TUMPAT — Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi
Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie
Natasha Nazri, 21, pada majlis akad nikah di kediaman pengantin
perempuan di Pasir Pekan, di sini, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul
Mutalib pada 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil
disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.
Pada majlis tersebut juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa
Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair
menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang
hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie.
Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut.
Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, beliau
bersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah yang timbul.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan