14 November 2007

ULASAN BERITA :Pak Lah Kata Tidak Sembunyi Tarikh Pilihanraya

Berita hari ini dalam ruangan dalam negeri memaparkan kenyataan PM yang menyatakan beliau bukan seorang yang suka menyembunyikan tarikh pihanraya. Kenyataan tersebut di keluarkan selepas pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sarawak di Miri malam tadi.

Mungkin Pak Lah baru terjaga dari tidur jika benar dia telah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sedangkan sampai sekarang tidak adapun pengumuman resmi tarikh sebenar pilihanraya ke 12 yang dinantikan.

Rakyat Pakistan lebih bertuah kerana telah mengetahui tarikh pilihanraya lebih awal iaitu sebelum 9 Januari 2008. Begitu juga kebanyakan negara lain tarikh pilihanraya tidak mejadi teka teki dan diumumkan lebih awal oleh pemimpin negara tersebut.

Demikianlah pelik bin ajaib berita pada hari ini, kata tidak sembunyi tapi tiada pengumuman pun. Malah kenyataan ini jauh lebih bercanggah dengan ucapan beliau di perhimpunan agong UMNO baru-baru ini, sebagai berkata dia masih tidak punya ilham.

Inilah lakonan pemimpim UMNO dari atas, sampai ke bawah.

11 November 2007

Tahniah Kepada Polis !

Himpunan 100,000 rakyat yang berlangsung kelmarin mengambarkan satu gerak massa yang akan melonjakkan kembali sokongan rakyat kepada BA. Saranan Penasihat PKR supaya tiga minggu dari sekarang diadakan himpunan lebih besar hingga 200,000 orang adalah sesuatu yang masuk akal. Walaupun tekanan yang kuat dari pihak keselamatan dan semua pihak yang berkaitan dengannya, namun lebih seratus ribu yang berhimpun. Pihai RELA pun kena terlibat sama.

Kalaupun sesuatu yang agak ajaib, saya hendak mengucapkan tahniah kepada polis yang cuba menyekat himpunan BERSIH atas arahan resmi pimpinan UMNO dalam persidangan nya pada 5 hingga 9 Nov yang lepas. Pihak Polis telah menjalankan tugas dengan baik untuk memastikan segala sudut bandar KL adalah tempat yang tidak dapat berhimpun dan diulang berkali-kali di media massa itu adalah himpunan haram.

Paling menyedihkan gas pemedih mata dan water canon di lepaskan tanpa belas kasihan, itulah suatu kecekapan polis dalam menjalankan tugas kelmarin.

Namun kita berharap kerja yang secekap ini di teruskan untuk membenteras banyak lagi masaalah yang mungkin tidak dianggap masaalah oleh UMNO, sesekali adalah berkokok namun senyap bila senja menjelang, macam ayam...

manakah pembunuh adik Nurin Jazlin, cerita-cerita "hindustan" polis seolah pembunuhnya sudah di tangkap, sudah berbulan lebih bayang pun tak nampak. Mana dia adik adik kita yang hilang seluruh negara yang berjumlah puluhan orang. Hilang tampak jejak.

Orang asing yang datang ke Malaysia seperti yang dikatakan oleh SU agong UMNO yang juga menteri yang jaga pasport, tak salah ada 54,000 orang asing yang dtg sudah habis visa merlawat pada tahun ini tidak keluar dari Malaysia seperti yang sepatutnya.

Tidak terkiralah yang masuk Malaysia tanpa pasport, dan yang habis visa dah bertahun-tahun yang lepas. Yang lolos di sempadan dan dilautan yang seolah tidak ada kawalan. Alang kepalang banyak orang asing yang tidur nyenyak tanpa ada tindakan yang sepatutnya dari pihak berwajib termasuk polis.

lagi-lagi kami yang pergi dan balik dari himpunan di periksa IC dan di ambil catatan. Seolah kami yang menyokong pembangkang ini lebih teruk dari mat bangla dan Indo.

