19 Mei 2017

PAS Kuala Kangsar jawab fitnah.


Pena YDP Kuala Kangsar

18 Mei 2017

Saya mendapati terdapat unsur2 propaganda untuk menggambarkan PAS Kuala Kangsar dalam keadaan semakin lemah dengan pemberitaan dalam akhbar Sinar Harian seperti yang saya jawab dalam edisi hari ini mengenai 42 orang ahli PAS keluar menyertai PAN.

Oleh itu berhati- hatilah bila membaca berita rekaan dan propaganda mengenai apa sahaja isu yang dikaitkan dengan PAS terutama dari parti lawan kita seperti UMNO, PAN dan rakan-rakannya.

"Sejahtera Bersama Islam"

YDP PAS Kuala Kangsar Rasmi Hari Guru PASTI

SUNGAI SIPUT: 18 Mei 2017, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dato' Drs Khalil Idham Lim merasmikan Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Kuala Kangsar yang berlansung Di Warisan Kafe, MH Hotel Sungai Siput hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah PASTI Perak, Encik Mohd Helmi Affindi bin Ali, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar,  Encik Ahmad Dzorif bin Ramli, Pengerusi PASTI Kawasan Kuala Kangsar, Pengurus PASTI Unit, AJK Dewan Pemuda PAS dan AJK PASTI Kawasan.


Bertemakan pakaian unggu, guru-guru PASTI Kawasan Kuala Kangsar menampilkan wajah ceria hadir ke Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Kuala Kangsar pada tahun ini. Lebih 35 orang guru yang hadir.

Khutbah Jumaat : Kesatuan Kunci Kekuatan Ummah

*KHUTBAH JUMAAT - 22 SYA'ABAN 1438 / 19 MEI 2017*
```KESATUAN KUNCI KEKUATAN UMMAH```

*Khutbah Pertama*

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ﴿١٩﴾

Bermaksud: _*"Dan tidaklah manusia pada mulanya melainkan umat yang satu, kemudian mereka berselisih. Dan kalaulah tidak kerana ketetapan yang telah terdahulu dari Tuhanmu, tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka mengenai apa yang mereka perselisihkan itu".*_ (Surah Yunus Ayat 19)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَالِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

18 Mei 2017

Exco PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan oleh Sultan Selangor.

KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT


Mesyuarat PAS Pusat hari ini, 18 Mei 2017 bersamaan 21 Syaaban 1438H telah dipengerusikan oleh Pemangku Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Di dalam Sidang Media selepas Mesyuarat di Pejabat Agung PAS tersebut, beliau mengumumkan 3 perkara:

1) Exco PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan oleh Sultan Selangor. Ini adalah selaras dengan Fasal 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor

17 Mei 2017

PAS Kuala Kangsar menafikan 42 Ahli PAS Cawangan Jeliang keluar ahli.


KENYATAAN MEDIA PAS KUALA KANGSAR
17 Mei 2107.

PAS Kuala Kangsar menafikan 42 Ahli PAS Cawangan Jeliang keluar ahli.

Berhubung dengan laporan akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas dengan tajuk " 42 Ahli PAS ambil keputusan sertai Amanah". Berikut adalah kenyataan rasmi dari kami PAS Kuala Kangsar :-

1. Kenyataan yang dikatakan seorang ahli bernama Mohd Hamka yang sudah 40 tahun bersama PAS sejak tahun 1977 adalah sesuatu yang bercanggah dengan realiti sebenarnya. Kerana Mohd Hamka menurut rekod yang kami ada baru menjadi ahli PAS pada  13.12.1998 dengan
No keahlian : 0519536.

16 Mei 2017

TUAN GURU HAJI HADI AWANG BERJAYA JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG


Institut Jantung Negara,

16 Mei 2017.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

15 Mei 2017

PCM dialu-alukan.

Kenyataan Media Penerangan 131/2
15 Mei 2017 : 18 Syaaban 1438

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat._

1. *PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.* Sedang Islam itu adalah sebuah manhaj kehidupan yang akan memandu manusia menjadi sejahtera dan harmoni dalam sosial, politik mahupun ekonomi.

2. Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan non muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan.

12 Mei 2017

PAS Maju Bersama Gagasan Sejahtera Menuju PRU ke 14

PENGUMUMAN oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada petang Khamis, 11 Mei 2017, menjadi satu titik tolak yang besar kepada PAS dalam meneruskan langkah penting untuk PAS memimpin perubahan politik Malaysia dengan Sejahtera Bersama Islam. Tindakan MSU dibuat dengan perkiraan syarak seperti mana ketika meluluskan juga tahaluf siyasi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Kehujahan yang dilakukan oleh MSU tidak boleh dipertikai lagi sekiranya semua faham rujukan PAS adalah Quran, sunnah, ijmak dan qias. Dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, berlaku banyak perlanggaran perjanjian, dan kebiasaannya mereka yang melanggar perjanjian tidak diberi muka lagi seperti Yahudi Bani Qaynuqa yang melanggar piagam Madinah, Yahudi Bani Nadhir yang khianat kepada Islam. Ataupun seperti mana putusnya Sulh Hudaybiah, apabila Qurays melanggar perjanjian dengan menolong Bani Bakr yang bertelingkah dengan Bani Khuzaah yang mempunyai ikatan dengan Kerajaan Islam Madinah.

11 Mei 2017

Putus hubungan dengan PKR, Kenyataan rasmi PAS Selangor

*KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS*

PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Oleh yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

TAHAALUF SIYAASI PAS-PKR TERBATAL


Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak PAS
Sumber: HarakahDaily |  11 Mei 2017

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

10 Mei 2017

Keputusan kerjasama dengan PKR diputus esok.

MAJLIS Syura Ulamak akan bermesyuarat esok dan dijangka akan membincangkan kerjasama antara PAS dan PKR.

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob berkata tidak menjadi halangan untuk PKR kembali bekerjasama dengan PAS untuk ke arah kebaikan.

Bagaimanapun, jelasnya ia perlu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

Saf Kepimpinan PAS Selangor 2017/2019

MESYUARAT Perhubungan PAS Negeri Selangor kali pertama sesi 2017/2019 telah bersidang pada 9 Mei 2017 di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor, Shah Alam, dengan agenda pelantikan timbalan-timbalan pesuruhjaya, setiausaha, penolong-penolong setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, ahli perhubungan dilantik dan pengerusi-pengerusi lajnah
Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

1. PESURUHJAYA - YB USTAZ SALLEHEN MUKHYI
2. TIMBALAN PESURUHJAYA I - YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
3. TIMBALAN PESURUHJAYA II - YB TUAN IR MOHD HASLIN HASSAN
4. TIMBALAN PESURUHJAYA III - USTAZ MOHD ZAMRI ZAINULDIN

06 Mei 2017

Senarai Penuh Perlantikan AJK PAS Pusat , Pesuruhjaya Negeri dan Lajnah.

06 Sya'aban 1438H [MOD] -

Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.


Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan 
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil 
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som

Nasrudin dilantik semula Ketua Penerangan PAS, Razman dilantik sebagai Bendahari .


09 Sya'aban 1438H [MOD] -

SELAIN 18 jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar PAS baru baru ini, AJK PAS Pusat yang baru melantik tujuh orang lagi ahli jawatankuasa tambahan.
Mereka adalah Mohd Sanusi Md Nor, Saiful Bahri Mamat, Mohammad Hussain, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS  Datuk Takiyuddin Hassan yang dilantik semula pada 1 Mei lalu bagi sesi 2017-2019.

Bersama Hidup Sejahtera Dibawah Naungan Islam

Dr. Azman Ibrahim

PAS mengajak ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam. Semua bangsa dan agama akan diraikan dan dilindungi di bawah sistem Islam. Sebagaimana kita menerima hakikat bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa adalah ciptaan Allah kepada mahkluknya, begitulah juga kita menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai pegangan dan kepercayaan agama. Menghormati kepercayaan orang lain adalah perintah agama dan dalam masa yang sama kebenaran Islam mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Tetapi tiada paksaan sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Insiden kes pukul di masjid yang baru berlaku hanya sekadar kes terpencil yang tak perlu diapi-apikan sehingga nyalaannya marak membakar sentimen perkauman dan keagamaan. Tiada siapa yang akan untung akhirnya.