19 November 2011

Skandal NFC: Kemanakah kesudahannya?

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.

Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?

Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.

Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?

Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?

Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..

Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Projek ‘berjaya’ satu ilusi

Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6

Disember 2007 bahawa “operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan.” Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.

Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, “mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu”. Salah.

Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan “diternak”, kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.

Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai “pengeluaran”.

Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.

Seterusnya Salleh berkata, “dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010.”

Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.

Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.

Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, “kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara.”

Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk “lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran.”

Untuk perladangan kontrak, NFC akan “membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.

Ekuiti yang cukup?

Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.

Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?

Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.

Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?

Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.

Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.
Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.

Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku? FMT/-

Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat Umno

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.

Diumum Najib

“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” katanya.

Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.FMT/-

Bekas ketua tentera Sri Lanka dipenjara tiga tahun

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

COLOMBO 19 Nov. - Bekas ketua tentera Sri Lanka, General Sarath Fonseka dijatuh hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana melanggar peraturan kecemasan.

Hukuman dijatuhkan setelah beliau didapati bersalah memfitnah Setiausaha Pertahanan, Gotabhaya Rajapakse bertanggungjawab ke atas pembunuhan pemisah Tamil yang menyerah diri.

Menurut pertuduhan, Fonseka membuat dakwaan tersebut dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar mingguan tempatan.

Beliau mendakwa Gotabhaya telah mengarahkan pihak tentera membunuh semua anggota Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang bersetuju untuk menyerahkan diri di peringkat akhir konflik pemisah Sri Lanka pada Mei 2009.

Dalam masa yang sama, lawan kepada Presiden Mahinda Rajapaksa dalam pilihan raya 2010 itu sedang menjalani hukuman penjara selama 30 bulan.

Hukuman tersebut dikenakan selepas mahkamah tentera menyabitkan dia dengan kesalahan salah laku. - AFP

Desak bebas pengganas: Benarkah Suhakam tak bertanggungjawab ?

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan.

Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bahawa ISA dimansuhkan pada sambutan hari Malaysia baru-baru ini.

Gempa bumi 5.2 magnitud gegar Laut Banda

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada jam 9.58 pagi hari ini, menurut laporan Jabatan Kajicuaca Malaysia.

Dalam kenyataan jabatan itu, pusat gempa terletak 467 kilometer (km) ke tenggara Ambon, Indonesia dan 1,752 km tenggara Tawau, di Sabah.

Namun, kejadian tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami.

Suhakam gesa bebaskan ISA13 di Sabah

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 atas kegiatan militan di Sabah.

"Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan perdana menteri yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia, serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat," kata Pengerusi Tan Sri Hasmy Agam.

Polis semalam mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut bawah ISA antara 14 hingga 16 November kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan.

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

Dalam kenyataannya hari ini, Hasmy berkata, selaras dengan seruan pemansuhan undang-undang penahanan pencegahan, Suhakam menggesa supaya pihak berkuasa membebaskan kesemua tahanan dan memberikan mereka hak perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.

6 diusir balik ke Indonesia

Dalam masa sama, suruhujanya itu juga menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menangani isu berkaitan keganasan bawah undang-undang lain yang sedia ada.

"...dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta ini," kata Hasmy lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, enam warga Indonesia akan diusir balik ke negara asal, manakala tujuh warga Malaysia akan dihadap ke mahkamah sekiranya bukti mencukupi.

Beliau dilaporkan berkata, warga tempatan itu boleh ditahan di bawah akta baru yang akan menggantikan ISA pada Mac tahun depan.

Hishammuddin juga berhujah, penggunaan terbaru ISA dalam minggu ini tidak menjejaskan komitmen kerajaan untuk memansuhkan akta tersebut.

Bimbang dengan bantahan ? : Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam

23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

Pemgumuman mengenai projek itu sebelum ini mendapat bantahan dari banyak pihak.

Hampir 10,000 dipindahkan dalam kebakaran Nevada


23 Zulhijjah 1432H. [MOD] -MUSNAH...keadaan kawasan kediaman yang musnah dijilat api di Reno, Nevada, Amerika Syarikat, hari ini. Gabenor Nevada, Brian Sandoval mengeluarkan perintah darurat selepas kebakaran yang sukar dikawal itu merebak cepat sehingga mengorbankan satu nyawa, memusnahkan 20 struktur rumah dan memaksa 9,500 penduduk meninggalkan kediaman mereka. - Foto Reuters

LOS ANGELES: Hampir 10,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran yang melanda sebahagian besar wilayah Reno di Nevada, hari ini.

Penduduk tempatan yang tidak berpindah dengan segera diberi amaran supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing selepas asap tebal melanda kawasan itu.

Susulan kejadian itu, kira-kira 450 anggota bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran yang sudah memusnahkan hampir 810 hektar di barat daya Reno.

"Anggota daripada pelbagai agensi kebakaran bekerjasama untuk memadamkan kebakaran yang sedang marak itu.

"Bacaan kualiti udara di seluruh wilayah ini meningkat," kata Ketua Bahagian Kebakaran Bandar, di sini.

Kira-kira 9,500 penduduk di daerah Nevada, wilayah Washoe dan Reno sudah dipindahkan dan diisytiharkan darurat, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu laman web rasmi. - AFP

18 November 2011

Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

malaysiakini/-

Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.

Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

“Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

harakahdaily/-

Khalid kepada BN : Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 18 NOV : Kerajaan Negeri akan menggunakan semua kekuatannya untuk menentang sehabis mungkin usaha menyerahkan aset pengurusan air kepada syarikat yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rancangan menyerahkan aset air Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerupai komplot golongan 'rentier' memperkayakan diri mereka.

Kerajaan Persekutuan harus sedar sekiranya aset air Selangor diserahkan kepada Syabas, setiap isi rumah dipaksa membayar 70 peratus caj air yang lebih mahal dari kadar sepatutnya.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri yang menawarkan kenaikan hanya 12 peratus dan skim air percuma 20 meter padu, sekiranya aset air dikembalikan semula kepada Selangor dan diuruskan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kalau diuruskan kerajaan negeri, caj air tidak akan dinaikkan melebihi 12%. Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu serahkan kepada syarikat yang mahu naikkan caj air setinggi 70%," kata Abdul Khalid.

"Sekarang zaman putar-belit. Orang yang ada duit menggunakan duit itu untuk mempertahankan kepentingan mereka, bukan menolong rakyat Selangor," kata Abdul Khalid.

"Adakah rakyat akan rugi hasil dari kita tidak buat perkara ini? Ya rakyat rugi. Adakah kita takut kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas? Tidak! Rakyat mahu kerajaan yang berani pertahankan hak mereka," tambah beliau.

Khalid berkata demikian ketik ditemubual wartawan TVSelangor dalam rancangan Fokus Berita. Kerajaan Negeri kini menghadapi saman dari Syabas kerana menghalang komplot tersebut.

Di sesi temubual sama, Abdul Khalid membidas golongan rentier dan berikrar Kerajaan Selangor akan memerangi budaya "rentier" - atau amalan mengikis duit rakyat oleh orang-orang tengah.

Tegasnya amalan rentier ini dibudayakan Barisan Nasional sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masuk ke poket-poket kroni.

"Reformasi ini akan mengubah cara tatakelola pentadbiran. Biasanya dahulu ada orang tengah dalam perjalanan perniagaan kerajaan.

"Ketua Pembangkang (Satim Diman) dahulunya dapat tanah pada harga yang murah dari syarikat kerajaan dan terus menjualnya kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," kata Khalid.

"Kontrak-kontrak kerajaan persekutuan di selangor juga dibuat begini. budaya ini merosakkan rakyat. Laporan Audit menunjukkan kita kerugian ribu juta ringgit akibat penyakit ini," kata Khalid.

tv news/-

SPR pamer 42,051 pemilih meragukan

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamerkan 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai hari ini hingga 31 Disember ini.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, senarai nama itu dipamer melalui laman web SPR dan pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan pemilih atau waris kepada nama dipamer tampil, membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka.

“Jika nama pemilih itu ada dalam senarai, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya, sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya,” katanya.

Beliau berkata, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 03-8885 6565 atau faks 03-8888 9112 atau hubungi pejabat pilihan raya negeri.

sinar harian/-

Memoir Syed Husin: Ezam keluar parti kerana wang

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

ezam mohd noor at mca functionDalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

NONE"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.

malaysiakini/-

Pemuda maut langgar tiang elektrik

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PEKAN - Seorang pemuda terbunuh apabila motosikal yang diboncengnya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Km23 Jalan Pekan-Batu Balik, di sini awal hari ini.

Basir Ibrahim, 25, yang bekerja sendiri mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pekan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Rakan mangsa yang menunggang motosikal itu, Ismayuddin Ismail, 19, juga bekerja sendiri, turut cedera dan patah tulang bahu, dan kini dirawat di Hospital Pekan. - Bernama

Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

harakahdaily/-