28 April 2012

Ribuan penyokong Bersih berhimpun di 30 kotaraya

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Lebih 100 berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Sydney, Australia)

KUALA LUMPUR: Ketika ratusan ribu rakan-rakan mereka berkumpul di Kuala Lumpur, beribu-ribu penyokong agenda Bersih juga berkumpul di tempat-tempat lain seluruh dunia.

Khamis lepas, berpuluh-puluh penyokong Bersih 3.0 melancarkan kempen mereka lebih awal iaitu di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah.

Hari ini perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.

Di Sydney, Australia, lebih 100 orang berkumpul bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

(Perhimpunan di Masjid Nabawi, Madinah beberapa hari lalu)

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu ‘Negara Ku’.

Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.

“Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!” tulis satu tweet. Semasa di Perth, Australia,

(Himpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu)

150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut. Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
“Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan,” laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri)

(Perhimpunan Bersih 3.0 di Kucing)

Memakai baju-T kuning, mereka – kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu – membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.
Selain, penyokong Bersih juga berhimpun di Kota Kinabalu, Sabah. Begitu juga di Kucing, mereka juga berhimpun di sana.

harakahdaily/-

Unit Amal beri kawalan terbaik

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Barisan pasukan Baju Meron membuat benteng di depan perhimpunan)

KUALA LUMPUR: Sebagaimana perhimpunan yang disertai PAS sebelum ini, Unit Amal sekali memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan peserta terkawal.

(Pemimpin kanan Unit Amal memberikan taklimat kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0 S Ambiga)

Kira-kira 4,000 anggota unit di bawah pantauan Pemuda PAS dari seluruh negara itu dikerahkan ke perhimpunan kali ini.

Malah mereka sudah mula bertugas sejak beberapa malam lalu di Dataran Merdeka bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di situ.

Ia dibuat ekoran serangan samseng ke atas perkhemahan mahasiswa yang menuntut pemansuhan pendidikan percuma di situ.

Namun, ekoran peranan mereka, anggota Unit Amal kali ini menjadi sasaran polis.
Gambar sebelah menunjukkan risiko tugas mereka bagi mempasti peserta perhimpunan selamat sedang mereka sendiri terdedah kepada risiko ditangkap.
(Salah seorang anggota Unit Amal ditangkap polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali ini)

harakahdaily/-

Ratusan ribu sudah banjiri Kuala Lumpur

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Ratusan ribu sudah berkumpul menuju ke Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.

Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Dengan memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini.

Dalam perhimpunan Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis.

Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.(gambar kiri).

(Jalan Sultan)

(Masjid Negara)

(Sedang sampai di Stesen Komuter Kuala Lumpur)

(Dari Pudu Raya)

harakahdily/-

Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.

Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku.

12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku.

11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih"

11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku.

11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta.
Mereka kini mula memenuhi simpang jalan tunku abdul rahman pula.
11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara.

11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta.

Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah

11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara.


11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi.

11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka.

11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang.

11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana.
Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara

11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai.
Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar.
"Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya

11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu.

Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM.

Pengerusi Bersih, Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal.

11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah.

11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka.

11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'.

11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.

11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas.

11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC.

11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang.

Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta.

11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini.

10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini."

10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk"

10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama.

10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini.
Peserta berehat menunggu detik 2 petang.

10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya.

10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang.

10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa

10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama.

10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka.

9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara.
9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis.

Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa.

9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC.

9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal.

9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat.

Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup.

9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak.

harakahdaily/-

Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Harakahdaily, 28 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju ke pusat bandar disekat atau sesak.

Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ.

Tony Pua dalam pesanannya meminta orang ramai menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup.

Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar.

Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar.

Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik.

Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka.

Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia.

"Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpinan Bersih," tulis beliau.


Polis dikesan ramai sekitar ibukota

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Polis yang ramai di KL Sentral sedang menerima arahan akhir sebelum bertugas)

KUALA LUMPUR: Walaupun Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan tidak menyekat perhimpunan Bersih kali ini orang ramai mulai mempunyai pendapat berlainan apabila kehadiran polis yang ramai di beberapa lokasi.

Di KL Sentral, puluhan polis dilihat di situ dan ketika mereka sampai mereka sedang diberikan taklimat akhir oleh ketua mereka.

Anggota Parlimen DAP, M Kula Segaran melaporkan melalui twitternya, polis sangta ramai di KL Sentral dan sedang mendengar taklimat akhir.

Kehadiran polis yang ramai juga dikesan di Jalan Bandar. Namun FRU tidak kelihatan di sini. (gambar atas)
Mesej juga mula disebarkan kononnya media tradisional yang dikawal Umno dan BN diarahkan agar tidak merekodkan tindakan ganas pihak polis.

