18 Syawal 1431 H
Oleh: MOHD MUNIR ALI
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,
semasa Majlis Rumah Terbuka BN Perak telah secara jelas mengakui kelemahan dan krisis keyakinan BN Perak yang ketara hasil dari masalah politik dalaman Parti itu sendiri.
DPPN Pk dimaklumkan sehingga kini masih ada Umno-Umno Bahagian yang belum dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Zambry walaupun sesudah setahun lebih mengemudi BN hasil insiden rampasan kuasa pemerintahan Negeri Perak dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Bagi DPPN Pk, Datuk Seri Zambry tidak sepatutnya menimbulkan isu krisis keyakinan di kalangan pimpinan BN bawahannya sahaja kerana dia terlebih dahulu perlu berusaha kuat demi mendapatkan keyakinan semua pimpinan BN terhadap beliau berbeza dengan mantan Menteri Besar BN Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali,
yang walaupun mempunyai gaya kepimpinan dan watak berbeza namun beliau jelas lebih disenangi dan diterima oleh seluruh peringkat kepimpinan BN.
DPPN Pk merasakan pilihan kepimpinan Datuk Seri Zambry sebagai Menteri Besar kerajaan rampasan Perak bukanlah pilihan terbaik ketika itu kerana masih banyak tokoh-tokoh yang lebih layak dan berpengalaman sepatutnya menggantikan Tan Sri Tajol Rosli dahulu.
Tetapi jika Datuk Seri Zambry masih mengekalkan cara kepimpinannya, sudah tentu rakyat akan terus menolak BN pada PRU 13 nanti.
Perkara ini boleh dibuktikan apabila beberapa tokoh BN Sabah dan Sarawak masih lagi memperkatakan akan ketidakmampuan BN Perak merampas semula pentadbiran kerajaan negeri pada PRU 13 nanti.
Jelas kepimpinan Datuk Seri Zambry adalah yang paling singkat kerana rakyat Negeri Perak akan terus menolak BN di bawah kepimpinannya.

4 ulasan:
Kejayaan kiter yang sebenor2nyer bukan disebabkan kelemahan musuh,tp disebabkan usher dan kekuatan kiter Jangan ler ulasan BN Sabah jadi sandaran kiter,ulasan Zambri pulak jadi penambah keyakinan kiter.Itu semuer nyer outar kelin yg nak bagi kiter lemah sebenor nyer.Banyakkan kerojer,kughangkan becakap dulu.
harap dapt dirampas semula..
jangan rampas, rampas merampas ni kerja BN. kita ambil semula cara baik
istiqamah dan ikhlas berjuang insyaAllah akan akan tolong. perbaiki budi perkerti kita dan sebarkan dalam amalan seharian, orang akan sokong sekiranya kita dapat menjadi contoh.
Catat Ulasan