27 September 2012

KES KEMATIAN DAN JENAYAH: MALAYSIA SEMANGKIN DITAKUTI?

11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) amat bimbang dengan
suasana yang berlaku di atas beberapa kes yang berlaku dewasa
ini berkaitan motif pembunuhan yang menjadi berita-berita di akhbarakhbar
arus perdana dan yang terbaru kejadian yang mencederakan
Datuk Norizan Ali, 

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian
Kepong yang parah di bahagian perut dan jari tangannya akibat
ditikam dan ianya dilaporkan kini kritikal.

Pelbagai kejadian pembunuhan yang menjadi tajuk berita seperti
kejadian yang berlaku ke atas seorang warga tua yang berumur 72
tahun di Kuantan setelah dikerat-kerat amat menakutkan dan
meresahkan orang awam. 

Dan ada kejadian ugutan bunuh yang
terbaru kepada pelajar Mahasiswa kampus dan keluarga mereka
termasuk kejadian kekasaran dan pukul turut berlaku. Suasana ini
amat mencemaskan dalam masa yang sama Negara kita ingin
mencapai Negara maju tetapi kebimbangan kini seolah-oleh kejadian

jenayah terutama yang mengakibatkan kematian dan fizikal
bertambah dan menjadi-jadi.

Sudah tentu rakyat juga merasa cemas dan merasa tidak selamat
berikutan kejadian seumpama ini berlaku di siang harinya. Persoalan
rakyat kini kearah kenyataan awal Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, 

Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien,
Menteri Dalam Negeri yang mendakwa kadar jenayah terkawal dalam
usaha tranformasi yang kini dilakukan. Adakah semua dakwaan
tersebut berasas jika melihat kes-kes pembunuhan yang ada?

Sedangkan dalam masa yang sama indeks jenayah terus meningkat
dan kes pembunuhan dan jenayah yang ada menyumbang kepada
kedudukan tersebut. Ternyata Perdana Menteri dan Menteri Dalam
Negeri gagal dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.
Bagi kami Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat terlalu
disibukkan dengan perkara yang bukan menjadi keutamaan bagi
rakyat terutama berkaitan dengan politik. 

Keutamaan Polis adalah menjaga keselamatan rakyat terutama nyawa dan harta benda, tetapi
Polis sebenarnya disibukkan dengan program intipan dan menjaga
program-program anjuran parti dalam Pakatan Rakyat (PR)
terutamanya. Sedangkan sepatutnya Polis lebih cakna dengan rakyat
bagi memastikan keselamatan dan keamanan yang menjadi
keutamaan tugas mereka.

Ingin kami tegaskan dalam memastikan peranan pihak polis, isu
keselamatan perlu diutamakan dan sebagai alternatifnya, 

kami bersedia menghulurkan ‘tangan’ bersama membenteras jenayah
dengan melakukan kempen membenteras jenayah kearah
pendidikan kepada rakyat. Bagi kami juga Islam yang dijunjung oleh
PAS selama ini adalah kunci dan kekuatan yang kami ada untuk
terus menyumbang kearah kebaikan bersama dengan rakyat yang
perlu kami kongsi bersama.
 
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Tiada ulasan: