28 September 2010

SURAT TERBUKA KEPADA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO, EN REEZAL MERICAN

18 Syawal 1431H.
Loke Siew Fook

27 September 2010
En Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih

“MALAYSIAN FIRST”

Berkhidmat untuk rakyat,

LOKE SIEW FOOK
Ketua Pemuda Sosialis DAP
Dan Ahli Parlimen Rasah

15 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Saya wakil dari Cabang PKR P-188 Silam agar mencadangkan Mamak Rezal Amarican letak jawatan dar Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, dan pergi belajar ke Israil soal pembayaran cukai.

cicit ngah layor berkata...

HAAAA. CAKAP LER LAGI...CAKAP,JGN TAK CAKAP. WOI....pi sembang kat setesen keretapi Pinang Tunggai la woi.

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya mamak hitam legam, bangang .

Tanpa Nama berkata...

kokok berderai-derai, ekor bau taik! Perumpamaan yang tepat terkena batang hidung UMNO/BN!

amran x pas berkata...

haha..bodoh punya cina kalau awal awal jawap soalan kan senang berdolak dalik apahal.

keh keh keh..KANTOI PEMBOHONG!

Tanpa Nama berkata...

cakap berdegaq-degaq,rupanya hang berak dalam seluaq,buat malu Pie Penang ja.Mulut mcm murai,berak berderai

Tanpa Nama berkata...

Jawapan utk amran x pas: X pas patut laa bangang mcm UMngok juga

Tanpa Nama berkata...

nilah semua benda na diadikan modal politik. lain ali buat la homework sikir en reezal supaya tidak nampak terlalu bodoh dan bingung. kalau inilah jenis pemimpin yang umno ada, memang patut le umno lingkop dalam pilihanraya akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Selalunya orang yang kerap menyalahkan orang lain, diri dia sebenarnya BERSALAH. Sebagai orang Islam, jika hendak dedahkan keburukan orang lain, mestilah fikir habis-habis. Alangkah malunya bila orang bukan Islam memberi bukti yang orang Islam sendiri lakukan perkara haram dalam Islam.

Tanpa Nama berkata...

mamak penang ni buat malu orang melayu asli p,pinag saja pada hal dia bukan melayu asli tapi keturunan mai dari india untok jadi kuli landasan k,api dan kulikang estek bangali bodoh piang nak mampos!!!!!.

Tanpa Nama berkata...

dhuen77@yahoo.com wrote:
apa laa umnoapco ni tak pernah insaf dengan dosa dosa yang mereka tempa ... aku ingat dah kalah teruk boleh diorang insaf rupa nya tak .... maih pakat Doa dan kerja untuk kuburkan umnoapco buat selama selamanya dari bumi Malaysia ... 1Malaysia dah menyampah umnoapco ... depan melayu kata kite pertahan melayu(diam2 umno dok jual tanah melayu) , depan cina kite kena 1malaysia(depan melayu kutuk cina) , depan india ... gangster banyak(duk serang petugas pas/pr , sapa duk bayar depa?).... terbukti umnoapco mempunyai ciri ciri munafik paling tinggi .... jom pakat pangkah Pas/Pr.

Tanpa Nama berkata...

Gaji Mufti , Sultan & Agong dibayar oleh siapa? Dari akaun yang sama jugak ker? Sekadar bertanya...

Tanpa Nama berkata...

mamak sequk ni tau apa....jual cendol boleh laa..

Tanpa Nama berkata...

CEMPEGHAAAAAA

Tanpa Nama berkata...

takdak lain orang kenak komen,, balik balik hang,,, pi dahhhh