Menurut Roket, orang ramai dinasihatkan agar menjaga tingkah laku mereka sepanjang perhimpunan ini kerana KDN telah mengarahkan petugasnya agar merakamkan tingkah laku para peserta perhimpunan kali ini.

Tingkah laku buruk mereka akan dijadikan bukti keburukan yang dibawa oleh peserta perhimpunan ini dan kemudiannya menyalahkan Pakatan Rakyat yang didakwa berada di belakang perhimpunan ini.

harakahdaily/-

Laporan langsung menjelang perhimpunan BERSIH

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

LAPORAN LANGSUNG

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30AM JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8.24am JALAN TRAVERSI/BRICKFIELDs Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8AM - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8AM - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

Penumpang ugut rampas pesawat ditahan

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KARACHI 28 April - Sebuah pesawat penumpang yang baru berlepas di lapangan terbang Pakistan, terpaksa melakukan pendaratan dengan serta-merta selepas seorang penumpang penerbangan itu mengugut untuk merampas pesawat terbabit.

Jurucakap kata Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA), Sultan Hasan berkata, pesawat domestik itu yang membawa lebih 50 penumpang dan lima krew, dijadualkan dalam

penerbangan ke timur bandar Bahawalpur.

"Sebaik berlepas, seorang penumpang memberi amaran kepada krew bahawa dia mahu merampas pesawat tersebut.

"Kapten pesawat kemudiannya dimaklumkan mengenai situasi itu sebelum pihak menara kawalan mengarahkannya mendarat semula," katanya.

Lelaki terbabit ditahan dan diserahkan kepada anggota keselamatan untuk tindakan lanjut. - AFP

Jumlah pelarian Syria di negara jiran meningkat

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BEIRUT 28 April - Lebih 65,000 penduduk Syria menjadi pelarian sejak pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus pada tahun lalu, kebanyakannya melarikan diri ke

Turki dan Lebanon, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laman webnya berkata, jumlah pelarian Syria kini meningkat kepada 65,070 di negara-negara berjiran, dengan 49,193 telah

mendaftar kepada PBB dan baki 15,877 lagi masih menunggu giliran.

Katanya, terdapat 23,942 pelarian Syria di Turki; 22,000 orang di Lebanon; 15,999 orang di Jordan dan 3,129 orang di Iraq. - AFP

Penduduk Palestin dan pendatang haram Yahudi bertempur

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BAITULMAQDIS 28 April - Kira-kira 150 penduduk Palestin dan Israel bertempur ketika demonstrasi bantahan terhadap tindakan pendatang haram Yahudi merampas dua buah rumah di timur sini semalam.

Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan Palestin berdemontrasi membawa sepanduk tertulis 'Hentikan Penjajahan' dan 'Hentikan Merampas Tanah Palestin' sebelum berlakunya antara

pergelutan antara tiga pihak iaitu pendatang, polis dan penunjuk perasaan.

Seorang pendatang Yahudi turut ditahan dalam kejadian tersebut selepas dia bertindak duduk di depan sekatan polis. - AFP

10 mati akibat banjir di Haiti

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PORT-AU-PRINCE: Kerajaan Haiti berkata, sekurang-kurangnya 10 orang mati minggu ini akibat hujan lebat di selatan dan barat negara itu.

Jurucakap Pejabat Perlindungan Awam Haiti, Joseph Edgard Celestin mengeluarkan maklumat terkini mengenai kesan kerosakan kejadian itu.

Banjir melanda lebih 3,000 kediaman di kawasan pantai ibu negara Haiti dan lebih 200 mendapatkan perlindungan di pusat penempatan sementara. - AP

Ribuan sudah banjiri Kuala Lumpur

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Ribuan manusia sudah penuhi perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjelang himpunan Duduk Bantah jam 2 petang ini)

KUALA LUMPUR: Ribuan manusia sudah mula berkumpul di sekitar ibu kota Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 walaupun perhimpunan rasmi hanya bermula jam 2 petang ini.

Malam tadi, lebih 1,000 datang ke Dataran Merdeka dengan pelbagai ragam bagi menyatakan sokongan mereka kepada tuntutan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Sehingga jam 9.15 pagi ini, ribuan orang sudah mula memenuhi pelbagai pusat perkumpulan sebelum mereka menuju ke Dataran Merdeka.

Di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, lebih 2,000 sudah berkumpul di situ.

(Dataran Merdeka jam 9.45 pagi)

Mereka melaungkan takbir, hidup Bersih dan sebagainya.

Di persekitaran Dataran Merdeka sendiri, ribuan manusia sudah mula berkumpul di situ walaupun jam baru 9.45 pagi.

Ada yang bermain dengan telefon bimbit masing-masing di samping ada yang mula memberikan ucapan menjelang perhimpunan rasmi bermula jam 2 petang nanti.

