28 September 2010

Gambar sekitar solat jenazah ADUN Galas.

8 Syawal 1431H.

GUA MUSANG : Dianggarkan sekitar 3000 orang yang hadir dalam solat jenazah ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima awal pagi tadi. Sembahyang diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikut ini adalah koleski gambar yang diambil oleh Blogger Topeng Perak dan Blogger Tok ggawo.
















3,000 solat jenazah Chek Hashim

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

18 Syawal 1431H.
Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu.

Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Nik Aziz ucap takziah

19 Syawal 1431H.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Hospital Al-Islam di Kampung Baru, Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilanggan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman ADUN itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

"Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di Kota Bharu, hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu
dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam negara.

"Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya.

Allahyarham Che Hashim disegani ramai di Gua Musang

19 Syawal 1431H
M Faqih

GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.

Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.

Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.

Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.

”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.

Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,”ujarnya.

Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.

Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.

“Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham,” ujarnya.

SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN

18 Syawal 1431H.
Loke Siew Fook

27 September 2010
En Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih

“MALAYSIAN FIRST”

Berkhidmat untuk rakyat,

LOKE SIEW FOOK
Ketua Pemuda Sosialis DAP
Dan Ahli Parlimen Rasah

Solat jenazah Chek Hashim jam 11.30 malam ini.

18 Syawal 1431H.

Jenazah Allahyarham Chek Hashim Sulaima akan disembahyangkan pada jam 11.30 malam ini di Surau Perumahan JPN Kampung Kerinting Gua Musang. Demikian satu pesanan ringkas yang saya terima dari Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan(BBC) sebentar tadi.


Latar belakang ringkas DUN Galas.

18 Syawal 1431H.

Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Chek Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland, dari

Sementara itu pada PRU ke 11 tahun 2004 Calon dari BN Mohamad Saufi Deraman mendapat 4148 undi telah mengalahkan Calon PAS Chek Hashim Sulaima yang mendapat 2455 undi. majoriti 1729 undi .


Adun Galas kembali ke rahmatullah

18 Syawal 1431H.

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.

Harakahdaily/-

Tanah Rizab Bumiputra di Pulau Pinang Tergadai???

18 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Shukri Mohamed Talib

Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, agensi yang ada kaitan dengan Umno, didakwa memindahkan 280ha tanah rizab bumiputra kepada syarikat pemaju yang mana pemegang saham majoriti adalah bukan Melayu.

Suit against agency over transfer of land
Himanshu Bhatt

GEORGE TOWN (Sept 7, 2010): Two Malay non-governmental organisations (NGOs) and 33 individuals have filed a suit against Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP), an Umno-linked agency, after it allegedly transferred 280ha of land reserved for bumiputras to a development company with a non-Malay majority shareholder.

The suit, filed at the High Court here today, claimed the YBPP had passed the three plots located around Bertam in Kepala Batas, to Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (BKB).

It identified BKB as a joint-venture with YBPP having only 30% of the shares while Hunza Properties Bhd owned the remaining 70%.

Citing beach of trust and/or breach of fiduciary responsibility, the suit was filed by Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negri Pulau Pinang and Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), together with Datuk Yussof Latiff and 32 other individuals.

Yussof, who is the president of Pemenang, later told a press conference the plaintiffs were also concerned as the said plots of land were transferred to BKB on Nov 26, 2001 for only RM21,960,696.

"But a report by a commissioned valuer put the value of the land, according to open market prices on Nov 11, 2001, at RM137,435,000,” he said.

"Because of this, YBPP has incurred financial losses of as much as RM115,474,303," he added.

The writ of summons named YBPP as a defendant along with Tenagas Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Hartanah Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Properties Sdn Bhd, BKB, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza and three other individuals

The plaintiffs are asking for the joint-venture agreement YBPP subsidiaries Kumpulan Pinang Hartanah and Kumpulan Pinang Properties made with BKB, and the land transfer to BKB, be declared null and void.

It is also seeking an injunction to prevent BKB from transferring or nullifying any portion of the land still registered under it.

Yussof said Hunza Properties Bhd was a public-listed company that was not controlled by Malays or bumiputras, and its shares were not majority owned by Malays.

He said YBPP was formed in 1980 as a result of an economic convention by Umno that resolved to set up the organisation for the benefit of Malays in Penang.

"To achieve this, YBPP used funds allocated by the government, and through its subsidiary bought several plots of property in Kepala Batas, Penang."

AZMIN TIDAK PERLU `IKRAR SETIA' TERHADAP PRESIDEN

18 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan YB Azmin apabila beliau menolak kehendak beberapa pihak agar beliau melakukan `ikrar setia' terhadap Presiden PKR, DS Wan Azizah. Isunya, semenjak bila YB Azmin dilihat `derhaka' kepada Presiden parti dan benarkah YB Azmin dilihat menjadi `robot' kepada Presiden? Kedua-dua adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah ada bukti untuk mendakwa YB Azmin bersikap sedemikian.

Semuanya telah diperjelaskan oleh YB Azmin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukti yang diperolehi selama ini hanyalah kesetiaan dan pengorbanan YB Azmin kepada parti walaupun tidak dikatakan kesetiaan membuta tuli kepada Presiden.

Sebaliknya, kesetiaan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Dato' Zaid terhadap parti dan Presiden mungkin boleh diperdebatkan.

Lihat bagaimana Dato' Zaid melabelkan Presiden PKR sebagai `boneka' dan merendahkan kewibawaan Ketua Umum PKR, DS Anwar sebagai `ahli biasa' hanya kerana jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan Parti. Meskipun benar, tetapi di mana adab sopan Dato' Zaid?

Mungkin benar, mungkin tidak jika dikatakan YB Nurul Izzah menyokong Dato' Zaid untuk kerusi No. 2 di dalam PKR. Itu tidak menjadi masalah kerana beliau juga diberi hak melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti.

Tetapi, mendakwa YB Nurul Izzah terlalu anti kepada YB Azmin mungkin satu tuduhan yang tidak masuk akal.

YB Azmin sememangnya tidak perlu melakukan `ikrar setia' kepada Presiden PKR kerana Presiden sendiri tahu dan nampak jelas apa yang telah YB Azmin lakukan kepada parti semenjak awal penubuhannya.

Bahkan, ketika parti ini belum wujud lagi YB Azmin sentiasa komited dengan perjuangan reformasi.

ISU PENCEROBOHAN PEMBALAKAN HARAM: KERAJAAN NEGERI TIDAK SERIUS

18 Syawal 1431 H
Oleh: SALMAN HAJI SALEH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal sikap lepas tangan kerajaan negeri berkaitan isu pencerobohan pembalakan haram yang telah didedahkan baru-baru ini dimana tiada tindakan serius diambil dengan sewajarnya.

Dimaklumi bahawa terlalu banyak kes-kes seumpama ini telah berlaku dan ianya masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Ditambah dengan isu pencerobohan di kawasan Rizab Hidupan Liar Chior, Sungai Siput serta pembalakan haram di Hutan Belum-Temenggor yang telah dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini.

Dan sebelum ini juga telah dilaporkan oleh media isu pembalakan haram di Sempadan Pahang – Perak dekat Simpang Pulai yang masih tidak dapat dikenalpasti pesalahnya.

Akibat daripada kegagalan menangani isu-isu tersebut mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya.

Inilah punca utama perkara tersebut berlaku dan DPPN Pk meminta kerajaan negeri lebih serius dalam menanganinya daripada meletakkan kesalahan-kesalahan tersebut kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.

Jangan sampai Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah sekali lagi mencemar duli melihat permasalahan rakyat ini sekali lagi.

DPPN Pk berharap seluruh rakyat dapat melaporkan pencerobohan pembalakan haram atau seumpamanya kepada pihak-pihak yang berwajib. Tanggungjawab bersama ini perlu bagi mengekang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar di hadapkan di muka keadilan.

BN PERAK TETAP AKAN TEWAS

18 Syawal 1431 H
Oleh: MOHD MUNIR ALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,

semasa Majlis Rumah Terbuka BN Perak telah secara jelas mengakui kelemahan dan krisis keyakinan BN Perak yang ketara hasil dari masalah politik dalaman Parti itu sendiri.

DPPN Pk dimaklumkan sehingga kini masih ada Umno-Umno Bahagian yang belum dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Zambry walaupun sesudah setahun lebih mengemudi BN hasil insiden rampasan kuasa pemerintahan Negeri Perak dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Bagi DPPN Pk, Datuk Seri Zambry tidak sepatutnya menimbulkan isu krisis keyakinan di kalangan pimpinan BN bawahannya sahaja kerana dia terlebih dahulu perlu berusaha kuat demi mendapatkan keyakinan semua pimpinan BN terhadap beliau berbeza dengan mantan Menteri Besar BN Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali,

yang walaupun mempunyai gaya kepimpinan dan watak berbeza namun beliau jelas lebih disenangi dan diterima oleh seluruh peringkat kepimpinan BN.

DPPN Pk merasakan pilihan kepimpinan Datuk Seri Zambry sebagai Menteri Besar kerajaan rampasan Perak bukanlah pilihan terbaik ketika itu kerana masih banyak tokoh-tokoh yang lebih layak dan berpengalaman sepatutnya menggantikan Tan Sri Tajol Rosli dahulu.

Tetapi jika Datuk Seri Zambry masih mengekalkan cara kepimpinannya, sudah tentu rakyat akan terus menolak BN pada PRU 13 nanti.

Perkara ini boleh dibuktikan apabila beberapa tokoh BN Sabah dan Sarawak masih lagi memperkatakan akan ketidakmampuan BN Perak merampas semula pentadbiran kerajaan negeri pada PRU 13 nanti.

Jelas kepimpinan Datuk Seri Zambry adalah yang paling singkat kerana rakyat Negeri Perak akan terus menolak BN di bawah kepimpinannya.

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram

18 Syawal 1431 H

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.

Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen ‘anti-rasuah’ yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

Malaysiakini/-

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima masuk hospital.

18 Syawal 1431H.

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus, dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru .

Che Hashim sebelum ini pernah menjalani rawatan awal di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu dan rawatan kimoterapi di China selama 10 hari. Beliau disahkan menghidap penyakit itu Mei tahun lalu. DUN Galas berada dalam kawasan Parlimen Gua Musang.

Marilah kita mendoakan semuga Allah menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh beliau dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Gambar sekitar Rumah Terbuka Aidil Fitri Pakatan Rakyat Perak

18 Syawal 1431H.

ADUN Simpang Pulai, YB.Chan Ming kai(baju melayu tengah) bergambar dengan ADUN Titi Serong dan Pengarah Program Ust. Misbahul Munir.

DS. Nizar bergambar dengan Ust. Misbahul Munir dan YB. Sivakumar.

Hidup Pakatan Rakyat.

Lebih 30 orang Wartawan dan blogger yang membuat liputan

ADUN DAP Mengelembu, YB. Lim Phek Her (berbaju kurung hujung)

Ahli Parlimen Gopeng, YB. Dr. Lee Boon Chai memberikan ucapan, antarnya dia berkata "malam ini saya tidak jadi melayu walaupun berbaju melayu dan bersongkok, masih Lee Boon Chai, dan bukannya Lim Boon Chai bin Abdullah".