bogel tersebut menggambarkan mirip seorang pemimpin politik tanahair yang terkenal. Ujar beliau, “persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini.”
Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Tn Hj. Razman berkata, beliau mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina gerombolan-gerombolan yang semakin terdesak memainkan politik kotor, lucah dan jijik sekaligus melibatkan maruah masyarakat berbilang kaum, bangsa, Agama didaerah Lenggong tercalar.
Petugas penerangan bangkitkan kesedaran rakyat mengenal BERSIH
Muhammad Nuruddin Bashah
Bersih bakal menjadi suara keramat pilihanraya kali ini menggantikan seruan makkal Sakti dalam pilihanraya lepas.
Malah agak menguntungkan apabila Matthias Chang bekas SU Politik Dr Mahathir berkata, 40% pengundi atas pagar sedang menolak BN apabila melihat keganasan polis. BN perlukan 10 bulan untuk baiki perspsi rakyat. Penasihat APCO najib gagal memberi nasihat tangani kebangkitan aman rakyat berdasarkan adat sopan ketimuran, sebaliknya mewariskan nasihat penguatkuasaan ala Israel.
UMNO diramalkan akan keseorangan dalam BN pada masa akan datang, memandangkan MIC, MCA dan Gerakan tidak menunjukkan kepedulian dalam isu ini. Mereka hanya boleh memperkuda mengharapkan NGO seperti PERKASA untuk menyemarakkan politik perkauman yang diperjuangkan sejak zaman penjajahan.
Namun begitu ia bukan alasan untuk petugas penerangan berdiam diri. Para petugas penerangan PAS da pakatan rakyat perlu memainkan peranan aktif dan efisyen untuk menyemarakkan momentum benci terhadap keganasan Polis-BN.
Rata-rata bersetuju, bahawa persepsi rakyat mulai berlainan dengan retorik dan propaganda BN terhadap BERSIH apabila rakyat yang tidak hadir ke perhimpunan mampu menyaksikan video yang dirakam oleh para blogger, wartawan TV Selangor dan Al jazeera yang kini tersebar luas ke serata dunia.
Video serta koleksi gambar dalam blog-blog tertentu kini menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada BN.
Youtube kini menjadi nadi penyebaran maklumat penerangan yang kian ampuh dan berkesan. Terlalu ramai rakyat yang kini terkesan apabila menonton melalui web bebas ini.
Para petugas penerangan perlu memastikan para penggerak pilihanraya mengaktifkan blog peribadi dan memasukkan video keganasan tersebut dalam blog mereka. Malah face book perlu dimainkan secara optima dalam usaha menyebarluas video tersebut. Kempen sehari 5 minit untuk anda menulis sesuatu berkenaan BERSIH dan kebangkitan rakyat mampu melonjak kesedaran umpama kesedaran Timur tengah walaupun wadah perjuangan adalah tidak sama (mengambil jalan aman).
Pastikan juga cetakan dalam bentuk CD boleh dilakukan untuk edaran ke kawasan tanpa ekses internet.
Jadikan satu hari satu ‘shout’ berkenaan BERSIH dan tuntutan keramatnya dalam twitter dan facebook para ahli dan penggerak pilihanraya. Inilah tugas kita anggota penerangan mencipta badai besar akibat kesilapan BN menangani permintaan ikhlas rakyat melaui BERSIH.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011
Tayamum pilihan wajib untuk solat
- Sudah masuk waktu.
PAS Perak kecam salahguna kuasa Polis.

Mohd Hafez Sabri
POH, Pimpinan PAS Perak bersama wakil Parti Sosialis Malaysia ( PSM ) membuat laporan polis atas tangkapan tidak sah terhadap ahli dan pimpinan PSM serta pencabulan hak ke atas merekan ketika ditahan selama 10 hari.
Pimpinan PAS Perak di ketuai oleh, Saudara Abd Rahim Mohd Nordin yang merupakan Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak,Saudara Khalilul Rahman yang mewakili Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Saudara Safarizal Salleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, serta Ustaz Hafez Sabri Exco Pemuda PAS Perak.
Bagi PAS Perak, penangkapan 31 orang peserta dan aktivis PSM merupakan salahguna kuasa polis oleh kerajaan Barisan Nasional. PAS Perak melihat, pemimpin Barisan Nasional kini rasa tergugat dengan kebangkitan rakyat yang member sokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia selepas PRU 13 ini.
Menurut Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Perak, Saudara Abd Rahim Mohd Nordin, pihaknya mempertikaikan tindakan zalim pihak polis terhadap ahli PSM yang ditahan.
Beliau mempersoalkan, mengapa tahanan diminta berdiri selama 7 jam setiap hari untuk disoal siasat, mengapa polis menggunakan kata-kata kesat dan kotor terhadap tahanan, tahanan juga dihalang untuk menggunakan tandas, di simpan dalam ' Solitary Confinement',ada polis yang membuat gangguan seksual, melanggar protokol, menanya soalan yang tidak ' appropriate' serta mencabul hak asasi tahanan wanita PSM seperti memaksa mereka menukar baju di hadapan polis lelaki.
Menurut beliau semua persoalan ini perlu dijawab oleh pihak polis yang kini telah terbukti menjadi alat kepada kerajaan Umno untuk mempertahankan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan selama ini.
http://perak.pas.org.my/
DAP Sarawak jangan guna media massa untuk salur pandangan
Kenyataan Media PAS Sarawak
Mengenai kenyataan SU DAP Sarawak
PAS Sarawak merasa tidak perlu bagi Chong Chieng Jen setiausaha DAP Sarawak mengeluarkan kenyataan membantah larangan Kerajaan negeri Kedah membuka pusat hiburan pada bulan ramadhan dalam media massa. DAP Sarawak hanya perlu menyalurkan pandangan mereka terus ke kerajaan negeri Kedah tanpa menggunakan media massa kerajaan. Sekiranya berlaku perkara yang dirasakan tidak sesuai dengan pandangan mana-mana parti komponan dalam Pakatan seharusnya dibincang secara dalaman bukan menggunakan media yang boleh merosakkan hubungan dalam pakatan rakyat sendiri.
Kita tidak perlu berbalah melalui saluran media sebab peluang semacam inilah yang ditunggu oleh pihak lawan (BN) untuk menentang kita balik. Ingat musuh politik kita sentiasa mencari kelemahan kita jadi jangan membiarkan diri kita terperangkap dengan masalah diri kita sendiri.
Di harap sebarang masalah yang melibatkan pakatan rakyat perlu di bincang secara dalaman oleh pihak kepimpinan pusat agar perkara yang tidak diingini jangan berlaku di masa hadapan. Kita mesti bekerjasama untuk mencapai impian rakyat.
Kita sarankan agar Pakatan lebih memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat daripada masalah dalaman parti. Selesaikan secara bijaksana agar rakyat menyakini pemerintahan Pakatan Rakyat di masa hadapan.
Yang menjalankan amanah
Jofri Jaraiee
Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri Sarawak