13 September 2012

Siasat Suaram tak jejas pendedahan kes Scorpene

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) tidak akan menjejaskan usahanya dalam mendedahkan penyelewengan dalam isu Scorpene.

Penyelaras Suaram E. Nalini berkata, mereka percaya dengan apa yang telah dibuat selama ini mempunyai perjuangan yang lebih besar untuk dicapai.

"Bagi Suaram, kami berani kerana benar, " katanya sebaik diminta mengulas sejauhmana usaha mereka meneruskan pendedah isu Scorpene walaupun menerima asakan dari kerajaan.

Beliau ketika dihubungi berkata, usaha mereka sepatutnya dihargai dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak asasi di samping melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai itu.

Baginya, Suaram tidak akan berundur malah intimidasi sebegini bukan sesuatu yang baru dan percaya mereka ditekan kerana berani mendedahkan rasuah dalam pentadbiran negara.

"Selagi rakyat Malaysia berada dalam penindasan dan berlakunya pencabulan hak asasi manusia, selagi itu Suaram akan berada dengan mereka," katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan SSM sebagai gangguan ke atas Suaram dan percaya ianya bermotifkan politik.

"Ini juga adalah satu gangguan ke atas badan hak asasi dan pejuang-pejuang hak asasi yang perjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksaaman di Malaysia.

"Semua ini bermula dan berlaku kerana kes Scorpene yang telah difailkan oleh Suaram di France," katanya.

Beliau kecewa, kerajaan menggunakan agensinya seperti SSM, Perkeso, Bank Negara dan sebagainya untuk meletakkan reputasi dan kredibiliti mereka sebagai Ng yang tidak berdafta.

Justeru, Suaram bersedia untuk disiasat siapa sahaja dan sehingga kini mereka telah pun memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) Mohd Naim Daruwish menegaskan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Suaram berdasarkan aduan yang diterima.

Pegawai SSM pada 5 September lalu mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu

HARAKHDAILY/-

Sumbang Mahram: Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengganu Ditahan Polis

26 Syawal 1433H. [MOD] -

Kuala Terengganu – Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

“Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,

“beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,”ujarnya menceritakan kepada para hadirin.

Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.

Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September, mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.

Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin. -Buletin Online

Apa Jawapan TG Nik Aziz Terhadap Kenyataan Najib?

26 Syawal 1433H. [MOD] -

Kata Najib: "Nak apa-apa pun, tuan-tuan kena sokong BN dalam PRU13!"

Nampaknya, Najib masih dengan “You help me, I help you.”

Dan berkatalah TG Nik Aziz, "Najib belum kenal peribadi orang Kelantan, dia ingat kaedah yang serupa dia menipu di tempat lain boleh digunakan di Kelantan juga."

Kaedah politik U HELP ME, I HELP U, "jari menunjuk kelingking berkait" adalah kaedah curang di dalam memberikan bantuan, tidak ikhlas dan tidak jujur. Naib menyangka semua umat Islam sama perangainya macam lembu UMNO, boleh dicucuk hidungnya, boleh dibeli dan ditipu.

Rakyat Kelantan yang telah berada di bawah kepimpinan ulamak menolak sebarang ketidak-ikhlasan dan kecurangan di dalam pemerintahan dan telah bersedia untuk mengalahkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

Isu tumpahan minyak parah, nelayan mahu jumpa MB Johor

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PONTIAN - Nelayan pesisir pantai yang berpangkalan di tujuh pangkalan nelayan di sepanjang Tanjung Piai, dekat sini, memohon kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah tumpahan minyak yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Wakil nelayan, Husin Nasir 58, berkata, mereka turut bercadang untuk bertemu Menteri Besar Johor memandangkan tumpahan minyak di perairan Selat Melaka berhampiran kawasan Tanjung Piai yang sering berlaku menyebabkan mereka sukar mencari makan.

“Sudah acap kali, kami nelayan di sini buat aduan kepada polis dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), namun masalah tumpahan minyak semakin menjadi-jadi.

“Mengikut perkiraan kami nelayan di sini, dalam setahun sahaja lebih enam kali tumpahan minyak berskala besar berlaku di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis sesi dialog bersama nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (Jaring), di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Pas Kawasan Tanjung Piai, Ghazaley Ayob.

Katanya, masalah yang lebih besar bakal menimpa penduduk di sekitar Tanjung Piai, sekiranya tiada langkah berkesan diambil bagi membendung masalah tumpahan minyak yang mengancam pokok bakau.

“Tumpahan minyak yang sering berlaku di perairan Selat Melaka berhampiran Tanjung Piai menyebabkan nelayan bot-bot kecil mengalami kerugian.

“Semakin banyak kapal berlabuh dan kedudukannya yang semakin dekat dengan kawasan pesisir pantai sehingga boleh dilihat dengan begitu jelas dari kawasan pangkalan nelayan,” katanya.

Jelasnya, kehadiran kapal-kapal yang berlabuh di situ menyebabkan hasil tangkapan semakin kurang dan adakalanya jaring yang dipasang bagi menangkap udang rosak dilanggar kapal.

Ketua Nelayan Pangkalan Tanjung Piai, Ahmad Yazid, 43, mendakwa, tidak pernah mendapat sebarang pampasan terhadap kerosakan barang akibat tumpahan minyak terbabit.

“Meskipun sudah membuat aduan kepada agensi yang berkaitan, namun tiada pampasan diterima.

“Sehingga hari ini, segala kerosakan jaring, enjin dan perkakasan yang lain kami tampung sendiri, kerana belum lagi terima sebarang bantuan.

“Setiap kali jaring nelayan terkena minyak, kami buat laporan polis dan memanjangkannya kepada pihak persatuan,” katanya.

Sementara itu bagi Pengerusi Jaring, Jamaludin Mohammad berkata, sesi dialog yang diadakan bersama nelayan terbabit memberi peluang kepada nelayan mengetengahkan masalah yang dihadapi.

Menurutnya, pihak Jaring, akan menyerahkan dokumen berhubung masalah nelayan di kawasan Tanjung Piai kepada Kementerian Industri Asas Tani.

“Setiap tahun Jaring sebagai sebuah NGO yang mewakili nelayan akan menyerahkan dokumen kepada kementerian dengan mengemukakan masalah dan penambahbaikan yang boleh dilakukan,” katanya.

SINAR HARIAN/-

Pesawat Terhempas di Rusia, 10 Penumpang Terbunuh

26 Syawal 1433H. [MOD] -

MOSCOW: Sebuah pesawat kecil terhempas di Timur Rusia mengorbankan 10 penumpang, manakala empat tercedera pada Rabu.

Siasatan sedang dilakukan bagi mencari punca pesawat yang diterbangkan dengan ketinggian 10 kilometer pada destinasi terakhir, termasuk kerosakan dan kesilapan juruterbang.

Penumpang pesawat An-28 membuat pendaratan kecemasan di rantau terpencil Kamchatka pada tengah hari waktu tempatan (tengah malam GMT), kata seorang jurucakap Kementerian Kecemasan cawangan Timur.

Pesawat enjin berkembar tersebut membawa 14 orang anak kapal termasuk dua krew.

"Sepuluh orang telah meninggal dunia dan empat yang cedera telah dihantar untuk mendapatkan rawatan kecemasan di bandar Palana," katanya.

Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari Kamchatka lapangan terbang utama Petropavlovsk-Kamchatsky untuk penerbangan yang dijadualkan ke Palana, namun komunikasi dengan pesawat tersebut terputus.

Sebuah helikopter penyelamat dihantar ke lokasi kemalangan namun mengalami kesulitan kerana kawasan bukit tersebut diliputi hutan tebal.

Kerajaan tempatan mengisytiharkan hari berkabung pada Khamis dan menjanjikan pampasan kepada keluarga mangsa.

Menurut jadual lapangan terbang Petropavlovsk-Kamchatsky, penerbangan harian ke Palana dikendalikan oleh syarikat penerbangan milik kerajaan tempatan. AFP

Bapa bedil kepala sendiri

26 Syawal 1433H. [MOD] -

MAUT...Ravindran menembak kepalanya menggunakan pistol buatan China.
BAWA...anggota polis mengangkat mayat Ravindran yang ditemui mati berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, semalam.

IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.

Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

METRO/-

Kartunis protes depan kedutaan Malaysia di Washington

26 Syawal 1433H. [MOD] -

(Zunar dan rakan-rakan antarabangsanya berdemo depan kedutaan Malaysia di Washington)

WASHINGTON: Kartunis Zunar bersama dengan beberapa kartunis antarabangsa telah mengambil bahagian dalam protes "Bebaskan Kartunis" di Kedutaan Malaysia di Washington DC semalam (12 Sept 2012).

Protes "solidariti-untuk Zunar" itu anjuran Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa dan Amnesty International.

Tujuan protes ini adalah untuk menggesa kerajaan Malaysia menghenti menggunakan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menekan beliau sebagai kartunis.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam kenyataannya berkata, kerajaan selama ini menggunakan undang-undang tersebut bagi menghalang beliau dari menghasilkan karya yang mengkritik pemerintah dan mendedahkan amalan korupsi mereka.

"Tujuh buku kartun saya diharamkan, saya telah ditahan di bawah Akta Hasutan, pejabat saya sering diserbu, kilang pencetak dan penjual buku-buku saya juga sering diserbu dan diberi amaran agar tidak mencetak dan menjual buku-buku saya," kata Zunar dalam kenyataannya.

Hadir dalam protes tersebut termasuk Pengarah Eksekutif Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa Dr Robert Russell dan timbalannya Andrew Rougier Chapman, koordinator Amnesty International Becky Farrar dan pasukannya.

Selain beliau, kartunis yang turut mengambil bahagian ialah pemenang Pulitzer Prize untuk Editorial Kartun 2012 Matt Wuerker, kartunis Iran dalam pelarian juga pemenang anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial Nik Kowser dan kartunis terkenal Amerika Jeff Parker.

Protes berlangsung selama 45 minit.

Mereka menyanyi dan berteriak mengkritik kerajaan Malaysia dengan kata seperti, "Siapa punya hak untuk melukis? Zunar!", "Siapa takut kepada kartun? Kerajaan Malaysia!".

Pada penghujung program itu, Zunar mengambil pembesar suara dan memanggil pegawai-pegawai kedutaan supaya keluar bertemu mereka.

Dua daripada mereka keluar kemudiannya tetapi enggan mendedahkan nama dan jawatan mereka.

"Saya memperkenalkan para demonstran kepada mereka dan memaklumkan tujuan kami berdemonstrasi. Mereka juga enggan memberi sebarang komen," beritahu Zunar kepada media.

Zunar akan berada di Washington DC dan New York sehingga 18 September untuk mengambil bahagian dalam Konferen Kartunis Editorial Amerika sebagai tetamu dan untuk bertemu aktivis Malaysia di sini.

Zunar adalah kartunis politik yang pernah memenangi anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa.

HARAKAHDAILY/-

Kenit jadi tumpuan, gembira didukung

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PONTIAN – Melihatkan tubuhnya yang kecil dan berwajah kanak-kanak, pasti sukar mempercayai Mohammad Nor Ashari Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai 'Kenit', sudah berusia 17 tahun.

Dengan ketinggian 72 sentimeter atau hanya tiga kaki yang merupakan ketinggian bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun, tidak membataskan Kenit bergaul dengan rakan-rakannya.

Malah, Kenit yang gemar menyanyi dan membuat persembahan di majlis-majlis jamuan raya dan majlis perkahwinan yang dihadirinya sering mencuri tumpuan.

“Ramai yang tidak percaya saya sudah berusia 17 tahun dan menyangka saya masih berusia lima tahun, sehingga kadang-kadang saya perlu menunjukkan MyKad kepada mereka.

“Saya suka menyanyi dan mahu menghiburkan hati semua orang,” katanya.

Dia yang ditemani ibunya ditemui Sinar Harian pada majlis rumah terbuka Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian, di sini, semalam.

Bagi ibunya, Zauziah Husin, 47, dia menyifatkan anaknya itu sebagai permata yang sungguh berharga dan unik dengan gelagatnya.

Katanya, Kenit yang merupakan anak ketiga dari lima beradik itu tidak boleh berjalan lama kerana dia mudah berasa letih.

“Saya bersyukur sejak Kenit memasuki kelas Pusat Dalam Komuniti (PDK) Benut tiga tahun lalu, dia sudah boleh berdiri agak lama berbanding dahulu,” katanya yang tinggal di Kampung Parit Maklumi, Benut, dekat sini.

Zauziah yang juga suri rumah berkata, sebelum ini anaknya itu bersekolah di sekolah harian biasa, namun dipindahkan ke kelas PDK tiga tahun lalu selepas mendapat nasihat guru dan rakan-rakan.

“Kehadiran Kenit menceriakan majlis dan kadangkala ada mendukungnya membuatkan dia begitu gembira

“Kenit juga sering bercerita kepada saya tentang impiannya untuk menunggang motosikal, saya dan suami sentiasa mendoakan agar dia akan berjaya mencapai impiannya itu suatu hari nanti,” katanya.

Dalam pada itu katanya, anaknya itu menerima bantuan persekolahan daripada JKM sebanyak RM150 sebulan.

Majlis yang mengumpulkan kira-kira 100 penerima bantuan JKM dan warga emas itu turut dihadiri Pegawai Daerah, Muji Salimon; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong; Adun Pekan Nenas, Tang Nai Soon, dan Pegawai JKM Pontian, Juhainun Mohd Shukri.

SINAR HARIAN/-

'Innocence of Muslims' berniat jahat, provokasi

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.

Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.

Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.

”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.

Harakahdaily/-

Pelampau Yahudi conteng masjid

26 Syawal 1433H. [MOD] -

IMREISH: Sebuah masjid di bandar di Tebing Barat ini diconteng oleh sekumpulan pelampau Yahudi dengan lambang jenayah ‘tanda harga.’

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, kejadian berlaku awal pagi semalam.

Penyerang menconteng bahagian luar tembok masjid itu dengan perkataan ‘Price tag Migron’ (Tanda harga Migron).

Saksi berkata, penyerang juga cuba membakar sebuah kereta. Bagaimanapun pemiliknya terjaga dari tidur dan menjerit, menyebabkan mereka lari.

‘Tanda harga’ merujuk kepada jenayah balas dendam oleh pelampau Yahudi yang biasanya membabitkan perbuatan membakar dan merosakkan kereta, masjid serta pokok zaitun milik warga Palestin. - AFP

'Orang Islam-Amerika sasaran baru AS'

26 Syawal 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri mengisytiharkan, Amerika Syarikat (AS) bakal menjadikan orang Islam-Amerika sebagai sasaran baru mereka.

Pengumuman itu dilakukan menerusi rakaman video terbaru yang turut disertai jurucakap AS, Adam Gadahn. Video bertajuk Kebenaran telah datang dan kepalsuan telah musnah itu, disiarkan pada forum jihad, tajaan Parti Republikan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Dewan Perwakilan bertujuan meningkatkan sentimen anti-Islam selepas serangan 11 September.

Dalam rakaman video 90 minit berkenaan, Gadahn menyangkal dakwaan Presiden AS, Barack Obama bahawa negara itu tidak berperang dengan Islam, namun agenda politiknya dilihat seperti mahu menjatuhkan Islam.

“Hari ini, orang Islam-Amerika sedang dibunuh di Yaman, esok mereka akan dibunuh di New York dan Los Angeles, maka itu bersedialah untuk menghadapi kemusnahan,” katanya.

Gadahn berusia 34 tahun adalah berasal dari selatan California dan telah muncul dalam beberapa pita video untuk Al-Qaeda sejak 2004.

Zawahiri pula merupakan bekas pakar bedah mata yang telah mengambil alih kumpulan militan terbabit selepas kematian Osama bin Laden, pada Mei 2011.Rakaman video itu dilakukan sehari selepas Abu Yahya al-Libi dan timbalannya terbunuh dalam serangan pada Jun lalu.

sinar hARIAN/-

Hina Nabi: PAS desak Amerika ambil langkah serius

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengambil langkah serius di atas provokasi kebencian beragama yang ditimbulkan melalui penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh pengarah dan penerbit filem keturunan Israel Amerika dari Amerika Syarikat.

