03 Mei 2017

Siapa Sebenarnya Yang Sesat?


06 Sya'aban 1438H [MOD] - 

Benarlah anggapan ketenangan dan kelancaran Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63 yang berlangaung di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut menyebabkan musuh PAS makin kelam kabut dan jiwa mereka bergelora dan makin kacau.


Kerana hanya tindakan seorang pembahas Ucapan Dasar Presiden yang mewakili negeri Pulau Pinang yang ada menyebut DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membawa kepada kenyataan  bahawa parti PAS 'sesat' dalam berpolitik dan kononnya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Malah mereka  menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.
Mengikut Kamus Dewan "sesat" bermaksud tidak tahu akan jalan keluar, kelam-kabut dan tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah.Atau tidak mengikut jalan yg betul; tersalah jalan dan tidak mengikut ajaran yg benar; menyimpang dari kebenaran: Sebelum datang Islam.

Sekali ingat malas untuk melayan namun saya terpanggil untuk mengingatkan dan menjelaskan kepada diri dan seluruh pejuang yang masih Istiqamah bahawa sesungguh kesesatan yang ditujukan kepada PAS adalah gambaran dan luahan kekecewaan yang tidak terhingga bila mereka sudah berputjs harap selepas gagal memujuk PAS bersama mereka dalam Pakatan Harapan.

Penegasan PAS yang akan terus melayari bahtera perjuang politik dengan Gagasan Sejahtera berpan dukan kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) ternyata mengecewakan banyak pihak. PAS sesungguhnya berada dilandasan yang benar.

Ditambah dengan Ucapan Dasar Presiden PAS dengan Tema " Sejahtera Bersama Islam" menin gkatkan kedudukan Presiden PAS sebagai seorang Negarawan Islam yang makin disegani oleh banyak pihak. Ucapan Dasar yang tidak menyentuh banyak kepada pihak lawan dengan membentangkan tawaran Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada negara menyebabkan musuh tidak dapat mencari helah untuk menyerang.

Akhirnya ribut yang melanda, usul tahalug siasi dan ucapan perwakilan dari Pulau Pinang dijadikan bahan momokan yang menyerlah dan menampakan ketidak matangan pihak lawan PAS.

Wirid UG dan PAS akan bergabung dengan UMNO dalam PRU akan datang terus menerus dikumandangkan diluar dewan muktamar sedangkan kami para pemimpin dan seluruh perwakilan berhari-hari sedang membincanglan bagaimana untuk menumbangkan UMNO dalam PRU ke 14 jauh sekali ada topik dan perbahasan serta usul supaya PAS bergabung dengan UMNO.

Mungkin mereka sedang mengikuti  siaran langsung dari parti pas yang datang dari planet lain seperti yang Shah Alam sebut.  Boleh jadi parti dari planet lain itulah yg akan begabung dengan UMNO. Sama sekali bukan dengan kami PAS.

Ayuh  kita bergerak maju terus kehadapan tanpa menghiraukan pelbagai cerita dogeng dari para musuh yang sentiasa tidak senang dengan keputusan dan tindakan PAS.

Cina Islam
Kuala Kangsar
3 Mei 2017.

Tiada ulasan: