09 Julai 2021

Ismail Sabri mula tugas TPM

 

Ismail Sabri memulakan tugasan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra dengan mengimbas kad perakam waktu kira-kira 10 pagi.

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.

Zuraidin kekal, Zolkples naib presiden GASTAK

 Zuraidin Abdullah (kiri) dan Datuk Seri Zolkples Embong.

YB. Zuraidin Abdullah (kiri) dan Datuk Seri Zolkples Embong.

KOTA BHARU: Presiden Gabungan Sepaktakraw Kelantan (GASTAK), YB. Zuraidin Abdullah kekal menerajui persatuan itu sepenggal lagi apabila menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi sesi 2021-2023 yang diadakan melalui dalam talian, malam tadi.

376,909 dos vaksin diberi semalam, tertinggi dalam sehari

 

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi dengan 376,909 dos vaksin diberikan di seluruh negara, semalam.

08 Julai 2021

Ahli Parlimen BN kekal sokong Muhyiddin


Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini.

Ahli Parlimen BN dalam kenyataan berkata, pendirian itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di mana ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya dan jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos.

Kerajaan yang ada kekal , Peguam Negara

PAS ISTIQAMAH MENYOKONG YAB PERDANA MENTERI


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PAS mempertegaskan sokongan sepenuhnya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, termasuklah sokongan tidak berbelah bahagi sekalian 18 Ahli Parlimen PAS.

Kerajaan yang ada kekal mentadbir

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan yang ada sekarang masih kekal berkuasa kerana pada masa ini tiada pengesahan mengenai penarikan sokongan daripada UMNO.

Pakar perlembagaan, Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata jika semua ahli Parlimen dan UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) barulah kerajaan yang sedia ada terbubar.

07 Julai 2021

Tahniah.

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Perak kini benarkan jemaah ikut luas dewan utama masjid, surau


IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, memperkenankan solat fardu, Jumaat dan sunat Aidiladha diadakan di masjid dan surau mengikut keluasan dewan utama dengan mematuhi jarak fizikal ditetapkan dalam tempoh pelan pemulihan negara berfasa di Perak.

Alhamdulillah , Masjid dan Surau dibuka lebih luas untuk jemaah di Perak







 

TIADA MAAF, TIADA SIAPA YANG KEBAL UNDANG-UNDANG, UMMAH TUNTUT SIASATAN DITERUSKAN KEATAS LIM KIT SIANG

.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempersoalkan bahawa ‘kerajaan Allah’ sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada Covid-19” akhirnya dengan rasmi membuat permohonan maaf.
Perlu diingatkan permohonan maaf ini dilakukan dalam keadaan pelbagai pihak melahirkan rasa marah dan tidak puas hati atas kenyataan yang begitu biadab dan menyentuh perasaan umat Islam di Malaysia.

UMMAH SOKONG KPN GERAKKAN PGA AWASI KETENTERAMAN AWAM DI RAUB


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong penuh tindakan Ketua Polis Negara (KPN) yang telah mengerakkan Pasukan Gerak Am (PGA) bagi menjaga ketenteraman awam berkaitan operasi penguatkuasaan di lokasi Hutan Simpan Kekal (HSK) Raub yang menjadi pertikaian panas diantara pekebun haram musang king dengan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Pahang dan Pejabat Tanah dan Daerah Raub.

06 Julai 2021

PERMAINAN POLITIK MELAMPAU LIM KIT SIANG, MENGHINA PENGERTIAN ‘KERAJAAN ALLAH’

 

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘De Facto’ DAP, Lim Kit Siang yang secara jelas dan terang-terangan telah menghina pengertian 'Kerajaan Allah' sebagaimana tulisannya ;

UMMAH SERU UMAT ISLAM LAPOR POLIS KE ATAS LIM KIT SIANG'


KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG UMMAH/6 JULY 2021

Saya hadir di IPD Bagan Serai pada jam 10.12 pagi ini membuat Laporan Polis terhadap Lim Kit Siang yang UMMAH anggap jelas mempersenda dan menghina Allah dah agama Islam.

Isi kandungan laporan saya sebagai berikut :