Sudah banyak kali saya tegaskan kepada teman-teman, dengan penuh keyakinan.....duduk di Malaysia lebih tidak selamat berbanding dengan duduk di negeri orang.

Ayuh pihak polis, lakukan kerja sepeti kelmarin untuk membenteras segala masalah yahng berlaku berkaitan dengan jenayah. Teruknya Malaysia pencurian berlaku di mana-mana dan tidak kira masa sehinggakan mesin ATM pun hendak di angkat dengan jentolak....aneh tapi benar. Pagar Istana Tuanku di Kuala Kangsar pun kena curi, dan banyak lagi yang tak perlu ditulis dalam ruangan singkat ini.

Kabel TNB dan TM dimana-mana di curi, penduduk kampung terpaksa pakai handphone sekarang seperti yang berlaku di sekitar Parit Buntar.

Negara akan aman sejantera dengan kerja keras untuk membenteras masalah di atas seperti yang dilakukan pihak keselamatan seperti kemarin, Kepunglah mat rempit macam kamu kepong kami kelmarin.Jangan hanya kami yang cinta kan keamanan dan kesejahteraan ini di tempur macam komunis dinegara sendiri.

09 November 2007

Minda Sukan: Cara Majukan Sukan Negara.

Pagi ini berada di Hotel Regent Ramkanheng Soi 22 di Bangkok tersentuh minda bila menonton siaran TV Thailand yang melaporkan mengenai sukan yang lebih kedepan dari negara sendiri.

Selama berada di China saya melihat suatu kelainaan di TV negara yang akan mengendalikan Sukan Olyempik Beijing 2008, ialah penampilan rancangan sukan nya yang dirancang sehingga menaikkan semangat dan mutu sukan negara tersebut. Pagi ini saya melihat TV Thailand menyiarkan rancangan paginya dalam bentuk yang hampir sama dengan TV China. Tidak timbul siap tiri siapa kerana terbukti siaran begitu mampu melonjakkan penduduk negaranya dalam bidang sukan ke taraf dunia.Malaysia kalau hendak dibandingkan dengan China jauh panggang dari api, dan setahu saya Thailand pun lebih hebat dari Malaysia.

TV Malaysia lain pula jadinya, yang Zam sibukkan dan fikir sampai pecah kepala macam mana buat berita dan rancangan supaya rakyat benci pembangkang, macam mana rakyat tolak pebangkang. Sesudah itu supaya rakyat peluk cium dan sayang sangat kepada pemimpin UMNO sehingga menjilat.... pun sanggup.

Sedangkan di China atau Thailand mereka mempunyai siaran-siaran yang di peruntukan waktu setengah hingga satu jam dengan menampilan serentak dua atau lebih pengacara (TV Thai tadi menampiulan 4 pengacara sekaligus), Ulasan berita selama sejam tersebut sangat menarik, meliputi pelbagai jenis permainan sukan sedunia dan tempatan.

Menonton rancangan sedemikian menaikkan semangat untuk memperbaiki mutu sukan negara. Lain pula di Malaysia lagi, setahu saya tidak ada rancangan sebegitu, ditambah pula dengan kemelut hampir semua dalam badan sukan negara dari induk sehingga lah ke cabang. Walaupun ada arahan dari PM supaya pemimpin politik tidak memegang jawatan dalam badan sukan. Tetapi hakikatnya nya mereka yang tinggal adalah bekas-bekas pemimpin politik yang mempolitikan jawatanya.

ULASAN BERITA; Perhilitan Tangkap Lagi.

Memang susah betul rakyat Malaysia, hari ini Utusan Malaysia 9 Nov melaporkan Perhilitan menangkap lagi 3 orang individu di Jerantut, Pahang, dengan barang bukti berupa 351 kulit ular sawa batik dan 821 kilogram daging babi hutan.

Dilaporkan kulit ular dan daging babi tersebut di beli dari penangkap tidak berlesen dari seluruh negara.

Memanglah kedua binatang tersebut adalah dilarang untuk di tangkap, tetapi sebagai warga Malaysia yang waras kita hendaklah berfikir dengan matang kenapakah rakyat Malaysia sanggup melakukan kerja yang menyusahkan. Dengan melanggar undang-unndang tentunya mereka berdepan dengan tindakan yang menyusahkan kan diri sendiri.

Saya melihat inilah bukti susahnya rakyat Malaysia, terpaksa merempat di negara sendiri dengan merendah hutan belantara untuk mencari sesuap nasi dan berdepan dengan tindakan undang-undang. Sedangkan setengah golongan tertentu terutama pemimpim UMNO dan BN dengan memegang jawatan walaupun cuma JKKK mudah saya mendapatkan wang dengan sengaja "meniriskan" wang rakyat kesaku masing-masing. Apakan lagi yang lebih tinggi seperti menteri-menteri anta berantah, duit penuh poket dan pejabat pun tak payah pakai air wangi sebab bila buka laci bau duit nya semerbak memenuhi ruang pejabat.

Inilah lakonan politik pemimpin negara sekarang, yang perlu di hebahkan seluas-luasnya kepada rakyat. Demi memastikan semuanya jatuh tersungkur seperti tersungkurnya Abrahah semasa menyerang Kaabah, sebagaimana tersungkurnya beberapa pemimpin besar dunia dek amukan massa rakyatnya yang sedar akan kepincangan pemerintahan yang ada.

mungkin 10 Okt , besok adalah hari penentuannya,,,,bangkitlah saudaraku.

08 November 2007

Kembali Ke Tempat Asal Nenek Moyang

Perjalanan mengasyikkan dan mendebarkan selama sejam tidak lain untuk ke bandar Xiamen yang terletak di Wilayah Fujian sekitar 650 km dari bandar Yiwu tempat operasi perniagaan baru saya. Menaiki kapal terbang Boeing 737-800 dengan cuaca yang agak baik mempercepatkan perjalanan.



Terbayang sejak 1999 pernah saya singgah selama sejam, transit kapal terbang dari Guangzhou ke Pulau Pinang semasa belajar dulu. Masa itu tidaklah berselera sangat kepada Xiamen . Tetapi sejak akhir-akhir ini perasaan nak berkunjung ke sini rasanya sangat besar ertinya dalam lipatan sejarah kehidupan.



Walaupun urusan resmi atas urusan perniagaan tetapi sekali gus pulang ke kawasan kelahiran nenek moyang.



Nama keluarga kami adalak " LIM". Menurut orang Cina yang berketurunan Lim di Yiwu, beliau mengatakan Lim pada asalnya nama sebuah mukim di Xiamen. Setelah berlaku pembunuhan beramai-ramai penduduk kawasan itu pada suatu masa dulu, dan telah berlaku perubahan nama kepada mukim itu kepada nama Xiamen . Sempena memperingati nama itu ramai dikalangan yang masih hidup rata-rata menggunakan "LIM" sebagai awalan nama atau dalam kalimat cina di sebut "xing".



Setelah mendengar cerita tersebut saya rasa makin dekat dengan sanak saudara di china, walaupun secara logiknya amat susah dan mungkin mustahil hendak mencari saudara. Tidak lain kalau berjumpa orang cina yang xing dia LIM saya anggap dia saudara dan berasal pada satu tempat iaitu Xiamen.Layanan mereka pun baik sebab mereka juga menganggap saudara.



Xiamen adalah satu bandar yang terletak di pinggir pantai. Disamping daratan terdapat beberapa pulau yang menarik untuk dikunjungi, khususnya pulau Puau Gu Lan Yu. Kita perlu menaiki teksi 15 minit dari pusat bandar, dan seterunya menaiki feri selama tak sampai setengah jam.

Di bandar ini terdapat sebuah mesjid yang terletak dekat dan Zhong Shan Gong Yuan. Menaiki teksi sekitar RMB 15 dari pusat bandar. Saya telah cuba untuk sembahyang subuh pada pagi tadi tetapi tidak dibuka. Mesjid yang nampaknya masih baru terletak di atas sebuah bangunan dengan kubah yang kelihatan dari jauh. Kalau berkesempatan saya akan kesana sekali lagi untuk sembahyang berjemaah dan berkenalan dengan Imam mesjid.

Menurut cerita Imam Idris , Imam di mesjid Hangzhou yang terletak di jalan Zhong Shan Lu, beliau mengatakan di Fujian terdapat sebuah mesjid yang usianya no 2 tertua di China, yang pertama ialah mesjid Hui Sheng GuangZhou. Katanya dia terletak agak keluar bandar Xiamen.Mesjid yang ke 3 tertua ialah di Hangzhou.

bersambung.....

07 November 2007

Susahnya Rakyat Malaysia

Pagi ini saya terbaca berita yang mungkin di baca sebagai berita biasa oleh pembaca utusan malaysia pada hari ini.

Utusan Malaysia 7 November 2007,melaporkan mengenai penangkapan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) di Simpang Empat Perlis, yang ditangkap ialah dua lelaki rakyat tempatan berumur 30 dan 55 tahun bersama 117 ekor ular senduk bernilai lebih RM 50,000.

Malang sungguh rakyat Malaysia, yang sebelum ini rata-rata adalah orang Melayu dan beragama Islam terpaksa merendah hutan belantara, parit, becah dan sebagainya mencari sesuap nasi untuk keluarga. Mereka tersepit sungguh setelah UMNO dan BN memerintah negara sudah 50 tahun.

Apa sudah jadi kalau rakyat sudah kena tangkap katak, tenggiling, dan macam-macam lagi seperti yang pernah dilaporkan dalam media arus perdana. Pastinya saya melihat kesusahan yang amat sangat dikalangan rakyat bawahan.

Yang menyedihkan berlaku di kawasan parlimen ummu hadhari di Baling seperti yang dilaporkan dalam akbar Harian Metro. Dia lena dengan pangkat dan jawatan di Kuala Lumpur, tetapi rakyatnya tersepit dengan masaalah sara hidup dan terpaksa melakukan kerja yang tak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam iaitu menangkap kura-kura untuk dijual .

Ceritanya dia telah mengadu nasib kepada ahli parlimennya tetapi sedikitpun tidak di bantu, jengukpun tidak,walaupun dia ahli UMNO. Begitulah nasib badan rakyat yang bertungkus lumus memenagkan calon UMNO semasa pilihanraya, mungkin yang seronok masa itu saja, dapat sehelai dua helai pelikat, duit kelabu beberapa keping, sesudah itu apa nak jadi lah...

Sesudah UMNO dan BN memerintah Malaysia selama 50 tahu inilah wajah-wajah sebenar rakyat Malaysia. Namun pandai mereka asyikkan rakyat dengan gula-gula dan cerita-cerita baik-baik dan menyeronokkan. Kerana demikianlah perangai rakyat Malaysia yang sudah terikut dengan semangat cerita Hindustan, mengkhayal dan ala mat jenin. Yang dipaparkan memang bagus-bagus belaka, angkasawanlah, itu dan ini. Hakikatnya rakyat masih bergelombang dengan kerja-kerja yang tidak sepatutnya.

Catatan Perjalanan :Mesjid di Shanghai , China

Alhamdulillah pada hari ini saya sempat berada di Shanghai, bandar yang dikatakan dalam kategori elit di China pada masa ini. Kepesatannya membangun memunculkan Shanghai sebagai sebuah bandar metropolitan yang terkenal di dunia pada masa kini.

sekitar jam 7.40 pagi saya berangkat dari bandari Yiwu dengan menaiki bas, perjalanan melalui lebuh raya selama 4 jam sangan mengasyikkan. Melalui kawasan industri dan kawasan penanaman padi serta penempatan terancang, yang menggambarkan China jauh terkedepan berbanding tanan air sendiri.

Sesampai di stesyen bas Shanghai saya disapa pemandu oleh motosikal tambang. kebetulan orang nya sekitar 60 han dan dia mengaku dia dah tua dan bantulah dia untuk membawa saya kemana-mana distinasi pilihan. Orangnya cacat, sebelah kakinya di atas paras lutut.Kebetulan pihak yang akan ditemui untuk mengurus pembelian barang akan berada di pejabatnya sekitar jam 2 petang. Saya mengambil keputusan untuk menziarahi mana-mana mesjid yang terdekat Kerana sebelum ini saya dapat maklumat di Shanghai terdapat beberapa buah mesjid. Sunnah nabi pun begitu sesudah sampai di Madinah baginda membuka Mesjid, hikmat dari itu sesampai dimana pun carilah dulu mesjid baru melakukan urusan yang lain.

Pemandu motosikal tersebut tahu mengenai mesjid yang berdekatan dan dia meminta tambang RMB 15 sekitar RM 7. Perjalanan mengasyikkan tanpa perlu memakai topi keledar di kawasan bandar yang tak mugkin berlaku di Malaysia. Mungkin tak makan saman sebab dia adalah pemandu cacat.

Sekitar sepuluh minit sampailah ke Mesjid Hu Xi yang terletak di jalan Chang De mungkin agak ke pinggir bandar sedikit. Saya di sapa oleh pegawai mesjid dengan ucapan salam dan selamat datang , manjawab soalannya dari negara mana ringkas saya menyebut,'malaysia". Dipelawanya saya makan tengah hari , dengan ucapan terima kasih saya menolaknya disebabkan puasa enam Syawal belum habis.

Berada sekitar 2 jam di mesjid Hu Xi saya dapat mengumpulkan beberapoa maklumat untuk dikongsi bersama.

Sekarang di Shanghai terdapat 7 mesjid yang sedang digunakan oleh orang Islam yang terdiri dari orang Islam Hui kebanyakan dari wilayah utara china yang berhijrah seperti dari LangZhou, Xian, NingXia. Juga dari etnik Ughur dari wilayah Xinjiang. Selain itu orang asing yang menetap di sekitar shanghai sering mengunjungi mesjid-mesjid tersebut.

Mesjid Hu Xi di bina asasnya sejak tahun 1921 . Pada tahun 1990 pembinaan bentuk baharu dengan keluasan keseluruhan mesjid seluas 1600 meter persegi, menampilkan binaan ala turki dengan kubahnya yang nampak dari jauh.

Sebelum ini Shanghai terdapat sekitar 20 mesjid tetapi telah berkurang disebabkan banyak di ambil untuk pembangunan.

Tanda kenangan saya membeli beberapa buah tangan di kedai semacam koperasi yang ada di dalam kawsan mesjid. Layanan dari petugas muslimatnya yang usia menjangkau 50 tahun lebih amat baik sekali.

Jam 1.30 azan di kumandangkan tanpa menggunakan pembesar suara, munkgin itulah peraturanya kerana disekelilingnya penuh dengan penempatan berupa bangunan yang mencakar langit. Satu kelaziman yang boleh di terima, almaklum negara komunis.

Jemaah sewalnya setengah jam ada yang menghadirkan diri, usianya kebanyakan melewati 40 tahun. Selesai berdoa bersama-sama dengan imam saya meninggalkan mesjis Hu Xi untuk meneruskan urusan perniagaan di Shanghai.

25 Ogos 2007

Salam Persaudaraan

Bermula dengan usaha yang sedikit ini doakan ianya akan memberi manfaat untuk teman-teman yang membaca blog ini di masa akan datang.

Doa dan harapan semuga usaha dakwah dan menegakkan keadilan dengan kalimah jihad yang tidak akan padam hingga hari kiamat, Islam pasti akan memang...