15 Ogos 2011

Liwat II bersambung dengan perkembangan temubual

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hari ini pihak pendakwaan perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaporkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkembangan kes itu berhubung tawaran mereka membekalkan beberapa saksi untuk ditemubual pihak pembelaan.

Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan SriMusa Hasan dan dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Selain itu, terdapat tiga lagi individu yang belum ditemubual. Mereka ialah ibu kepada bekas tunang tertuduh Saiful Bukhari Azlan, Sharehah Md Salim; jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar Mohd Rasid Mohd Rosdi.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: