06 November 2021

Pil antiviral Pfizer berkesan 89 peratus

 

NEW YORK: Ujian klinikal pil antiviral Covid-19 Pfizer dihentikan lebih awal selepas ubat itu menunjukkan keberkesanan sebanyak 89 peratus daripada kes kemasukan ke hospital atau kes kematian bagi orang dewasa yang berisiko mendapat penyakit yang teruk.

Perdana Menteri lancar lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  (tiga, kanan) melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan hari ini. - Foto BERNAMA

KINABATANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid.

PAS pastikan calon berwibawa sertai pilihan raya

 

KUALA NERUS: PAS akan memastikan semua calon yang menyertai pilihan raya adalah individu yang berwibawa.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata amat sukar untuk mencari seorang tokoh yang kuat iman, budiman, tinggi ilmu, dan banyak pengalaman.

Pengerusi PN ditetapkan seorang wakil parti komponen

 

KUALA NERUS: Penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang dibuat ketika awal penubuhannya mengikut peruntukan undang-undang selaras dengan Akta Pertubuhan yang mempunyai senarai perjawatan.

PRN Melaka: PAS tetap harap kerjasama semua parti

 

Oleh AIN MANAF | FOTO RIZAL TAHIR

KUALA NERUS:
 PAS tetap bekerjasama dengan semua parti biarpun Umno dikatakan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Ketika parti lain bergelut, PAS mampu laksana muktamar

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KUALA NERUS:
 Ketika parti-parti politik lain masih bergelut lagi untuk mengadakan mesyuarat tahunan berikutan penularan wabak, namun PAS berjaya mengadakan muktamar tahunannya.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau bersyukur memandangkan PAS yang berjuang berteraskan Islam dapat mengadakan muktamar tahunan yang bermula hari ini.

75.4 peratus rakyat Malaysia sudah lengkap divaksin

 Foto hiasan NSTP

Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Populasi penduduk lengkap mendapatkan vaksinasi terus meningkat di negara ini iaitu mencecah 75.4 peratus atau seramai 24,625,458 orang sudah berjaya mendapatkan dos mereka.

Indonesia rampas tanah milik anak Suharto

 Tommy Suharto. - Foto AFP

Tommy Suharto. - Foto AFP

JAKARTA: Indonesia merampas tanah dikaitkan dengan pembuat kereta dimiliki anak lelaki pemimpin diktator, Allahyarham Suharto dalam usaha baharu untuk mendapatkan balik wang daripada puak berpengaruh itu, kata kerajaan hari ini.

Kuala Kedah ditenggelami air

 Keadaan di jalan raya utama di Pekan Kuala Kedah dinaiki air setinggi 0.3 meter berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Keadaan di jalan raya utama di Pekan Kuala Kedah dinaiki air setinggi 0.3 meter berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar yang mengakibatkan paras ombak tinggi sehingga mencecah 3.1 meter menyebabkan beberapa kawasan Kuala Kedah ditenggelami air, awal pagi tadi.

BN tanding di 28 kerusi PRN Melaka

 

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata UMNO menampilkan 20 calon, lapan diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

PRU15: PAS perlu lihat dengan serius perkembangan anak muda

 

KUALA NERUS: PAS perlu melihat dengan serius perkembangan anak muda serta menggerakan pendidikan politik kepada golongan itu kerana mereka  akan diberikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin negara pada Pilihan Raya Umum akan datang.

PAS perlu konsisten pendekatan politik jujur, bersih

 

KUALA NERUS: PAS perlu konsisten dengan menampilkan pendekatan politik jujur serta bersih, selain rakyat sendiri perlu memilih pemimpin yang mempunyai sifat integriti demi untuk memulihkan negara.

PAS jangan dikurung dalam permuafakatan tertutup

 

KUALA NERUS: PAS menolak sebarang usaha untuk membentuk penjajaran baharu dengan berbagai jenama atau perubahan yang dicadangkan, sebaliknya perlu menjadi pemimpin bersama sehingga berjaya menarik sokongan rakyat bagi menyelamatkan negara bersama Islam.

Peranan PAS sebagai pendamai – TG Abdul Hadi

 

KUALA NERUS: PAS mesti mempelajari pengalamannya yang lalu bagi menyatukan parti-parti Melayu Islam sebagai teras politik negara, kata Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muktamar PAS ke-67, mungkin terakhir sebelum PRU15

 

KUALA NERUS: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, muktamar parti itu ke-67 yang diadakan kali ini adalah muktamar terpenting dan berkemungkinan merupakan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).