27 September 2012

Lorong Jalan Perlu Diperbetulkan

 
11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


















MIRI - Ramai penduduk dan pekerja dari syarikat minyak dalam kawasan Lutong mengadu masalah lorong jalan  yang mengelirukan di persimpangan jalan ke pekan Lutong.  Masalah lorong jalan di persimpangan dari arah Miri Mall yang terus menuju ke pekan lutong sepatut diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Kita dapati jalan baru dari Miri Mall ke arah pekan Lutong agak mengelirukan pengguna jalanraya, terutama sekali dari arah pekan Lutong, apabila mereka hendak keluar dari simpang tersebut terus menuju ke arah Miri Mall terdapat tiga lorong jalan sedangkan jalan ke pekan Lutong cuma ada dua lorong jalan.

Ini amat merbahaya sekiranya kereta yang masuk ke arah pekan lutong atau sebaliknya terus menuju ke arah jalan yang sama pada waktu yang sama. Mungkin bagi pengguna jalan yang baru sampai ke pekan Lutong akan keliru kerana tiba-tiba saja dari tiga lorong menjadi dua lorong apabila masuk ke pekan lutong.

Perkara ini boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pemandu tidak berhati-hati apabila masuk ke pekan lutong atau sebaliknya terutama sekali waktu malam. Tiada papan tanda jalan pun kelihatan di persimpangan jalan tersebut.

Kalau boleh jalan tersebut perlu diseragamkan dengan lorong yang sehala bukan bertembung dengan lorong dari arah yang bertentangan untuk mengelak kemalangan. Papan tanda atau tanda arah perlu dipasang dengan segera untuk memudahkan pengguna jalanraya.  Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan persimpangan jalan tersebut.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

 

“JADILAH PENOLONG AGAMA ALLAH”

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

                                                            

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيْكٌ فِيْ الْمُلْكِ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِ وَ كَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا .
أَشْهَدُ أَن لاإِلَهَ إلاالله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ ، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتـُمْ مُسْلِمُوْن.
قَالَ الله تَعَالىَ فِي كِتَابِهِ الْعَظِيْم :

Dan (Nabi Sulaiman) memeriksa kumpulan burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hud-hud, adakah dia dari mereka yang tidak hadir. Nescaya aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat atau aku akan menyembelihnya kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata”. Burung hud-hud itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata : “ aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya”. (surah al-Naml ayat 20 hingga 22)

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita sebagai orang yang bertaqwa wajib melaksanakan syiar-syiar agama ini  umpamanya solat berjamaah, menegakkan keadilan dan mencegah perbuatan zalim dan mungkar.
Ayat yang dibacakan di atas tadi, merupakan kisah yang berlaku kepada burung Hud-Hud dan Nabi Allah Sulaiman. Hud-Hud merupakan sejenis burung yang bersaiz sederhana. Nabi Sulaiman menggunakan Hud-Hud sebagai pencari sumber air dan menghantar surat utusan kepada raja sesebuah negeri.

Muslimin Mukminin yang Dirahmati Allah,
        Walaupun Hud-Hud merupakan burung yang kecil berbanding burung-burung besar yang lain seperti helang, rajawali dan seumpamanya, ia mampu menjadi penolong kepada agama Allah yang dibawa oleh Nabi Allah Sulaiman A.S. walaupun mempunyai keupayaan yang terbatas.   
        Ketahuilah tuan-tuan sekalian, bahawa nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi hari ini, adalah datangnya daripada usaha para penolong agama Allah yang terdiri daripada para sahabat baginda Rasulullah SAW yang sanggup berjuang dan berjihad menyebarkan agama Islam ke seluruh pelosok alam. Mereka berjuang bersama-sama di bawah panjí kesatuan yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga generasi-generasi selepas mereka turut menyebar dan mempertahankan agama Islam daripada serangan musuh-musuh agama ini.
Apakah yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita untuk menyebar dan mempertahankan agama ini dari musuh-musuh agama ini? Sanggupkah kita menggelarkan diri kita sebagai penolong agama Allah?

Muslimin Mukminin yang Dirahmati Allah,
        Ketahuilah tuan-tuan sekalian, ciri-ciri penolong agama Allah adalah seperti berikut :-
  1. Memiliki ilmu dan pengalaman yang luas. Ilmu merupakan asas kepada kehidupan kita di atas dunia ini. Dengan ilmu, kita dapat mencipta kemajuan dan teknologi untuk memudahkan hidup kita. Dengan ilmu, kita dapat menguasai dunia dan dapat menguasai akhirat. Dengan ilmu kita dapat membezakan perkara yang haq dan batil. Allah memuliakan kita dengan ilmu, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin tinggi kita dipandang oleh makhluk-makhluk lain.
Begitu juga pengalaman, sentiasa mengajar kita untuk melakukan perkara yang lebih baik. Kita sebenarnya, banyak belajar dari pengalaman silam. Semakin banyak pengalaman yang kita dapat, semakin matang tindakan dan pemikiran kita. Kita akan lebih berhati-hati dalam merancang sesuatu supaya tidak melanggar batas-batas yang telah digariskan oleh agama ini.

  1. Berani menyatakan kebenaran. Kebenaran yang mutlak adalah datangnya daripada Allah. Setiap kebenaran yang dinyatakan oleh Allah adalah untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kita telah diperintah untuk mentaati setiap kebenaran yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.
Kita berkewajipan memelihara seluruh ahli keluarga dan anggota masyarakat daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita boleh menegur anak-anak kepada jiran kita, dan jiran-jiran disekeliling kita juga boleh menegur anak-anak kita apabila mereka melakukan maksiat dan melanggar adab tatasusila masyarakat kita. Adakah kita masih berpeluk tubuh membiarkan umat ini terus-menerus melakukan dosa dan maksiat tanpa melakukan apa-apa usaha dan tindakan?

  1. Mempunyai sikap sensitif atau peka kepada masalah umat Islam. Sikap sensitif atau kepekaan sangat penting kepada penolong agama Allah. Apabila kita melihat sesuatu maksiat yang berlaku di hadapan kita, kita hendaklah menegur, memperbaiki dan menyelamatkan umat kita daripada terus hanyut dalam dosa dan maksiat. Sikap peka terhadap dosa dan maksiat boleh menyelamatkan umat kita daripada ditimpa azab Allah Taala. Perkara inilah sebenarnya, yang memelihara kita dari diturunkan musibah dan azab yang Maha Dahsyat kepada kita. Marilah kita muhasabah kembali firman Allah yang berbunyi :-
Dan takutlah kamu semua pada fitnah (akibat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya  yang bukan sahaja menimpa kepada orang  yang zalim di antara kamu secara khusus, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksa-Nya. (surah al-Anfal ayat 25)

Begitu juga, kita wajib mempertahankan agama ini daripada sebarang bentuk cercaan, hinaan daripada musuh-musuh agama ini kepada Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad SAW, al-Quran, Sahabat-sahabat Baginda yang mulia dan seumpamanya.

  1. Amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah. Setiap perintah Allah dan Rasul-Nya merupakan satu kewajipan kepada kita pada setiap masa. Apabila bertembung perintah Allah dan perintah manusia, perintah Allah hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Keredhaan Allah adalah lebih utama daripada keredhaan manusia, hawa nafsu dan syaitan.
  1. Menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil. Walaupun kita berada posisi dan kedudukan yang berbeza, hendaklah kita menyalurkan bantuan kepada Islam dengan apa cara sekalipun dengan penuh keikhlasan. Jika kita seorang guru, didiklah anak-anak pelajar kita untuk cintakan agama ini dan berkhidmat untuk agama ini.  Jika kita seorang pentadbir dan pengurus, uruskanlah urusan pentadbiran kita dengan kaedah dan cara yang telah digariskan oleh Islam. Janganlah melibatkan diri dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Jika kita seorang kerani, laksanakan setiap arahan yang diberikan kepada kita dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab. Jika kita seorang pelajar, belajarlah untuk mendalami ajaran-ajaran Islam. Jika kita seorang pemimpin kepada masyarakat kita, suburkan akhlak-akhlak yang terpuji yang boleh menyebabkan musuh-musuh kita menyantuni dan terpegun dengan kita. Jika kita seorang pendakwah, bentuklah umat ini menjadi sebaik-baik umat.
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Marilah kita bersama-sama menginfaqkan diri dan harta yang kita miliki untuk agama ini kerana Allah. Kelak kita akan menjadi umat yang terbaik, dapat membentuk negara yang baik dan Allah mengampuni semua penghuninya dengan memberi hidayah dan kebaikan kepada kita semua.
Janganlah kita menunggu masa untuk bertindak dan membantu dan menolong agama ini. Selagi hayat dan nyawa masih dikandung badan, ayuh marilah kita bergerak bersama-sama walaupun pada posisi dan kedudukan yang berbeza untuk mengzahirkan agama Allah di atas muka bumi negara kita yang tercinta ini. Kita diumpamakan oleh Rasulullah SAW sebagai satu jasad, apabila sakit satu anggota, seluruh jasad akan turut merasai sakit. Begitu juga, kita telah diumpamakan seperti sebuah bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Sebagai akhirnya, marilah sama kita renungi Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :-
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ  
وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ، أَقُولُ قَوْلِي
هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ،
والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيم

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ.

Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki kamu (Surah Muhammad ayat 7)

والصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالــِهِ وَأصَحْابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا وَرَسُوْلُ الله .
فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوْا اللهَ ، فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Muslimin Yang Dikasihi Allah sekalian,
         Daripada khutbah pertama yang dinyatakan sebelum ini, ingin ditegaskan bahawa seekor burung yang lebih kecil dari kita, mengetahui bahawa dirinya mampu untuk menjadi penolong kepada agama Allah dengan melaporkan berita tentang pemerintah yang musyrik yang tidak menyembah Allah Taala. Walaupun berdepan dengan azab dan hukuman daripada Rasul, ia sanggup berkorban merantau ke tempat yang jauh untuk mengesahkan perkara tersebut untuk dimaklumkan kepada Nabi Sulaiman.

Sikap yang dimiliki oleh Hud-Hud perlu dimiliki oleh kita semua. Ketahuilah bahawa segala tindak tanduk, perbuatan, pemikiran dan perancangan yang kita lakukan adalah untuk kegemilangan agama ini. Wujudkanlah dalam diri kita, ciri-ciri penolong agama Allah antaranya ialah memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, berani menyatakan kebenaran, Mempunyai sikap sensitif atau peka kepada masalah umat Islam, amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah dan menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ ،
وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ  أُمُوْرِنَا ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلاَدِنَا هَذَا وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ. 
اَللَّهُمَّ أَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِينَ.
وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِك.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان أَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْن شَاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ .
دَعْوَاهُمْ وَدَعْوَانَا فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ ، وءَاخِرُ دَعْوَاهُمْ
أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . 



Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak
 

KES KEMATIAN DAN JENAYAH: MALAYSIA SEMANGKIN DITAKUTI?

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) amat bimbang dengan
suasana yang berlaku di atas beberapa kes yang berlaku dewasa
ini berkaitan motif pembunuhan yang menjadi berita-berita di akhbarakhbar
arus perdana dan yang terbaru kejadian yang mencederakan
Datuk Norizan Ali, 

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian
Kepong yang parah di bahagian perut dan jari tangannya akibat
ditikam dan ianya dilaporkan kini kritikal.

Pelbagai kejadian pembunuhan yang menjadi tajuk berita seperti
kejadian yang berlaku ke atas seorang warga tua yang berumur 72
tahun di Kuantan setelah dikerat-kerat amat menakutkan dan
meresahkan orang awam. 

Dan ada kejadian ugutan bunuh yang
terbaru kepada pelajar Mahasiswa kampus dan keluarga mereka
termasuk kejadian kekasaran dan pukul turut berlaku. Suasana ini
amat mencemaskan dalam masa yang sama Negara kita ingin
mencapai Negara maju tetapi kebimbangan kini seolah-oleh kejadian

jenayah terutama yang mengakibatkan kematian dan fizikal
bertambah dan menjadi-jadi.

Sudah tentu rakyat juga merasa cemas dan merasa tidak selamat
berikutan kejadian seumpama ini berlaku di siang harinya. Persoalan
rakyat kini kearah kenyataan awal Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, 

Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien,
Menteri Dalam Negeri yang mendakwa kadar jenayah terkawal dalam
usaha tranformasi yang kini dilakukan. Adakah semua dakwaan
tersebut berasas jika melihat kes-kes pembunuhan yang ada?

Sedangkan dalam masa yang sama indeks jenayah terus meningkat
dan kes pembunuhan dan jenayah yang ada menyumbang kepada
kedudukan tersebut. Ternyata Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri gagal dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.
Bagi kami Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat terlalu
disibukkan dengan perkara yang bukan menjadi keutamaan bagi
rakyat terutama berkaitan dengan politik. 

Keutamaan Polis adalah menjaga keselamatan rakyat terutama nyawa dan harta benda, tetapi
Polis sebenarnya disibukkan dengan program intipan dan menjaga
program-program anjuran parti dalam Pakatan Rakyat (PR)
terutamanya. Sedangkan sepatutnya Polis lebih cakna dengan rakyat
bagi memastikan keselamatan dan keamanan yang menjadi
keutamaan tugas mereka.

Ingin kami tegaskan dalam memastikan peranan pihak polis, isu
keselamatan perlu diutamakan dan sebagai alternatifnya, 

kami bersedia menghulurkan ‘tangan’ bersama membenteras jenayah
dengan melakukan kempen membenteras jenayah kearah
pendidikan kepada rakyat. Bagi kami juga Islam yang dijunjung oleh
PAS selama ini adalah kunci dan kekuatan yang kami ada untuk
terus menyumbang kearah kebaikan bersama dengan rakyat yang
perlu kami kongsi bersama.
 
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Kampung Muafakat 'Kampung Bunian'

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kampung Bunian
 
Papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Kampung Muafakat.
 
KLUANG - Ada papan tanda, tetapi kampungnya tidak wujud, malah penduduk juga tidak kelihatan.

Begitulah kepelikan yang menerpa setiap orang yang melalui Jalan Kluang-Kota Tinggi di sini yang tertanya-tanya dengan kewujudan sebuah papan tanda bertulis Kampung Muafakat, berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat.

Ini kerana jika mereka masuk ke kawasan itu, lebih kurang empat kilometer daripada papan tanda berkenaan, tidak ada sebuah rumah pun dijumpai.

Sebaliknya kawasan yang dikatakan perkampungan ini hanya dipenuhi tanaman kelapa sawit dan kebun sayur-sayuran.

Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Abdul Malik Ismail, hasil tinjauan dan pemeriksaan pihaknya di kawasan tersebut mendapati kampung yang dimaksudkan memang tidak wujud.

“Kawasan ini diterokai secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Papan tanda Kampung Muafakat ini hanya diwujudkan bagi melindungi kegiatan pencerobohan haram di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Malik berkata, kampung itu dipercayai diwujudkan oleh seorang ketua peneroka haram di dalam kawasan tanah Hutan Simpan Kluang.

254.9 hektar kawasan 'kampung' diteroka secara haram

Menurutnya, Kampung Muafakat tidak pernah diketahui kewujudannya, malah ia tidak pernah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kluang.

“Jika tiada aduan diterima daripada penduduk di kawasan Felda Bukit Tongkat, memang kami tidak menyedari akan perkara ini.

“Hasil lawatan dan pemeriksaan di kawasan yang telah dicerobohi itu kami mendapati, peneroka haram ini telah mula menanam kelapa sawit, sayur-sayuran serta turut mendirikan bangunan sarang burung walit,”  katanya.

Abdul Malik berkata, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati seluas 254.9 hektar kawasan tersebut telah diteroka secara haram.

“Memang tiada sebarang penempatan di sini. Penduduk tempatan juga tidak ada melainkan pendatang asing yang dipercayai bekerja sebagai kuli di kawasan kebun sayur tersebut.

“Selepas pihak kami membuat tinjauan, semakan terus dilakukan oleh Pejabat Tanah Kluang dan hasilnya kami mendapati status tanah kampung tersebut tidak pernah mendapat kelulusan malah tiada permohonan dilakukan sehingga sekarang.

“Jabatan Perhutanan daerah Kluang pula mengesahkan tanah yang diceroboh itu telah dibebaskan pada 1976 namun ia masih belum diwartakan sehingga sekarang dan ia masih berada di dalam penjagaan dan bidang kuasa mereka.

“Ia sekali gus membuktikan Kampung Muafakat tidak pernah wujud,” katanya.

Usaha jejaki 'ketua kampung', pemaju

Dalam pada itu, menurut Abdul Malik, pihaknya kini sedang berusaha menjejak 'ketua' dan 'pemaju' kampung tersebut yang nama mereka tertera di atas papan tanda berkenaan.

Selain itu, tegasnya, Kampung Muafakat kini berstatus tanah yang diceroboh kerana semua kerja tanaman yang dilakukan di kawasan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana jabatan sama ada Pejabat Tanah ataupun Pejabat Perhutanan Daerah Kluang.

“Berikutan daripada apa yang berlaku, pihak kami akan mengadakan tindakan bersepadu dengan pihak polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Imigresen dalam masa yang terdekat ini.

“Ia harus dijalankan bagi menyekat aktiviti pencerobohan haram ini yang dianggarkan aktif lebih sepuluh tahun,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut juga akan diadakan untuk mengetahui dalang sebenar yang memberi kebenaran kepada individu terbabit untuk menceroboh tanah hutan simpan itu sehingga menjadi ladang sayur dan kelapa sawit.

Pagar gajah juga rosak

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yasa Awi Ba berkata, 'kampung' yang dikenali sebagai Kampung Muafakat itu sudah lama wujud, malah hampir sepuluh tahun.

“Pada waktu itu, mereka yang menceroboh kawasan tersebut tidak melakukan sebarang kerosakan di kawasan ladang Bukit Tongkat. Jadi tiada aduan dibuat.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, mereka yang tidak bertanggungjawab telah melakukan kerosakan ke atas pagar gajah serta parit gajah yang menjadi sempadan antara kawasan ladang dan tanah hutan simpan Kluang yang diceroboh itu. Disebabkan itu ramai pemilik ladang mula bengang dan buat aduan kepada pihak berwajib,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Md Yasa berkata, apabila pagar gajah sudah dirosakkan, maka pemilik ladang mengalami kerugian kerana gajah liar memasuki kawasan ladang dan memusnahkan tanaman.

Pengurus Felda Bukit Tongkat, Zainal Abidin Jilani berkata, laporan mengenai wujudnya Kampung Muafakat sudah lama diketahui malah terdapat juga individu dilihat keluar masuk ke dalam ladang berkenaan.

Beliau berkata, pada masa ini kawasan tersebut sudah menjadi ladang sayur-sayuran dan kelihatan seolah-olah sudah menjadi hak milik mereka.

“Pihak Felda setakat ini tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atas mereka namun, disebabkan mereka telah merosakkan pagar gajah, pihak kami perlu lakukan sesuatu.

“Bagaimanapun, saya harap masalah tersebut dapat diatasi segera. Jika tidak peneroka Felda akan mengalami kerugian dengan menanggung kos membaiki pagar serta parit gajah,” katanya.

sinar harian/-

Rapid Pengerang: Banyak misteri akan terbongkar

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Banyak misteri yang akan terbongkar berikutan bantahan dan cabaran debat mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila ada bekas menteri yang mencari nafas baru dalam politik Umno mencabar untuk berdebat berikutan bantahan penduduk Pengerang terhadap Rapid, banyak lagi kecurigaan yang didedahkan kepada kita sejak Petronas dikuasai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Menurut Salahuddin, Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 meletakkan Petronas di bawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri.

Katanya, antara perkara awal yang didedahkan kepadanya ialah mengenai begitu banyak projek Petronas, termasuk Rapid, yang dimanfaatkan oleh Dialog Group Berhad.

Mengenai Rapid, Salahuddin berkata, beliau difahamkan bahawa projek itu adalah projek Petronas yang pertama yang mengambil alih kawasan penempatan rakyat.

"Saya difahamkan oleh para pegawai Petronas bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 1974, syarikat minyak nasional itu tidak pernah mengambil alih kawasan penempatan rakyat dan apa yang berlaku di Pengerang hanya berlaku di zaman Najib menguasai Petronas.

"Contohnya, tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh asalnya ialah kawasan kebun kelapa dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau penempatan rakyat," kata beliau.

Malah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, pegawai-pegawai Petronas yang memberi maklumat juga memberitahu, telah menjadi piawaian dunia bahawa projek minyak dan gas tidak dibuat di kawasan penempatan rakyat seperti yang dilakukan di Pengerang.

"Para pegawai Petronas yang berkenaan juga banyak mengadu mengenai Presiden dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Petronas (Tan Sri) Shamsul Azhar (Abbas) dan mereka memberitahu bahawa banyak perkara yang tidak berlaku sebelum ini berlaku di zaman Shamsul Azhar termasuk pengambilalihan kawasan penempatan rakyat untuk projek Petronas.

"Ia satu perubahan dasar Petronas yang luar biasa," katanya.

Bagi Salahuddin, apabila ia melibatkan perubahan dasar Petronas, kesalahan besar bukan lagi sekadar melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang beliau sifatkan bersekongkol meluluskan pengambil alihan kawasan penempatan penduduk berkenaan untuk projek itu, tetapi dalang utamanya ialah Najib.

"Najiblah orang yang paling bertanggungjawab ke atas segala masalah dan keperitan yang dihadapi oleh penduduk Pengerang yang dimangsakan pengambil alihan itu," katanya.

Salahuddin juga kesal dengan sikap Ghani yang hanya mengikut sahaja telunjuk Najib dan menjadi antara sekongkol utama dalam projek yang dibantah oleh penduduk Pengerang itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang, Kasran Abdullah sebelum ini menyatakan, kajian yang dijalankan November tahun lalu di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Rapid.

Salahuddin juga menuntut penjelasan Najib mengapa Dialog kini mendapat begitu banyak projek Petronas.

"Para pegawai Petronas berkenaan memberitahu, trend monopoli sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini dan hanya berlaku ketika Najib berkuasa ke atas Petronas.

"Menurut mereka, banyak penganugerahan projek Petronas yang menimbulkan kesangsian dan pertikaian dan yang paling mereka persoalkan ialah projek-projek Petronas kepada Dialog," kata beliau.

Para pegawai petronas itu juga, kata Salahuddin, mempersoalkan bagaimana Dialog mendapat manfaat di medan minyak Balai Bentara dan dijangka akan mendapat manfaat pula di medan minyak D35 di Balai Cluster.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana kenyataan khusus mengenai perkara itu akan dibuat.

harakahdaily/-

MB: S'gor akan jemput TPM bincang isu air

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



 
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk membincangkan pelaksanaan penyusunan semula industri perkhidmatan air dan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2.


NONE"Jemputan tersebut akan dinyatakan dalam surat balasan saya kepada Tan Sri Muhyiddin yang akan dihantar kepada beliau dalam masa terdekat ini," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri).

"Kerajaan negeri percaya perbincangan ini akan membawa keputusan positif kepada industri air, negeri serta kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Saya kira Timbalan Perdana Menteri perlu tahu terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum kerajaan negeri boleh membuat tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi yang sekarang ini diberi tempoh lanjutan untuk beroperasi dari bulan ke bulan oleh  Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN)," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau juga akan memberitahu Muhyiddin bahawa usaha penyelesaian penyusunan industri air secara holistik di Selangor  masih terbantut akibat sikap berdolak dalih syarikat-syarikat konsesi dan keengganan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan kuasa-kuasa berkanun di bawah Akta Perkhidmatan Industri air atau Akta 655.

Menurutnya, beliau juga akan menyatakan pandangan bahawa timbalan perdana menteri tidak diberikan penjelasan yang sebenarnya mengenai kuasa dan peranan Kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah Akta 655.

"Akta ini menyatakan kuasa eksekutif mengenai segala perkara yang berhubungan dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan air di seluruh Semenanjung Malaysia terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. 

"Manakala Bahagian 7 (Pemindahan Perniagaan) Akta 655 pula memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan yang akan mengakibatkan pertukaran dalam kawalan, penjualan, pelupusan atau pindah milik atau penyatuan atau percantuman atau penyusunan semula pemegang lesen melainkan dengan kelulusan Menteri, di dalam hal ini, Menteri yang berkenaan adalah menteri tenaga, teknologi Hijau dan Air.

"Saya akan menjelaskan bahawa keengganan kementerian tenaga, teknologi hijau dan air untuk menerajui perundingan, jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan dengan sengaja mahu mengingkari tanggungjawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah seksyen 191 (4) Akta 655," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri besar berkata, beliau juga akan menyatakan SPAN menyalahguna kuasa budibicara apabila memberi kuasa kepada syarikat-syarikat konsesi untuk beroperasi dari bulan ke bulan "yang bererti memperlekeh kewajaran syarikat-syarikat konsesi supaya mematuhi kemahuan Kerajaan Negeri Selangor".

"Oleh kerana kerajaan Persekutuan telah menerima cadangan penyusunan holistik dan merupakan pemegang Saham Emas dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), maka wajar syarikat konsesi lain menerima tawaran yang akan dikemukakan oleh kerajaan negeri.

"Sekiranya syarikat konsesi tidak setuju dengan tawaran yang akan dikemukakan, mereka boleh merujuk kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa dan kerajaan negeri akan akur apa jua keputusan yang dibuat oleh badan berkenaan," tegas Abdul Khalid.

Dalam perkembangan berkaitan, menteri besar berkata, kerajaan negeri kecewa dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan persepsi tidak benar seolah-olah berlaku krisis bekalan air dan mahu rakyat menyalahkan kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, dari awal lagi, media arus perdana telah dipergunakan untuk mengelirukan rakyat berhubung isu air sedangkan kerajaan negeri konsisten dengan pendirian untuk melaksanakan penyusunan  semula  mengikut semangat WSIA yang menawarkan  penyelesaian secara holistik kepada industri perkhidmatan air.

malaysiakini/-

Jual rakan hamil

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LAPOR...Asmah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
 
LAPOR...Asmah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
 
KUALA LUMPUR: “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400,” kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.

Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.

Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.

“Perkahwinan kami hanya bahagia setahun. Dua tahun berikutnya, saya sering dipukul suami yang panas baran.

METRO/-

Korban tragedi Gunung Tabai

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KUCHING – Keghairahan seorang peniaga yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan melombong emas secara haram di kaki Gunung Tabai, Bau dekat sini, bertukar tragedi apabila mangsa maut dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil awal pagi semalam.

Mangsa Lee Sze Chun, 37, dikatakan pergi melombong emas di kawasan tersebut kerana mahu memperoleh wang segera bagi memenuhi impiannya memiliki sebuah premis perniagaan sendiri.

Bagaimanapun, Sze Chun yang menjalankan perniagaan mi kolok meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai akibat hentaman kuat ketulan batu yang tiba-tiba menggelongsor lalu menghempapnya di dalam terowong sedalam kira-kira 12 meter dalam kejadian pada pukul 3 pagi.

Pak cik mangsa, Chin Jun Chong, 47, berkata, mangsa pernah menyuarakan impiannya untuk memiliki kedai mi kolok sendiri bagi mengembangkan perniagaan bersama isterinya, namun mereka kekurangan modal.

KOSMO/-

Blog Cina Islam naik taraf ke www.idhamlim.com

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

Setelah hampir 5 tahun blog Cina Islam dengan URL http://idhamlim.blogspot.com berada bersama pengunjung , maka bermula pada hari ini ianya tampil dengan mula menggunakan URL baru iaitu www.idhamlim.com. 

Namun para pengunjung masih boleh mengakses ke blog ini dengan carian blogspot pada masa ini. 

Selain itu kami ,memohon maaf sekiranya terdapat beberapa gangguan kepada website ini selama usaha menaik tarf dijalankan oleh team Cina Islam dalam masa sekitar seminggu.

Terima kasih juga diucapkan kepada Team Cina Islam yang pastinya akan menggunakan sepenuh kemahiran dan masa terluang untuk menyusun kembali blog ini dengan penampinan dan imej baru yang pastinya lebih sesuai dengan peredaran dan keperluan semasa.

Pada kesempatan ini kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan dokongan semua pengunjung di seluruh negara dan tidak ketinggalan warga Malaysia di luar negara. 

Semuga usaha menaik taraf blog ini kepada .com berjalan lancar seperti kami rencanakan.

PR bubar 1MDB, fungsi sama Khazanah Nasional

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (test2) KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 menegaskan akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang belanjawan tersebut memberitahu tindakan membubarkan 1MDB itu akan dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya.

Beliau menegaskan kehadiran 1MDB adalah sama dengan fungsi Khazanah yang terlibat dalam strategi pelaburan.

"Kita ingin melahirkan reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.

"Khazanah sudah melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan  dan kenapa perlu diwujudkan 1MDB sedangkan fungsinya adalah sama dalam strategi pelaburan," jelasnya pada pelancaran belanjawan itu di dewan taklimat parlimen, petang ini.

Tambah beliau lagi, dengan wujudnya 1MDB itu juga merupakan satu pembaziran yang besar kerana objektifnya sama dengan Khazanah.

"Pakatan Rakyat akan memastikan semua aset yang telah dipindahkan atau semua projek dimasukkan kembali kepasa hak milik awam serta melihat semula perjanjian komersial yang telah dimeterai oleh 1MDB.

"Kita juga menetapkan sasaran dividen tetap terhadap Khazanah bermula dengan RM2 bilion setiap tahun," jelasnya lagi.

Selain itu juga, melalui belanjawan ini juga Pakatan Rakyat turut menyediakan insentif bagi pengurusan GLC yang bukan di dalam bidang asas dan strategik untuk mengambil alih syarikat melalui pengurusan membeli (Management buy out- MOB) sebagai usaha mengurangkan persaingan GLC dan syarikat swasta.(tested & review/HD source)

7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013


(test) 11 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.

"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.

Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.

Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.

"Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.

"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.

Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.

Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.

Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.

Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.

Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.(tested & review/HD source)