27 Februari 2009

Dakwah Kepada Non-Muslim

Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit".

Kehidupan berbilang bangsa di negara kita Malaysia adalah sesuatu yang sangat unik.Percampuran budaya antara berbagai bangsa berlaku tanpa disedari. Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangaa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
" Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".

Islam terus menerus memproses manusia menjadi insan kamil. Berpandukan dua peninggalan Rasulullah iaitu Al Quran dan As Sunnah manusia tidak akan sesat selama-lamanya walaupun dalam keadaan manusia berbodong-bondong menuju kesesatan.

Alhamdulillah bangsa Melayu telah melalui berbagai fasa pembentukan masyarakat Islam sehinggakan pada masa ini. Pembentukan masyarakat Islam bukan sahaja bermula dirumah tetapi ianya mesti diteruskan diluar rumah. Sebab itulah memilih satu kerajaan yang boleh membentuk satu sistem masyarakat dalam semua sudut yang dipandu oleh Al Quran dan As Sunnah adalah wajib. Malah ianya adalah prinsip dan aqidah umat Islam. Firman Alah SWT:" ..jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu hal, kembalikah kepada Allah dan Rasul..".

Subhanallah, yang telah memberi hidayah kepada ramai penganut agama lain untuk memeluk agama Islam. Setelah mengkaji secara ilmiah Al Quran dan As Sunnah dan dengan fikiran terbuka akhirkan jalan kebenaran ditemui jua.

Pengalaman penulis sebelum mengucap dua alimah syahadah. Saya telah membeli naskah Al Quran dan majalah-majalah Islam dalam tahun-tahun akhir 80-an, akhirnya memilih Islam yang terbaik dari segala anutan yang lain, Islam malah sebagai ad din, atau 'the way of life' yang tidak bolah disamakan dan dibandingkan dengan ajaran agama lain. Sabda Rasulullah "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya".

Seorang Insan yang memilih jalan Islam dengan maksud mengamalkan ajaran Islam, artinya melahirkan satu contoh yang terbaik untuk mendakwah non muslim. Dakwah bil hal inilah yang menampakkan cantiknya Islam , ditambah dengan dakwah bil lisan yang juga tidak dapat ditinggalkan.

Persoalannya, melihat kepada rata-rata orang melayu yang beragama Islam, terus terang saya katakan lambat lagi dan bukan penyebab yang besar saya masuk Islam. Tanpa menyakini Hidayah itu adalah suatu kuasa Allah SWT yang diberikan kepada makhlukNya yang di kasihiNya.

Cuba tengok di kelab-kelab malam, kedai nombor ekor, toto,pusat judi,karaoke ,kedai arak , bunuh dengan kejam macam Altaltuya dibunuh, mat rempit, rogol dan sebagainya.Siapakah mereka itu?

Perlu diingatkan keadaannya sekarang seperti sebiji gelas yang sangat kotor, itulah orang Islam yang maksiat, dengan Islam seperti air yang sangat jenih. Jika air tersebut dimasukkan kedalam gelas yang kotor, kehebatan Islam terselindung. Walaupun Islam tetap suci dan murni, telah diaibkan oleh pemeluknya.

Berjuang dengan Islam sehingglah berada dalam jemaah Islam suatu perkara yang sangat indah dan kurniaan dari Allah jua, tetapi jangan lupa kepada bedakwah kepada non muslim.

Mulakan mengajak kawan-kawan terdekat yang non muslim dengan secara berhemah untuk menyelamatkan mereka, jangan lupa juga mendoakan mereka sekurang-kurangnya, kerana itulah sunnah Nabi yang mendoakan Umar Al Khatab sehinggalah dia masuk Islam. Kalaulah dengan menyampaikan Islam secara perbuatan dan lisan kita tidak di amalkan, masakan dengan berdoapun kita tidak pernah, satu perkara yang sangat ganjil dalam dairi kehidupan orang Islam.

Disamping itu, kepada yang telah masuk Islam, jagalah hati meraka, buka dengan maksud supaya memuliakan dan melebih-lebihkan.Paling kurang beberapa hal yang saya hendak senaraikan:-

1.Jangan berterusan memanggil orang masuk Islam dengan panggilan Muaalaf. Tidak salah saya hanya sekali sahaja Allah menyebut di dalam Al Quran dalam Surah At Taubah dalam ayat berkaitan dengan asnaf zakat.Natijahnya saudara kita seolah dikelaskan dengan satu kelas yang tidak berganjak dari mula masuk Islam sampai ke mati. Malah ada berlaku di Bagan Serai Perak, seorang yang masuk Islam sebelum Merdeka telah di panggil muaalaf sampai mati dan terkena lagi kepada anak cucunya dengan gelaran anak ........muaalaf.cucu...muaalaf. Keluarga saudara kita juga merasakan sesuatu penghinaan kepada anak-anak mereka.

2.Masuk Islam bukan masuk melayu.awasilah lidah anda dari menyakitkan hati orang cina, india dan lainnya. mereka tidak sekali-kali masuk melayu, apa lagi dalam keadaan UMNO yang mengadaikan melayu sehinggalah keris pun tidak bersarung lagi, hak orang melayu semuanya dilucutkan seperti keris dilucutkan dari sarungnya.

3. Bertanggung jawablah kepada sesiapa sahaja yang telah anda ajak dia masuk Islam, didiklah meraka supaya menjadi umat Islam yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain lain, khususnya kepada keluarga mereka. Adakah dianya anak angkat, atau dulunya kekasih yang telah jadi isteri, didiklah asuhlah mereka dengan lebih bertanggungjawab.

11 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Kekadang malu dengan saudara seIslam yang mendapat hidayah melalui Nur Allah. Mereka lebih memahami dan menghayati pengertian Islam, berbanding Melayu-Islam yang mewarisi secara turun temurun.

Terima kasih. Pandangan tuan amat sesuai dan harus dijadikan panduan supaya kita tidak memandang rendah saudara Islam bukan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya YB pertengahkan isu mcm ni. terima kasih. Mentaliti mengkelaskan org yg memeluk islam tu perlu dihakisi. saya pernah berdebat dengan org yg lebih tua dari saya kerana isu mcm ni. Islam itu Addin.. tetapi kebanyakkan org yg berbangsa melayu kononnya islam menyebabkan pendekatan kaum lain terhadap agama islam menjadi sempit. saya sangat geram terhadap isu mcm ni. kepada org yg pendek akal, pernah tak terfikir, apabila di mekah, seluruh UMAT ISLAM berkumpul tanpa ada perdulikan WARNA KULIT dan status keislamannya baru atau lama? YB tolongg bangkit dan kupaskan isu ni lebih lanjut. kalau boleh brainwash kan dan brainstormingkan orang2 yang tak faham tentang islam. kalau boleh buat satu forum, bersama ustaz ravi, ridzuan tee dan lain2. dlm berpolitik, kita politik juga, tapi kadang2 sy sgt bosan dengan apa yg berlaku. cadangan saya yb buat satu web yg lengkap dlm pengkhususan bab keislaman dan keimanan. sebelum mereka tersasar jauh, lebih baik mereka diberi pendedahan asal kejadian manusia dan juga wasatiah dlm hidup. Org yg berkopiah tidak semestinya lebih tahu, org yg berkot tak semestinya naif. bagi saya, saya dahagakan lebih pendekatan dakwah dan sirah. harap YB pertimbangkan cadangan saya, sebab kalau dikira secara mata kasar, kita banyak NGO berkaitan dakwah dan kebajikan, tapi fungsinya tak tentu hala.

Tanpa Nama berkata...

ya... saya bersetuju dgn pendapat en. zam.... idea yng sungguh bernas.... terima kasih Drs pasal mendedahkan artikel nie.... bnyk jgak saya tak tau pasal benda2 nie.... Diharap supaya warga M'sia tak kira kaum melayu,cina dan india dapat mengikuti islam yang syumul ini...

Leenoh berkata...

Salam.
Masjid Cina Islam perlu diwujudkan di setiap ibu negeri di Malaysia untuk menggambarkan Islam untuk semua.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu perlu ingat sejarah. Sebelum zaman kegemilangan Melaka, kebanyakan orang Melayu beragama Hindu. Ketika itu orang Cina dan India telah terlebih dahulu memeluk Islam.
Islam untuk semua & PAS untuk semua!
Allah juga yang Maha Besar. Allahu Akbar!!!

Tanpa Nama berkata...

dulu org asli la...org melayu ada setelah umno sahaja..wakaka...

Tanpa Nama berkata...

YB yang ada kat kelab mlm,main judi,merempit,buat maksiat tu mualaf jugak, Melayu mualaf

Tanpa Nama berkata...

Drs, Blog adalah satu media yg boleh dimanfaati.Sebagai produk di IAINS Raniri,syukur kira YB dpt berkongsi ilmu dgn tamu di laman YB.Bukan setakat ilmu dakwah belajar Mandarin pun mahu.Tabir Bamboo sudah terbuka.Byk khazanah Tanah Besar China boleh diteroka. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih YB. Di desa kelahiran saya dalam DUN Bayu ada seorang yang berketurunan Siam dan khabarnya dia dipelihara oleh orang Melayu sejak zaman kanak-kanak. Ahli Parlimen Baling, Haji Taib Azamudeen (bersaudara dengan saya juga) barangkali ingat dengan Rahman Mualaf. Dialek desa kelahiran saya menyebut 'Lahman Makloh'. Tak pasti pula saya sama ada beliau masih ada kini kerana saya telah meninggalkan desa kelahiran saya sejak 1974 lagi setelah memperolehi pekerjaan di sebuah agensi kerajaan dan kini sudah bersara (sebenarnya dipaksa bersara sejak penghujung 2007 setelah diserang angin ahmar atau strok dan dianggap tidak bernilai lagi).

Syor saya ialah agar YB Haji Taib (Ahli Parlimen Baling) yang pernah jadi Imam Satu Masjid Negara itu adakan ceramah penerangan agar dihentikan menggelar mereka yang memeluk Islam dengan gelaran mualaf atau seumpamanya.

Oh... ya, baru saya teringat ada seorang berketurunan India masuk Islam dan sekarang telah meninggal dunia bernama Ishak (Haji Ishak). Allahyarham memanggil saya sejak kecil 'Tara Duit' (Tak ada duit) kerana dulu masa saya masih kanak beliau selalu datang ke rumah saya atas jemputan Allahyarham bapa saya untuk menerima zakat padi. Sewaktu dia datang hari dah hampir malam dan Allahyarham berjemaah fardhu Maghrib di rumah saya. Saya sebenarnya keliru kerana menyangka beliau adalah penjual roti.

Pada waktu itu ada seorang Benggali menjual roti sering masuk kampung bernama Mohd Jamal yang selalu memakai kopiah putih seperti Allahyarham yang kami panggil Pakcik Isa.

Saya yakin YB Haji Taib masih ingat kepada Allahyarham kerana Allahyarham Haji Ishak tidak dibinkan Abdullah, sebaliknya ialah Haji Che' Teh, iaitu datuk (Tok Ayah) YB Haji Taib. Allahyarham memanggil YB Haji Taib sebagai 'Namuyi'.

Tanpa Nama berkata...

Malu saya akan cerita, tetapi ini realiti.

Hujah saya kadang2 terbantut, bila Non-muslim bertanya:
1)kenapa orang Melayu-Islam tak solat,
2)kenapa orang Melayu-Islam tidak menutup aurat,
3)kenapa orang Melayu-Islam minum arak,
4)kenapa orang Melayu-Islam tidak puasa,
5)kenapa orang melayu-islam makan rasuah dan macam2 lagi.

Memang kita boleh mematahkan pertanyaan itu, tetapi sebagai melayu-islam, saya malu dan rasa terhina sekali.

Oleh itu, saya harap sangat PR dapat menjalankan HUDUD secepat mungkin. Harapkan BN tak jalan2.

Unknown berkata...

masjid cina islam? masjid mana2 pon,semua bangsa yang menganuti agama islam boleh masuk,sayang. sbg cth,masjidil haram.. bukan haram utk kita pergi,tetapi haram utk non-muslim..