28 Disember 2013

Barang naik akan gagalkan Wawasan 2020

24 Safar 1435H. [MOD] -
RAJA DR AHMAD ISKANDAR AL-HISS
27 Disember 2013

DEWAN Pemuda Pas Perak yakin kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pentadbiran kerajaan dan pengurusan kewangan akan memberikan kesan terhadap kos sara hidup yang tinggi dan dalam masa sama akan menggagalkan negara untuk mencapai misi Negara Maju dalam Wawasan 2020.

Ini kerana jika kos sara hidup rakyat dibebani, mana mungkin Wawasan 2020 akan tercapai dengan dibandingkan pendapatan rakyat dan perbelanjaan yang tidak seimbang berkaitan keperluan harian rakyat selama ini.

Akhirnya hanya satu demo 31 Dis di Dataran

24 Safar 1435H. [MOD] -



 
Penganjur-penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, akhirnya mencapai kata sepakat bergabung bersama-sama untuk demontrasi pada 31 Disember ini.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan itu – Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gabungan Gerakan3112 hari ini.

"Lagi pandai menabung dari emaknya" : Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

24 Safar 1435H. [MOD] -





Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Amaran ribut petir di perairan negara

24 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan dan pantai barat Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
    
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m. 
    
Ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Selangor dan Sandakan, Sabah yang menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m, yang dijangka berterusan sehingga lewat petang ini. 

Ratusan berhimpun bantah kezaliman regim Bangladesh

24 Safar 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR:  Kesal dengan tindakan regim Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina menggantung sampai mati Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar), PAS serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Bangladesh di Jalan U-Thant, dekat sini, petang ini.
Lebih 500 orang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan selepas menunaikan solat Jumaat.
Mereka menyanyikan lagu rasmi PAS dan melaungkan slogan 'Hidup Islam', 'Hancur Kerajaan Zalim Bangladesh' sebelum pimpinan utama masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

27 Disember 2013

70 cedera diserang ikan karnivor di pantai Argentina

23 Safar 1435H. [MOD] -

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor. 

Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang be
sar, rakus dengan gigi tajam. 

Selepas mungkir janji, BN takut “digulingkan”

23 Safar 1435H. [MOD] -

Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.

Lelaki maut ditetak, dipercayai akibat cemburu

23 Safar 1435H. [MOD] -


Polis tidak menolak kemungkinan kejadian seorang lelaki maut selepas ditetak parang di tepi Pasar Aulong di Taiping baru-baru ini bermotifkan cemburu dan dendam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata siasatan awal mendapati mangsa M. Rathakrishnan, 32, yang bekerja sebagai pengutip besi buruk dipercayai mengganggu teman wanita seorang lelaki.

Wartawan terkena tembakan dalam pertempuran di Bangkok

23 Safar 1435H. [MOD] -



 
Seorang wartawan akhbar harian tempatan antara mereka yang cedera dalam pertembungan antara polis rusuhan dan puak antikerajaan sementara yang mengorbankan seorang anggota polis, di Bangkok hari ini.

Wartawan lelaki akhbar Thai Rath itu terkena tembakan peluru hidup dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Phayathai. Keadaannya dilapor tidak lagi kritikal.

Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?

23 Safar 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar)melahirkan kekecewaan dengan sikap kerajaan pusat yang dilihat bertindak lebih pantas ketika menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit terhadap mangsa bencana alam di luar negara berbanding bantuan di Kuantan.

“Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit.

“Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini,  semalam.

SPR Thailand gesa PRU ditangguh ekoran keganasan

23 Safar 1435H. [MOD] -

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menggesa pilihan raya umum yang ditetapkan pada 2 Feb ini ditangguh selepas konfrontasi ganas antara polis antirusuhan dan penunjuk perasaan yang menuntut agar pilihan raya itu diboikot, sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai polis.
    
Pesuruhjaya SPR Somchai Srisuthiyakorn berkata pilihan raya umum itu patut ditangguh sehingga semua pihak yang terbabit dalam konflik menyelesaikan pertikaian mereka.
    
Konfrontasi ganas di pusat pendaftaran pilihan raya di stadium Thai-Jepun itu memaksa pegawai SPR dipindah menggunakan helikopter manakala wakil parti politik oleh van selepas mereka selesai merumuskan nombor senarai parti yang bertanding pada pilihan raya umum di kertas undi.

KDN, Azan dan Turun

23 Safar 1435H. [MOD] -
AHMAD LUTFI OTHMAN/Harakahdaily/-
(Gambar) Azan (dua dari kiri) berunding dengan seorang anggota polis semasa mengadakan flash mob Turun di Mid Valley, 23 Disember lalu.
Penggantungan permit penerbitan mingguan berita The Heat mungkin akan ditarik balik dalam waktu terdekat. Semakin lama dibiarkan isu ini berlanjutan, ia boleh menambahkan lagi senarai panjang beban yang ditanggung kerajaan minoriti Umno-BN.

Erdogan tolak gesaan letak jawatan

23 Safar 1435H. [MOD] -



Foto
Penyokong Erdogan melaungkan slogan ketika menunggu ketibaan beliau di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, semalam. - Foto REUTERS
Berdepan cabaran getir selepas pecat Bayraktar

Istanbul: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menerima cabaran paling hebat sejak memerintah 10 tahun lalu, apabila seorang rakan lamanya meletak jawatan dan menggesa beliau turut berundur berikutan siasatan rasuah yang mengancam melemahkan kepemimpinan beliau. 


Gesaan itu dibuat selepas Erdogan mendesak Menteri Alam Sekitar dan Perancangan Bandar, Erdogan Bayraktar, yang berkhidmat bersamanya sejak 1990-an dan dua lagi menteri supaya meletak jawatan, kelmarin. 

Mesir mula berkas ahli Ikhwanul Muslimin

23 Safar 1435H. [MOD] -

KAHERAH 27 Dis. - Barisan pendakwa raya Mesir semalam mengarahkan penahanan sekurang-kurangnya 18 ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin, termasuk seorang bekas ahli Parlimen, dua hari selepas kerajaan Mesir menyenaraikan kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas di negara ini.

Salah seorang yang ditahan merupakan anak lelaki kepada Timbalan Ketua pergerakan tersebut yang cuba menggulingkan kerajaan, menurut laporan rasmi agensi berita MENA.

Keganasan ragut sekurangnya 12 nyawa di Republik Afrika Tengah

23 Safar 1435H. [MOD] -

BANGUI 27 Dis. - Sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh sejak Rabu lalu dalam kejadian keganasan antara penduduk Islam dan Kristian, di sini.

Menurut laporan pihak hospital di sini, seramai 46 orang lagi turut mengalami kecederaan di dalam konflik keagamaan yang melanda bandar terbesar di Republik Afrika Tengah itu, dan mendapatkan rawatan di hospital terbabit. - AFP