28 Disember 2012

Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari

14 Safar 1433H. [MOD] -

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/12/Halimad-Ali-Flip-Flop-01.jpg

Norhayati Umor

SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas.

Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa.

Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas.

Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan.

Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y.

Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings.

kerabu bersuara/-

BERZAKAT MEMBANGUN UMMAH

14 Safar 1433H. [MOD] -



اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakwaan dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Hadirin yang dikasihi sekalian,
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
”Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram bagi sesiapa yang berkemampuan” (Muttafaqun ’Alaih).

Allah SWT amat mencintai orang-orang yang ikhlas membelanjakan hartanya di jalan Allah. Allah SWT memuji perbuatan mereka sebagaimana Firman-Nya:
فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥ ( وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦ ( فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧(
Maksudnya ; “Ada pun orang yang (suka) memberi (sedekah atau zakat) dan bertakwa serta percaya kepada perkara yang baik (dan pahala di syurga) maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat)” (surah al-Lail ayat 5-7).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat yang lain serta dapat membangun sesuatu ummah. Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Rahmat ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya. Zakat  juga merupakan menifestasi kemajuan islam.

Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman kegemilangan Islam. Sesungguhnya, zakat mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh Allah SWT:

1. Matlamat Agama
Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103:
خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ صَدَقَةً۬ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيہِم بِہَا
Maksudnya: "Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)”





Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu: (At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya, hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 20:
Maksudnya: "Dan kamu pula amat mencintai harta benda dengan kecintaan yang bersangatan”.

Justeru, amalan zakat dapat menyucikan hati dan jiwa manusia daripada menghambakan diri kepada harta. Inilah bukti keimanan dan kecintaan seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada harta. Selain itu, zakat juga bertujuan untuk menyucikan akhlak manusia. Sesungguhnya, sifat bakhil dan kedekut adalah penyakit paling buruk yang melanda orang-orang yang berharta.
Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud:
"Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan di hari kiamat. Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil memusnahkan orang-orang sebelum kamu. Sifat bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah dan melanggar batasan”.                                              (Riwayat Muslim)

OIeh itu, ubat paling mujarab untuk merawat penyakit bakhil dan kedekut ini adalah dengan menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Dengan berzakat, kita dapat menghapuskan sifat bakhil dan kedekut apabila dengan ikhlas dan rela hati memberikan harta yang kita miliki kepada orang fakir dan miskin untuk meraih redha Allah SWT.  
Selain itu juga, zakat dapat membersihkan dan memelihara harta. Sesungguhnya, kita tidak mampu memelihara harta kita dari kejahatan orang lain melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Justeru, Islam mengajar kita agar memelihara harta dengan berzakat.

2 . Matlamat Sosial
Prof. Dr . Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan, setiap manusia sangat berhajat kepada keperluan asasi hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya diperlukan agar manusia mampu hidup menjadi khalifah dan hamba Allah dengan sempurna .
OIeh kerana tidak semua manusia mampu memenuhi keperluan ini, maka Allah SWT mensyariatkan zakat agar umat Islam dapat saling bantu-membantu dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan berzakat, orang kaya dapat memberikan sebahagian daripada hartanya kepada fakir miskin. Dengan zakat juga, orang miskin dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup serta merasai wujudnya tangan-tangan si kaya yang pemurah, yang dapat membantunya untuk merasai kesejahteraan hidup. Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain. Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau bermusuhan, janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain, jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. . .".                                                     (Riwayat Muslim)

