Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepakat untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara ketika ini.
Menurut mereka, apa yang menjadi keutamaan ahli-ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik Covid-19.
“Dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik,” kata mereka dalam kenyataan pada Khamis.
Sehubungan dengan itu, ahli Parlimen BN turut menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat.
Muhyiddin kekal berkuasa: Peguam Negara
Pada awal pagi Khamis, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.
SH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan