15 Mei 2017

PCM dialu-alukan.

Kenyataan Media Penerangan 131/2
15 Mei 2017 : 18 Syaaban 1438

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat._

1. *PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya.* Sedang Islam itu adalah sebuah manhaj kehidupan yang akan memandu manusia menjadi sejahtera dan harmoni dalam sosial, politik mahupun ekonomi.

2. Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan non muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan.

12 Mei 2017

PAS Maju Bersama Gagasan Sejahtera Menuju PRU ke 14

PENGUMUMAN oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada petang Khamis, 11 Mei 2017, menjadi satu titik tolak yang besar kepada PAS dalam meneruskan langkah penting untuk PAS memimpin perubahan politik Malaysia dengan Sejahtera Bersama Islam. Tindakan MSU dibuat dengan perkiraan syarak seperti mana ketika meluluskan juga tahaluf siyasi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Kehujahan yang dilakukan oleh MSU tidak boleh dipertikai lagi sekiranya semua faham rujukan PAS adalah Quran, sunnah, ijmak dan qias. Dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, berlaku banyak perlanggaran perjanjian, dan kebiasaannya mereka yang melanggar perjanjian tidak diberi muka lagi seperti Yahudi Bani Qaynuqa yang melanggar piagam Madinah, Yahudi Bani Nadhir yang khianat kepada Islam. Ataupun seperti mana putusnya Sulh Hudaybiah, apabila Qurays melanggar perjanjian dengan menolong Bani Bakr yang bertelingkah dengan Bani Khuzaah yang mempunyai ikatan dengan Kerajaan Islam Madinah.

11 Mei 2017

Putus hubungan dengan PKR, Kenyataan rasmi PAS Selangor

*KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS*

PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Oleh yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

TAHAALUF SIYAASI PAS-PKR TERBATAL


Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak PAS
Sumber: HarakahDaily |  11 Mei 2017

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

10 Mei 2017

Keputusan kerjasama dengan PKR diputus esok.

MAJLIS Syura Ulamak akan bermesyuarat esok dan dijangka akan membincangkan kerjasama antara PAS dan PKR.

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob berkata tidak menjadi halangan untuk PKR kembali bekerjasama dengan PAS untuk ke arah kebaikan.

Bagaimanapun, jelasnya ia perlu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

Saf Kepimpinan PAS Selangor 2017/2019

MESYUARAT Perhubungan PAS Negeri Selangor kali pertama sesi 2017/2019 telah bersidang pada 9 Mei 2017 di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor, Shah Alam, dengan agenda pelantikan timbalan-timbalan pesuruhjaya, setiausaha, penolong-penolong setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, ahli perhubungan dilantik dan pengerusi-pengerusi lajnah
Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

1. PESURUHJAYA - YB USTAZ SALLEHEN MUKHYI
2. TIMBALAN PESURUHJAYA I - YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
3. TIMBALAN PESURUHJAYA II - YB TUAN IR MOHD HASLIN HASSAN
4. TIMBALAN PESURUHJAYA III - USTAZ MOHD ZAMRI ZAINULDIN

06 Mei 2017

Senarai Penuh Perlantikan AJK PAS Pusat , Pesuruhjaya Negeri dan Lajnah.

06 Sya'aban 1438H [MOD] -

Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.


Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan 
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil 
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som

Nasrudin dilantik semula Ketua Penerangan PAS, Razman dilantik sebagai Bendahari .


09 Sya'aban 1438H [MOD] -

SELAIN 18 jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar PAS baru baru ini, AJK PAS Pusat yang baru melantik tujuh orang lagi ahli jawatankuasa tambahan.
Mereka adalah Mohd Sanusi Md Nor, Saiful Bahri Mamat, Mohammad Hussain, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS  Datuk Takiyuddin Hassan yang dilantik semula pada 1 Mei lalu bagi sesi 2017-2019.

Bersama Hidup Sejahtera Dibawah Naungan Islam

Dr. Azman Ibrahim

PAS mengajak ke arah membina sebuah negara yang sejahtera dengan Islam. Semua bangsa dan agama akan diraikan dan dilindungi di bawah sistem Islam. Sebagaimana kita menerima hakikat bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa adalah ciptaan Allah kepada mahkluknya, begitulah juga kita menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai pegangan dan kepercayaan agama. Menghormati kepercayaan orang lain adalah perintah agama dan dalam masa yang sama kebenaran Islam mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Tetapi tiada paksaan sesiapa pun untuk memeluk Islam.

Insiden kes pukul di masjid yang baru berlaku hanya sekadar kes terpencil yang tak perlu diapi-apikan sehingga nyalaannya marak membakar sentimen perkauman dan keagamaan. Tiada siapa yang akan untung akhirnya.

05 Mei 2017

Jawapan kepada tuduhan PAS sesat politik

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM  
04 MAY 2017.


PAS sebuah gerakan Islam berpengaruh dan istiqamah sepanjang 63 tahun perjalanannya adalah paling konsisten berbanding mana-mana gerakan dan badan politik di negara ini.

PAS yang berpendirian menolak politik pragmatis dan machiavelli tetap berpegang dengan prinsip dan dasar perjuangannya sekalipun suasana dan kancah politik dengan pelbagai warna dan rupa.

Tuduhan Lim Guan Eng mengatakan PAS sesat dalam politik adalah semata-mata untuk memburukkan PAS hanya disebabkan PAS terus istiqamah dengan prinsipnya dan bergerak berpandukan petunjuk wahyu al-Quran dan Hadis.

04 Mei 2017

Hudud hanya untuk penjenayah

07 Sya'aban 1438H [MOD] -
ALANG IBN SHUKRIMUN

SAYA tidak tahu jika tulisan ini bakal mengundang rasa tidak senang bagi mereka yang sudah lama berjuang menegakkan hudud. Namun mengambil semangat sabda Nabi "Addenn Nasihah", saya kemukakan jua tujuh nasihat. Semoga membawa manfaat untuk masa depan umat di tanah air ini.
1. Cuba hidupkan terma 'hudud hanya untuk penjenayah' sebagai pembaharuan kepada tagline 'hudud hanya untuk orang islam.' Saya kira perkataan kedua ini membina gap dan kurang kukuh kerana dengan mudah di'spin' kata islam tak adil sebab orang islam mencuri kena potong tangan, bukan islam kena penjara saja. Ramai benar yang terpengaruh.

03 Mei 2017

UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN PAS

06 Sya'aban 1438H [MOD] - 

MUKADDIMAH

الحمد لله وكفى وصلاة وسلام على عباد الله الذين المصطفى وعلى أكرمهم وأشرفهم حبيبنا وشفيعنا محمد النبي المجتبى وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى.    

Yang Dihormati Pengerusi Tetap, Ashabul Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agong, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda & Muslimat, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Yang Dihormati Tan Sri Sheikh Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Pengarah Muktamar PAS ke-63 dan ahli Jawatankuasanya, para Perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

Siapa Sebenarnya Yang Sesat?


06 Sya'aban 1438H [MOD] - 

Benarlah anggapan ketenangan dan kelancaran Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63 yang berlangaung di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut menyebabkan musuh PAS makin kelam kabut dan jiwa mereka bergelora dan makin kacau.


Kerana hanya tindakan seorang pembahas Ucapan Dasar Presiden yang mewakili negeri Pulau Pinang yang ada menyebut DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membawa kepada kenyataan  bahawa parti PAS 'sesat' dalam berpolitik dan kononnya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Malah mereka  menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.

Halal Untuk Kami, Haram Untuk Tuan....

06 Sya'aban 1438H [MOD] -

Setiap hari kita melakukan pelbagai amalan yang tentunya bagi yang memahami bukan untuk dinilai oleh sesama manusia namun tidak lain hanya untuk nilaian Allah SWT. Kerana itu konsep keikhlasan dan niat sesuatu perbuatan itu yang hanya bersandar kan kepada Allah sangat ditekan dalam setiap amalan kita.

Saya bentangkan sebuah kisah yang mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita semua.
-------◇◇◇◇◇-------
Adalah Abu 'Abdurrahman Abdullah ibn al Mubarak al Hanzhali al Marwazi, seorang ulama' masyhur di Makkah yang menceriterakan riwayat ini.

02 Mei 2017

MENGENALI SAF KEPIMPINAN PAS SESI 2017/2019

05 Sya'aban 1438H [MOD] -

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor 

Muktamar PAS Pusat kali ke-63 telah melabuhkan tirainya dengan perwakilan daripada seluruh negara telah memilih kepimpinan PAS bagi sesi 2017-2019. Muktamar yang mendapat liputan luas media ini berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan paling ramai dihadiri oleh para pemerhati. 

Muktamar ini juga mendapat sorotan meluas kerana perwakilan memilih kepimpinan PAS untuk sesi 2017-2019. PAS dilabel sebagai parti lebai kampungan dan kami tidak pernah berkecil hati dengan gelaran tersebut malah merasa bangga menggalang gelaran "lebai " kerana kelompok inilah yang paling merakyat dalam hirarki sosial orang Melayu.