3. Matlamat Ekonomi
Pakar-pakar Ekonomi mengatakan, ekonomi negara akan berkembang apabila kuasa beli penduduknya meningkat. Apabila kuasa beli meningkat, maka permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah di dalam pasaran. Maka semakin meningkat keperluan ekonomi dan cabaran yang akan dihadapi oleh kita semua.
Oleh itu, Majlis Agama Islam Perak telah berjaya mengagihkan hasil daripada zakat yang telah ditunaikan oIeh pembayar zakat pada tahun 2011 yang lalu, sebanyak 86.11  juta ringgit kutipan zakat kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan. Di antara bantuan zakat yang telah disalurkan oIeh pihak Majlis Agama Islam sepanjang tahun 2011 ialah seperti bantuan bina dan baik pulih rumah fakir miskin sebanyak 6.9  juta ringgit, pembayaran untuk bantuan modal sebanyak 0.6 juta ringgit, pembayaran bantuan perubatan sebanyak 1.1 juta ringgit, dan bantuan bulanan kepada asnaf fakir miskin yang berjumlah 13.9 juta ringgit bagi tempoh sepanjang 2011.
Keadaan ini sudah pasti dapat meningkatkan kuasa beli umat Islam. Nikmat ini sudah tentu akan kembali semula kepada pembayar zakat dari kalangan peniaga, usahawan, pembekal barangan, perkhidmatan, kontraktor dan sebagainya kerana wang zakat digunakan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah SWT dengan menunaikan zakat harta kita yang wajib dizakatkan seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat wang simpanan, saham, KWSP, zakat tanaman dan binatang ternakan. Majlis Agama Islam Perak telah menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat untuk kemudahan umat Islam seperti pembayaran zakat kaunter di seluruh daerah Di Negeri Perak, pembayaran zakat melalui potongan gaji, perbankan internet, ejen bank dan pos, amil yang dilantik dan sebagainya
Ingatlah, ke suatu ketika dahulu kita lahir ke dunia ini sebatang-kara tanpa harta, pakaian, pangkat dan kedudukan. Lalu, dengan rahmat dan kasih sayang- Nya, Allah SWT kurniakan kepada kita segala nikmat dan kebahagiaan. Rumah banglo, kereta mewah, saham, wang simpanan, pangkat dan pekerjaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini.
Apakah dengan segala nikmat tersebut, kita merasa berat untuk membalas kurniaan Alllah itu dengan hanya mengeluarkan zakat sebanyak 2 .5% sahaja?.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
  
Khutbah ke 2
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah,
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Muddaththir ayat 42 – 44:




Maksudnya: “(Ahli-ahli syurga bertanya kepada ahli neraka): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?” Ahli neraka menjawab: "(Dahulu) kami tidak termasuk dari kalangan orang yang sembahyang, dan kami juga tidak pernah memberi makan (bersedekah) kepada orang miskin".

Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :
1.       Membayar zakat adalah salah satu bukti seseorang hamba patuh dan tunduk kepada  perintah Allah dengan mengeluarkan harta yang disayanginya
2.     Zakat adalah tali penghubung di antara orang yang berada dengan orang yang kurang berkemampuan
3.      Orang yang berzakat dikurniakan pahala yang berlipat ganda, dan Rahmatnya melimpah kepada seluruh masyarakat
4.     Menyayangi harta sehingga tidak berzakat, adalah sayang yang tidak kena pada tempatnya. Bukankah menyayangi dan mengasihi golongan yang miskin lebih mulia dari menyayangi harta ?
5.      Membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebelum berakhir  tahun 2012, berhak mendapat rebat (pengecualian) cukai mengikut jumlah zakat yang dibayarnya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .



Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

 

27 Disember 2012

Tamu Di Taman Tunku Tiada Bekalan Letrik

13 Safar 1433H. [MOD] -

MIRI – Tamu di Taman Tunku yang terletak dalam kawasan DUN Lambir
masih dalam keadaan baru memang nampak cantik dan agak bersih.
Majoriti penjaja di situ berbangsa Cina.

Walaupun masih baru tetapi sayangnya mereka menghadapi masalah bekalan
elektrik yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak yang berkenaan sebelum
mereka dibenarkan berniaga di situ. Malangnya perkara ini sudah lama
berlaku dan tiada pihak yang tampil untuk memberi bantuan.

Inilah masalah utama yang sudah sekian lama yang dihadapi oleh penjaja
Tamu di Taman Tunku sehingga kini masih belum lagi dipasangkan bekalan
eletrik untuk memberi mereka keselesaan berniaga di situ.

Mereka mengadu kepada pihak kami mengapa sampai sekarang pihak SESCO
atau pihak yang berkenaan tidak memasang elektrik dalam tapak
perniagaan mereka.

Seharusnya perkara semacam ini tidak berlaku sedangkan mereka membayar
sewa tapak peniagaan setiap bulan tanpa ada sebarang kemudahan asas
yang sepatutnya diberi kepada penjaja di situ. Mereka berniaga dari
pagi sampai ke malam dalam keadaan yang kurang selesa terlebih lagi
pada waktu malam tanpa bekalan letrik.

Mereka memohon agar pihak Majlis Bandaraya Miri dan pihak yang
berkenaan dapat mengatasi masalah ini dengan segera. Kerjasama dengan
pihak MBM dan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dari
berterusan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Terpaksa naik lori, bawa ibu sarat mengandung

13 Safar 1433H. [MOD] -

Terpaksa naik lori, bawa ibu sarat mengandung
Seorang wanita sarat mengandung terpaksa dihantar ke hospital menaiki lori, malam semalam setelah laluan ke hospital ditenggelami air di sekitar kawasan simpang Paya Besar.
 
KUALA BERANG - Seorang wanita sarat mengandung terpaksa menaiki lori milik Jabatan Pertahanan Awam Malayasia (JPAM) untuk ke hospital kira-kira jam 10.30 malam semalam, setelah laluan Kuala Berang -Ajil ditenggelami air di kawasan simpang Paya Besar.

Difahamkan, wanita berkenaan yang dipercayai mengalami tanda-tanda ingin bersalin itu sebelum itu telah menaiki ambulans Klinik Kesihatan Mengkawang tetapi tidak dapat meneruskan perjalanan kerana laluan dinaiki air.

Sinar Harian yang berada di lokasi kejadian mendapati, selain anggota keselamatan orang ramai juga turut sama membantu mengangkat wanita berkenaan untuk dipindahkan dari ambulans ke dalam lori tersebut.

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim yang turut berada di lokasi berkenaan meninjau perkembangan banjir berkata, keadaan sedemikian antara insiden yang berlaku ketika banjir dan ia menyukarkan orang ramai.

"Laluan ini adalah jalan utama Kuala Berang-Ajil dan kawasan sekitar simpang Paya Besar ini ditenggelami air hingga tidak dapat dilalui kenderaan. Malah, faktor ini jugalah mengundang kesukaran terutamanya ketika waktu kecemasan," katanya.

Menurutnya, pembinaan pembetung tidak dapat menampung air besar ketika musim tengkujuh apatah lagi dengan limpahan air dari Sungai Berang.

"Ketika lawatan Menteri Besar ke Hulu Terengganu pada 2010 lalu, beliau telah bersetuju dengan cadangan Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail supaya sebuah jambatan dibina untuk mengelakkan laluan ini ditenggelami air ketika banjir.

“Bagaimanapun, pihak yang terlibat hanya membina pembetung. Akibatnya, kawasan ini masih dinaiki air sebagaimana kini.

"Pembinaan empat lorong dari Kuala Berang-Ajil untuk kemudahan pengguna tetapi sayangnya ia masih ditenggelami air. Malah, hospital juga terputus hubungan kerana kawasan di Batu 22 turut dinaiki air," katanya.

sinar/-

Pengerang: MB membisu, NGO Mantap ke mahkamah

13 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mempersoal sikap Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang masih membisu berhubung isu Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid).

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar), sehingga kini sudah beberapa kali surat dihantar malah kunjungan ke pejabat menteri besar juga telah dibuat namun Abdul Ghani tidak mahu bersemuka dengan wakil penduduk dan NGO yang memperjuangkan isu itu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) berkata, sekarang ini timbul pula masalah apabila kerja-kerja pengalihan kubur Islam dilakukan.

Katanya,penduduk tidak berpuas hati dengan operasi menggali kubur itu yang didakwa dilakukan tanpa memaklumkan kepada waris dan juga penduduk.

"Kenapa kerajan negeri khususnya menteri besar membisu. Tidak langsung mahu bertemu dengan penduduk dan NGO kita.

"Mereka secara senyap-senyap telah melakukan pemindahan (kubur) ini," katanya.

Semalam, seorang penduduk dari Kampung Langkah Baik didakwa ditahan polis ekoran aduan cuba menghalang wakil kontraktor menggali kubur di Kampung Punggai, kelmarin.

Difahamkan perselisihan berlaku kerana salah satu kubur yang dipindahkan adalah kubur nenek beliau yang langsung tidak dimaklumkan kepada keluarga malah sebaliknya kubur tersebut dikategorikan sebagai kubur tidak berwaris.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, Mantap akan memfaikan kes Rapid Pengerang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Januari nanti.

Sebelum ini, Gabungan NGO Pengerang (GNP) turut mendedahkan kepincangan yang berlaku sepanjang operasi pemindahan kubur Islam di sini yang dibuat 'membelakangi' penduduk.

Pada 22 Disember, seorang pemilik tanah di Kampung Sebong yang terlibat dengan pemindahan kubur membuat laporan polis kerana mendakwa tanahnya telah diceroboh.

Ekoran laporan polis itu dua syarikat kontraktor menggali kubur itu menghentikan kerja-kerja mereka serta-merta setelah berjaya menggali lima kubur.

"Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan semula sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut.

"Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut," kata Naib Pengerusi GNP, Kapten Hasnul Ahmad.

Selain itu katanya, sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat juga telah digali tanpa dimaklumkan kepada waris.

Waris-waris itu kemudian merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka, kata Hasnul.

Air bertakung

Sementara itu, GNP turut mendedahkan keadaan tanah perkuburan Islam baru di Kampung Punggai bertakung dengan air selepas hujan kerana aras tanah yang rendah.

Menurut mereka, pengendalian kerja-kerja pemindahan kubur yang tidak sempurna menyebabkan ada antara batu nisan yang patah kerana kecuaian pekerja kontraktor.

Mereka juga turut mempersoal tindakan kontraktor menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Sedangkan kata mereka, lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, cuma membenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang.






harakah/-

20 terbunuh kereta kebal bedil kampung

13 Safar 1433H. [MOD] -




DAMSYIK - Seramai 20 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membedil sebuah kampung di wilayah utara Kahtaniyeh semalam, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria.

"Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa," kata kumpulan pemerhati itu.

Sebuah video amatur yang dimuat naik ke Internet oleh kumpulan aktivis menunjukkan beberapa mayat berlumuran darah dan mayat seorang kanak-kanak ditutup dengan selimut di dalam sebuah rumah.
"Berpuluh-puluh orang lagi dilaporkan cedera di ladang itu," kata aktivis di Raqa.

Sementara itu, menurut kumpulan pemerhati sama, lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria sejak penentangan terhadap Presiden Bashar Al-Assad meletus pada Mac tahun lalu.

"Secara keseluruhan kami telah mendokumen kematian seramai 45,048 orang," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Tambahnya, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lepas.
Katanya, mereka yang terbunuh termasuk 31,544 orang awam, 1,511 orang berpaling tadah, 11,217 tentera dan 776 tidak dapat dikenal pasti. - Agensi

PAS: Siasat dakwaan Deepak atau kami hantar memo pada Agong

13 Safar 1433H. [MOD] -



 
PAS mengulangi gesaannya supaya pihak berkuasa menyiasat dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib serta ahli keluarganya berhubung kontroversi kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Jika tidak, saya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (kiri).

NONEBercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala
Lumpur hari ini, Mahfuz mengecam Jabatan Peguam Negarak, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa berdiam terhadap tuduhan yang serius itu.

Perkara itu, tegasnya, membabit maruah perdana menteri, keluarga beliau, negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.
Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008 yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak. 

malaysiakini/-

Penganjur jamin Himpunan Selamatkan Felda esok aman

13 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0, Gerakan Selamatkan Felda (GSF) memberi jaminan himpunan yang akan diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak esok adalah aman.

Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata tujuan himpunan esok hanya mahu menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad dan mahu menyerahkan memorandum tuntutan kepada Pengerusi Felda itu sendiri.

Menurut beliau lagi, pihak penganjur juga telah meminta bantuan Unit Amal Dewan Pemuda PAS untuk membuat kawalan keselamatan.

"Kita memberi jaminan bahawa himpunan ini adalah aman dan jangan ada pihak buat provokasi. Jika ada provokasi, itu bukan daripada kita.

"Kita akan menempatkan seramai 300 unit amal untuk membuat kawalan keselamatan," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi memudahkan keadaan esok katanya, Isa diharap dapat memberi kerjasama untuk menerima sendiri memorandum itu nanti.

Mazlan berkata, beliau mendapat maklumat ada kumpulan lain yang juga berpakaian sama seperti mereka akan mengadakan perhimunan serupa esok.

Bagaimanapun menurutnya, maklumat itu masih bersifat 'khabar angin' dan pihaknya sedang mendapatkan maklumat terperinci.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat memberitahu, pihaknya kini dalam proses persiapan terakhir menjelang himpunan itu esok.

"Kita sudah sudah menerima pengesahan dari semua parti-parti politik Pakatan Rakyat dan juga NGO yang akan bersama kita esok.

"Kita jangka esok adalah himpunan paling ramai dan beberapa pimpinan tertinggi politik dan NGO akan hadir bersama kita," katanya lagi.

PAS sebelum ini telah mengeluarkan surat kerahan rasmi kepada semua pemimpin dan ahli di seluruh negara agar hadir ke himpunan itu esok.

Himpunan esok antara lain mahu mendesak Isa meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Felda dengan segera.

Selain itu, ianya juga bagi mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat.

hartakah/-

Menteri Pengangkutan Pentingkan Kroni, Rompak Duit Rakyat

13 Safar 1433H. [MOD] -

Kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan, bukti beliau lebih pentingkan kroni berbanding bantahan dan kehendak rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.

Mengikut Datuk Seri Kong Cho Ha, Putrajaya akan tetap teruskan operasi AES walaupun Jabatan Peguam Negara membeku semua prosiding kes saman, minggu lalu.

Beliau turut mengakui pelaksanaan sistem itu mendapat tentangan rakyat dan bermasalah dari sudut perundangan, tetapi tetap berdegil tidak akan berhenti mengeluarkan saman.

“Kedegilan menteri seperti Cho Ha jelas menunjukkan dia hanya menjaga kepentingan kroni, bukan rakyat. Padahal semua pihak berpandangan sistem itu ada masalah,” kata Lih Kang ketika dihubungi.

Dua syarikat yang mengendali AES ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan dengan Umno Johor dan menteri dari MCA.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Kerajaan berbelanja RM800 juta untuk menyediakan kamera di 831 lokasi.

Kerajaan juga didakwa menyediakan kos senggaraan sehingga RM3.8 bilion untuk lima tahun. Sepatutnya, kerajaan mengambil hasil saman AES, bukan bekerjasama dengan syarikat swasta.

“Jika Cho Ha menteri bermaruah, beliau patut malu dan letak jawatan. Jika tidak, rakyat sendiri akan pecat beliau dalam pilihan raya nanti,” tegas Lih Kang.

Menurutnya, penerusan saman AES merupakan usaha pimpinan Umno BN untuk memeras wang rakyat.

“Kedegilan pemerintah yang tetap mahu laksana AES amat mencurigakan. Tiada sebab lain, mereka hanya mahu terus rompak wang rakyat,” katanya.

Sejak dimulakan pada 23 September lalu, sebanyak 300,000 saman AES dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya.

AES ditentang ekoran terlalu banyak kelemahan termasuk had laju tidak relevan dan kamera di sepanjang lebuh raya yang terlalu banyak sehingga menyebabkan saman berganda. -KD

Penafian Isa perlu difahami 'sebaliknya', kata Mazlan

13 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menafikan beliau melobi untuk jawatan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) disifatkan sebagai 'baling batu sembunyi tangan'.

Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau tidak pelik dengan penafian Isa itu malah menganggapnya 'skrip lama' yang digunakan untuk menempatkan diri beliau dalam jawatan tertinggi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

"Sewaktu dia 'promote' FGV, dia juga nafi bahawa dia ada kepentingan. Tapi akhirnya dia yang jadi pengerusi FGV.

"Dia juga kata tidak akan sentuh sedikitpun aset peneroka. Akhirnya dia tubuh syarikat Felda Asset Holdings yang pegang 20% kepentingan peneroka dalam FGV yang dia sendiri jadi pengerusi," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Justeru itu kata Mazlan, penafian oleh Isa itu perlu difahami 'sebaliknya' seperti rekod yang telah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penafian Isa yang dilaporkan media hari ini.

Isa dalam kenyataan itu dilapor menafikan beliau pernah melobi supaya namanya dicalonkan untuk bertanding sebagai pengerusi KPF.

"Itu (penafian) stail dia (Isa). Walaupun dia cuba nafikan, tapi beranikah dia menolak bukti-bukti yang ada pada kita. Kita ada bukti," kata Mazlan lagi.

Sebelum ini, Anak mendedahkan wujud konspirasi peringkat tertinggi dipercayai untuk membolehkan Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF bagi tujuan menyenaraikan KPF ke dalam FGV.

Konspirasi itu dakwanya bermula dengan mengarahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah dan perlu diadakan semula.

AGM semula itu sepatutnya berlangsung pada 27 Disember iaitu hari ini namun ianya terpaksa dibatalkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang membenarkan permohonan KPF membatalkannya.

harakah/-