“PAS pada asasnya menghormati perlunya kebebasan bersuara dan berkarya, tetapi kebebasan ini hendaklah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak menyebabkan keharmonian hidup beragama dan kesucian yang difahami oleh umat Islam atau mana-mana kelompok agama dipermainkan,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan

Menurutnya, mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram.

Beliau menegaskan, ianya hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

PAS juga, kata beliau turut merasa terkilan, sedih, dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga kakitangan diplomatik dan keselamatan Kedutaan Amerika di Libya yang telah terbunuh dalam protes yang bertindak di luar kawalan itu.

Justeru, beliau menambah PAS juga ingin menggesa pihak kerajaan umat Islam di seluruh dunia umumnya, dan Kerajaan Malaysia khasnya untuk melindungi serta memastikan keselamatan para diplomat dan kakitangan diplomatik yang bertugas di negara ini.

“Ingin saya tegaskan bahawa Islam memberi pengiktirafan tinggi terhadap kehadiran mereka dan kerajaan umat Islam wajib menjaga keselamatan para kakitangan diplomatik ini yang menjadi sebahagian tanggungjawab pihak kerajaan tuan rumah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

harAkahdaily/-

Raih pendapatan RM66 sehari menarik rakit di Babelan

26 Syawal 1433H. [MOD] -

Seorang lelaki menarik tali untuk menggerakkan rakitnya menyeberangi sebatang sungai di Babelan, pinggir bandar raya Jakarta semalam. - REUTERS

JAKARTA - Berbekalkan keringat, sebuah rakit kayu dan tali yang diikat menyeberangi sebatang sungai di Babelan, dekat sini, beberapa penarik rakit mampu meraih pendapatan yang agak lumayan.

Mereka memberikan khidmat kepada orang ramai yang mahu menyeberangi sungai berkenaan dengan mengenakan bayaran semurah 30 sen untuk sehala.

Namun, seorang penarik rakit berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali memberitahu, dia mampu memperoleh pendapatan mencecah 200,000 rupiah (RM66) sehari hasil pekerjaan tersebut. - Reuters

SPA: Calon Gagal Diberi Peluang Sekali Lagi

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Kira-kira 46,921 calon yang lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam dan program pusat penilaian (PAC)tetapi belum berjaya dilantik,masih berpeluang mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkatadaripada jumlah itu 40,424 ialah calon yang lulus peperiksaan dan selebihnya 6,501 calon lulus PAC.

"Calon-calon itu akan dipanggil semula untuk ditemu duga tanpa perlumenduduki peperiksaan atau PAC semula sekiranya terdapat kekosongan," katanyakepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa khas mengkajipenyertaan kaum Cina dalam perkhidmatan awam di sini, Rabu.

Mahmood berkata peluang itu hanya layak kepada mereka yang lulus peperiksaandan PAC dari tahun 2008 hingga 2012 sahaja.

Sementara itu, Mahmood berkata dua kumpulan terdiri daripada pegawai SPAakan dihantar ke China dan India untuk mendapatkan maklumat mengenai pelantikanpenjawat awam di negara berkenaan. Beliau berkata ia bagi membolehkan SPA mencari kaedah lain bagaimana menarik minat lebih ramai kaum Cina dan India menyertai perkhidmatan awam.

Mengikut statistik untuk Julai dan Ogos 2012 berlaku peningkatan dalampermohonan daripada kaum Cina berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Pada Julai sebanyak 3,543 (2012) dan 1,447 (2011) manakala pada Ogos 2,930(2012) dan 1,282 (2011); kaum India pula bulan Julai sebanyak 6,638(2012) dan2,277 (2011),untuk Ogos sebanyak 4,830 (2012) dan 2,472 (2011). BERNAMA

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an

26 Syawal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut.

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

"Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil.

"Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka.

Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja.

harakahdaily/-