(Petaling Street jam 10 pagi)

Di Petaling Street, lautan manusia sudah mula direkodkan di situ. Petaling Street adalah salah satu tempat yang dinamakan sebagai tempat berkumpul sebelum mereka bergerak ke Dataran Merdeka.

(Dalam Komuter dari Seremban menuju Kuala Lumpur)

Jalan-jalan menuju ke pusat bandar juga penuh dengan kenderaan yang merangkak menuju ke Dataran Merdeka.

Kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar pula ditutup menyebabkan jalan yang terbuka penuh dengan kenderaan.

Ekoran itu, orang ramai diminta menggunakan kenderaan awam khasnya LRT, Komuter dan Monorail yang nampaknya beroperasi dengan baik.

Taufek Ghani, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan melaporkan, komuter yang beliau naiki penuh dengan manusia khasnya orang muda.

Ramai antara mereka pula memakai baju kuning dan kebanyakan mereka nampaknya menuju ke Dataran Merdeka.

Hijau dan Kuning

(Para aktivis perhimpunan Hijau membantah Lynas mula berkumpul MBPJ New Urban Parks, Damansara Damai)

Sementara itu, pihak yang membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan juga mula berhimpun pagi ini.

Mereka akan menuju ke KLCC dan dijangka perhimpunan akan bermula di sana jam 11 pagi.

Selepas itu, mereka juga akan berarak ke Dataran Merdeka untuk menjadikan perhimpunan kali ini adalah Hijau dan Kuning.

Malam tadi, ribuan sudah berhimpun di Dataran Merdeka. Pelbagai aktiviti dilakukan sehingga ke awal pagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan AJK Bersih 2.0 Hishamudin Rais turut menyertai mereka.
(Haji Mohamad Sabu dan Hishamudin di atas trak meraikan perhimpunan pra Bersih 3.0 di Dataran Merdeka awal pagi tadi)

harakahdaily/-

1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 April: Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini.

Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti.

Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.

Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu.

Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini.

Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam.

Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.

Harakahdaily/-

BERSIH: Kita akan cuba sedekat mungkin ke Dataran

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah , tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar .

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari kelmarin, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

azlan

27 April 2012

Terkejut gurauan jadi nyata

5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENDANG - “Sejak tiga bulan kebelakangan ini, arwah menunjukkan perubahan apabila sering kali memberitahu saya bahawa dia sudah nak mati,” rintih ibu kepada mangsa lemas yang ditemui terapung di tali air setelah jatuh bersama motosikalnya di Pendang, kelmarin.

Ibu mangsa, Mariam Had, 47, berkata, mangsa, Mohd Suhaimi Mohd Daud, 19, sering memberitahunya bahawa dia sudah mahu mati dan enggan bekerja dengan alasan dunia sudah mahu kiamat.

Menurutnya, dia pernah memberitahu anaknya itu bahawa wajahnya kelihatan putih bercahaya dan berseri-seri, namun mangsa membalas bahawa keadaannya itu petanda dia sudah mahu meninggal dunia.

“Saya tegur dia, ‘Mi (Suhaimi) mak tengok muka Mi putih bersih’, dia menjawab ‘Cek (saya) nak mati dah kot’. Ketika itu kami menjenguk saudara di Kubur Panjang, Pendang, seminggu sebelum kejadian ini.

“Saya tidak sedap hati dan setiap kali dia keluar ke tempat kerja, saya berdoa di hadapan pintu memohon kepada ALLAH supaya menjaga keselamatannya,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Gelam 2, di sini, semalam.

Mariam berkata, dia juga tidak menyangka gerak hatinya yang risau sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga mereka menjadi kenyataan ketika dimaklumkan mengenai kematian Mohd Suhaimi oleh suaminya, Mohd Daud Taib.

Katanya, Mohd Suhaimi keluar dari rumah kira-kira jam 8.30 pagi hari kejadian tanpa memberitahunya seperti hari kebiasaannya.

“Selalunya dia akan tarik saya ke hadapan pintu, peluk dan cium saya, dan minta saya lihat dia pergi kerja. Tetapi pada pagi hari kejadian, saya terkejut kerana terdengar motosikalnya dan terus berlari ke muka pintu melihat dia ke tempat kerja tanpa memeluk dan mencium saya.

“Saya tidak sedap hati dan berdoa kepada ALLAH sehingga bapanya pulang memberitahu bahawa arwah ditemui mati terapung di tali air,” katanya.

Mariam berkata, Mohd Suhaimi menghidap penyakit asma dan berkemungkinan mangsa diserang penyakit itu semasa menunggang motosikal ke tempat kerja.

Jenazah Mohd Suhaimi dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Besar kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Sinar Harian