15 Ramadhan 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 15 OGOS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, baru-baru ini.
Khalid berkata beliau kini sedang menyiapkan laporan lengkap berhubung insiden itu di samping menunggu laporan lengkap Jais sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
"Jais juga akan menyediakan laporan lengkap mereka berhubung hasil siasatan dan kajian mereka sementara Pejabat Menteri besar pula akan melihat dari segi undang-undang, oleh sebab itu ianya mengambil masa kerana untuk menghasilkan laporan lengkap kita mengambil kira kesemua aspek ini,"katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas merasmikan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringakat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK hari ini.
Bagaimanapun, Khalid tidak menyatakan tarikh dan waktu untuk menghadap Sultan Selangor.
Menurut Khalid lagi, tindakan selanjutnya dalam menyelesaikan permasalahan seperti itu supaya tidak berulang di masa hadapan hanya akan diputuskan selepas beliau menghadap Sultan Selangor.
"Cara bagaimana kuasa yang kita ada untuk menahan penyebaran-penyebaran agama lain disebarkan kepada masyarakat Islam, tetapi apakah cara-cara yang terbaik? Ini adalah antara jawapan yang perlu saya cari sebelum saya mengadakan perbincangan yang penuh (bersama) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,"katanya lagi.
Mengulas lanjut, Khalid turut menjelaskan laporan yang akan dipersembahkan kepada Sultan itu termasuk status sebenar gereja tersebut yang sebelum ini didakwa sebagai 'gereja haram' ekoran kelulusan bangunan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja.
"Saya tidak mengatakan ia (Gereja Methodist Damansara Utama) melanggar kelulusan binaan tetapi kajian yang kami lakukan termasuk perkara ini, kami juga mengambil data-data berkaitan perkara ini,"jelasnya lagi.
TV SELANGOR/-
1 ulasan:
Salam untuk semua saudaraku,
Diharap semua blogger(x kira pro manapun) berhenti bergaduh sesama kita. Kita semua tegar jadikan tema Gerakan Anti Komunis dan Kami Sokong Jais dlm blog masing2 sebagai tema perpaduan kita sempena bulan Ramadan mulia ini dan bulan Merdeka. InsyaAllah
Anony 3.28am
One Man Show
Catat Ulasan