15 Ogos 2011

Akhbar siar wajah perompak barang Ashraf

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

15 Ramadhan
1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak keraja
an sahaja.

“Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai ‘undi simpanan tetap’ Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang.

Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986.

Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa ‘keluar’ dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

“Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir,” ujarnya.

harakahdaily/-

MB Kedah OK, sedia hadiri mesyuarat exco

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka akan mempengerusikan mesyuarat exco negeri pada minggu ini.

Mahfuz berkata selepas menziarahinya Sabtu lalu, tahap kesihatan Azizan semakin sihat dan berada dalam keadaan stabil.

"Beliau OK, alhamdulillah. Beliau sudah boleh bersembang dan bergerak.

"Saya dimaklumkan beliau dijangka akan keluar pada hari ini atau esok," katanya sambil menambah Azizan telah dipindahkan ke wad biasa.

malaysiakini/-

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh, kata Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim.

Sebaliknya, menurut beliau, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

“Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
Boleh pertimbangkan

“Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa,” tambah beliau.

Abdul Malik berkata mereka sebagai pentadbir institusi agama sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah.

“Demi kepentingan politik sempit, pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

“Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

“Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama,” katanya.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

MALAYSIAKINI/-

[Sidang DUN Perak] 1:10 T/hari: Sidang Paling Pendek Dalam Sejarah Malaysia Iaitu 4 Jam

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Beberapa minit selepas semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan, sidang dewan ditangguhkan oleh speaker Ganesan

Inilah sejarah sidang DUN yang paling singkat dinegeri Perak dan Malaysia yang cuma memakan masa selama sekitar 4 jam sahaja.

[Sidang DUN Perak] 1:02 T/hari: Gambar Sidang Media oleh Semua ADUN PR

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Sidang media selepas semua ADUN Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.

YB Nizar juga membantah kenyataan dari Timbalan Ketua Polis dalam Sinar Harian yang menggambarkan Perak semacam negara polis dan Myanmar

[Sidang DUN Perak] 12:55 T/hari: Kenyataan Media Nga Kor Ming

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan YB Nga Kor Ming

Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang dilakukan mengenai dalam projek Teluk Rubiah seperti yang dibangkitkan dalam dewan hari ini.

Syarikat yang diberikan konsensi hanya ada modal sebanyak RM100 untuk projek RM5.2 billion. Selepas dapat projek dan ada laporan Pakatan Rakyat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru ditambah modal sebayak RM5 juta.

[Sidang DUN Perak] 12:45 T/hari: Kenyataan Media Sivakumar

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan YB Sivakumar

Keputusan yang dilakukan oleh Datuk Ganesan jelas bertentangan dengan perintah tetap.

Usul untuk membawa ADUN Titi Serong supaya di rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tanpa ada sokongan, perbahasan dan undi telah diterima oleh Ganesan.

Saya mempertikaikan dengan keputusan Ganesan yang jelas menidakkan peraturan tetap.

Setahu saya ini sejarah dimana paling banyak soalan telah ditolak oleh speaker.

Lebih 60 pratus soalan telah ditolak sedangkan soalan-soalan penting dan berkaitan dengan rakyat dengan membawa beberapa soalan yang ditolak.

Soalan yang relevan telah ditolak

[Sidang DUN Perak] 12:45 T/hari: Kenyataan Media Ngeh Khoo Ham

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan YB Ngeh Khoo Ham

Kerajaan BN Perak nampaknya lebih banyak kepada program iklah dan tidak mampu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Menurut perkara 43 dewan telah masih ada peluang membetulkan keputusan yang telah dibuat dalam kes ADUN Titi Serong

Usul telah di sokong oleh Buntong namun masih ditolak dengan sewenang-sewenangnya oleh Ganesan.

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Kenyataan Media Nizar

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan media YB Nizar

Pembesar suara ADUN Pakatan Rakyat masih tidak boleh dipakai sedangkan pembesar suara ADUN Barisan Nasional dalam keadaan baik.

Bantah keputusan sidang yang hanya sehari sedangkan banyak isu yang hendak dibahas

Hari ini hanya sidang untuk mengambil syarat sedangkan sidang sangat penting untuk melihat prestasi kerajaan

Banyak soalan yang ditanya oleh ADUN Pakatan Rakyat. Ditolak dan tidak dijawab termasuklah soalan perbelanjaan Zambry keluar negara juga tidak dijawab

Di parlimen soalan perjalanan Najib dijawab namun di Perak dinafikan

Inilah kerajaan rampasan kuasa tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat

Minum air mayat

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

metro/-

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Semua ADUN PR Perak Keluar Dewan

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan bagi membantah keputusan speaker Ganesan

Semua ADUN Pakatan Rakyat berada dalam bilik mesia untuk satu sidang media.

[Sidang DUN Perak] 12:30 T/hari: Speaker Gagal Kuasai Dewan

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan masih bangun mencelah untuk meminta supaya usul yg dikemukakan mengenai ADUN Titi Serong. Namun masih ditolak.

Ganesan masih berkeras mengatakan menolak usul dari ADUN Setiawan.

ADUN Pasir Panjang diberikan peluang mencelah dengan Dato Seri Nizar mengatakan semacan speaker tidak dapat menguasai dewan. Alasan perkara 43 peraturan tetap jelas telah dilanggar oleh Ganesan.

Ganesan tetap mengatakan keputusannya muktamad

[Sidang DUN Perak] 12:26 T/hari: Speaker Kelam Kabut

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Kamunting tetap meneruskan jawapan soalan lisan ke-11 bagi mewakili pihak kerajaan.

Perbahasan dan pertikaian mengenai penggantungan ADUN Titi Serong nampaknya tidak mampu ditangani oleh speaker Ganesan kesan dari pelanggaran undang-undang yang beliau sendiri lakukan.

Sebab itu pada sidang media pagi tadi saya menegaskan bahawa Ganesan telah melakukan banyak kesilapan berulangkali dalam pengendalian sidang DUN Perak sejak beliau memegang jawatan itu.

Kerana itu saya mendesak dan mencadangkan supaya beliau mengosongkan kerusi speaker Perak dengan segera.

[Sidang DUN Perak] 12:15 T/hari: Dewan Masih Lagi Kecoh Berkaitan ADUN Titi Serong

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Dewan masih dalam keadaan tidak tenteram apabila ganesan tetap bertegas untuk meneruskan jawapan soalan lisan sedangkan wakil dari Pakatan Rakyat masih meneruskan hujah mempertikaikan keputusan penggantungan ADUN Titi Serong