15 Ogos 2011

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

15 Ramadhan
1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak keraja
an sahaja.

“Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai ‘undi simpanan tetap’ Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang.

Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986.

Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa ‘keluar’ dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

“Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir,” ujarnya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: