17 Jun 2021

Kuih Tradisi Cina Tang Yuan atau Ee



Tang Yuan merupakan hidangan pencuci mulu tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Secara tradisinya ia dimakan semasa Yuanxiao atau Festival Tanglung. Namun, ia juga sering menjad pencuci mulut semasa majlis perkahwinan.

Kuih ini jika dilihat seakan kuih puteri mandi. Namun, ianya mempunyai sedikit perbezaan. Tang Yuan berbentuk bebola kecil yang dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.

Biasanya ia sering dimakan pada musim sejuk di bulan Disember jika di negara China. Dinamakan Perayaan Winter Solstice atau dalam bahasa Mandarin, Dong Zhi. Ada juga menggelarnya sebagai 'Chinese Christmas' kerana ia menandakan musim sejuk, menjelangnya akhir tahun untuk orang China. Selepas itu, akan tibalah Tahun Baru Cina pada musim bunga. Ia adalah tempoh yang paling sejuk di China dan secara tradisinya ahli keluarga akan berkumpul dan makan bersama. Lalu kuih atau dessert yang berbentuk bulat ini dihidangkan sebagai simbol kesatuan keluarga.

Dalam masyarakat Cina Kelantan dia kenali bebagai "EE" sering dihidang dalam perayaan pada penghujung bulan Disember  termasuk dalam majlis perkhawinan. Biasanya dibuat hanya campuran warna merah dan tanpa warna(putih).

Memasak Kuih Ee [kuih ee dalam Hokkien bermaksud kuih bulat] atau nama mandarinnya, Tang Yuan [bermaksud sup bulat] bukan susah, cuma perlu menguli tepung pulut dengan air panas, jadikan bulat-bulat kecil kemudian biarkan seketika sebelum merebusnya dalam air. Kemudian apabila ia timbul, direndam seketika ke dalam air sejuk kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi air gula dan boleh dimasukan daun pandan. 

Tiada ulasan: