14 Safar 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Bertakwalah kita kepada
Allah SWT dengan sebenar-benar ketakwaan dengan mentaati segala perintah-Nya
dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita
akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Zakat adalah salah satu
rukun Islam yang wajib ditunaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
”Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji ke
Baitullah Al-Haram bagi sesiapa yang berkemampuan” (Muttafaqun ’Alaih).
Allah SWT amat mencintai
orang-orang yang ikhlas membelanjakan hartanya di jalan Allah. Allah SWT memuji
perbuatan mereka sebagaimana Firman-Nya:
فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥
( وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦
( فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧(
Maksudnya ; “Ada pun orang yang (suka) memberi (sedekah atau zakat) dan bertakwa
serta percaya kepada perkara yang baik (dan pahala di syurga) maka Kami akan
mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan membawa kejayaan dunia dan
akhirat)” (surah al-Lail ayat 5-7).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Zakat bukan hanya
sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang dapat mengikat hubungan
antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan membentuk hubungan antara seorang
individu dengan anggota masyarakat yang lain serta dapat membangun sesuatu
ummah. Zakat adalah rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Rahmat
ini bukan hanya dapat dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi
bersama oleh pembayar zakat dan umat Islam seluruhnya. Zakat juga merupakan menifestasi kemajuan islam.
Sejarah telah
membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat kamakmuran dan
kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang telah berlaku di zaman
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman kegemilangan Islam. Sesungguhnya, zakat
mempunyai beberapa matlamat yang ditentukan oIeh Allah SWT:
1. Matlamat Agama
Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103:
خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ صَدَقَةً۬ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيہِم
بِہَا
Maksudnya: "Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk)”
Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu: (At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya, hati manusia sangat mencintai harta dan kekayaan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 20:
Maksudnya: "Dan kamu pula amat mencintai harta benda dengan
kecintaan yang bersangatan”.
Justeru, amalan zakat
dapat menyucikan hati dan jiwa manusia daripada menghambakan diri kepada harta.
Inilah bukti keimanan dan kecintaan seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya
melebihi cintanya kepada harta. Selain itu, zakat juga bertujuan untuk
menyucikan akhlak manusia. Sesungguhnya, sifat bakhil dan kedekut adalah
penyakit paling buruk yang melanda orang-orang yang berharta.
Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa
Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud:
"Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan
di hari kiamat. Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil
memusnahkan orang-orang sebelum kamu. Sifat bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah
dan melanggar batasan”. (Riwayat Muslim)
OIeh itu, ubat paling
mujarab untuk merawat penyakit bakhil dan kedekut ini adalah dengan
menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Dengan berzakat, kita dapat menghapuskan
sifat bakhil dan kedekut apabila dengan ikhlas dan rela hati memberikan harta
yang kita miliki kepada orang fakir dan miskin untuk meraih redha Allah SWT.
Selain itu juga, zakat
dapat membersihkan dan memelihara harta. Sesungguhnya, kita tidak mampu
memelihara harta kita dari kejahatan orang lain melainkan dengan pertolongan
Allah SWT. Justeru, Islam mengajar kita agar memelihara harta
dengan berzakat.
2 . Matlamat Sosial
Prof. Dr . Yusuf
Al-Qardhawi menjelaskan, setiap manusia sangat berhajat kepada keperluan asasi
hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan
sebagainya. Ianya diperlukan agar manusia mampu hidup menjadi khalifah dan
hamba Allah dengan sempurna .
OIeh kerana tidak semua
manusia mampu memenuhi keperluan ini, maka Allah SWT mensyariatkan zakat agar
umat Islam dapat saling bantu-membantu dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan
berzakat, orang kaya dapat memberikan sebahagian daripada hartanya kepada fakir
miskin. Dengan zakat juga, orang miskin dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup
serta merasai wujudnya tangan-tangan si kaya yang pemurah, yang dapat
membantunya untuk merasai kesejahteraan hidup. Rasulullah s.a.w. Bersabda yang
bermaksud:
"Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain.
Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau bermusuhan,
janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan janganlah kamu
menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain, jadilah kamu sekalian
hamba-hamba Allah yang bersaudara. . .". (Riwayat Muslim)
3. Matlamat Ekonomi
Pakar-pakar Ekonomi
mengatakan, ekonomi negara akan berkembang apabila kuasa beli penduduknya
meningkat. Apabila kuasa beli meningkat, maka permintaan terhadap barangan dan
perkhidmatan akan bertambah di dalam pasaran. Maka semakin meningkat keperluan
ekonomi dan cabaran yang akan dihadapi oleh kita semua.
Oleh itu, Majlis Agama
Islam Perak telah berjaya mengagihkan hasil daripada zakat yang telah
ditunaikan oIeh pembayar zakat pada tahun 2011 yang lalu, sebanyak 86.11 juta ringgit kutipan zakat kepada golongan
asnaf yang sangat memerlukan. Di antara bantuan zakat yang telah disalurkan
oIeh pihak Majlis Agama Islam sepanjang tahun 2011 ialah seperti bantuan bina
dan baik pulih rumah fakir miskin sebanyak 6.9
juta ringgit, pembayaran untuk bantuan modal sebanyak 0.6 juta ringgit,
pembayaran bantuan perubatan sebanyak 1.1 juta ringgit, dan bantuan bulanan
kepada asnaf fakir miskin yang berjumlah 13.9 juta ringgit bagi tempoh
sepanjang 2011.
Keadaan ini sudah pasti
dapat meningkatkan kuasa beli umat Islam. Nikmat ini sudah tentu akan kembali
semula kepada pembayar zakat dari kalangan peniaga, usahawan, pembekal
barangan, perkhidmatan, kontraktor dan sebagainya kerana wang zakat digunakan
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita menjadi
hamba yang bersyukur kepada Allah SWT dengan menunaikan zakat harta kita yang
wajib dizakatkan seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat wang
simpanan, saham, KWSP, zakat tanaman dan binatang ternakan. Majlis Agama Islam
Perak telah menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat untuk kemudahan
umat Islam seperti pembayaran zakat kaunter di seluruh daerah Di Negeri Perak,
pembayaran zakat melalui potongan gaji, perbankan internet, ejen bank dan pos,
amil yang dilantik dan sebagainya
Ingatlah, ke suatu
ketika dahulu kita lahir ke dunia ini sebatang-kara tanpa harta, pakaian,
pangkat dan kedudukan. Lalu, dengan rahmat dan kasih sayang- Nya, Allah SWT
kurniakan kepada kita segala nikmat dan kebahagiaan. Rumah banglo, kereta
mewah, saham, wang simpanan, pangkat dan pekerjaan yang menjadi kebanggaan kita
pada hari ini.
Apakah dengan segala
nikmat tersebut, kita merasa berat untuk membalas kurniaan Alllah itu dengan
hanya mengeluarkan zakat sebanyak 2 .5% sahaja?.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah ke 2
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah,
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Muddaththir ayat
42 – 44:
Maksudnya: “(Ahli-ahli syurga bertanya kepada ahli neraka): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?” Ahli neraka menjawab: "(Dahulu) kami tidak termasuk dari kalangan orang yang sembahyang, dan kami juga tidak pernah memberi makan (bersedekah) kepada orang miskin".
Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :
1.
Membayar zakat adalah
salah satu bukti seseorang hamba patuh dan tunduk kepada perintah Allah dengan mengeluarkan harta yang
disayanginya
2.
Zakat adalah tali
penghubung di antara orang yang berada dengan orang yang kurang berkemampuan
3.
Orang yang berzakat dikurniakan
pahala yang berlipat ganda, dan Rahmatnya melimpah kepada seluruh masyarakat
4.
Menyayangi harta
sehingga tidak berzakat, adalah sayang yang tidak kena pada tempatnya. Bukankah
menyayangi dan mengasihi golongan yang miskin lebih mulia dari menyayangi harta
?
5.
Membayar zakat kepada
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebelum berakhir tahun 2012, berhak mendapat rebat
(pengecualian) cukai mengikut jumlah zakat yang dibayarnya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى
قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ
سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ
ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم
تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan