Pasukan bolasepak negara kalah lagi. Kali ini kalah dengan pasukan Maldives yang menduduki tangga ke 174 senarai FIFA (http://www.fifa.com/), sedangkan Malaysia kedudukannya lebih baik iaitu 166. Teruknya Pasukan bosepak negara, apakan tidak Presiden FAM masih orang yang sama dan menyibuk hal yang tidak sepatutnya.Jagalah amanah yang dipegang dah lebih sepuluh tahun dari menyibuk buat komen tentang himpunan BERSIH baru-baru ini. Kalau rasa tidak mampu lagi bagilah peluang kepada orang lain memimpin.
Itulah realiti yang kita lihat kepada pasukan bolasepak negara yang sedang membuat persiapan terakhir untuk ke Sukan SEA Korat. Saya pun tidak perasan sangat mengenai kekuatan pasukan maldives. Yang kita tahu negaranya hanya ada sejuta lebih penduduk dan tidak semaju dan sekaya kita. Negara yang bila-bila masa boleh tenggelam oleh kenaikan paras air laut. Apalagi terbukti dengan ranking FIFA Maldives jauh ke belakang dari pasukan Malaysia.
Namun sial datang lagi kepada pasukan Malaysia. Skuad bawah 23 tahun negara dalam perlawanan pada sabtu lepas kalah 0 - 1. Pemain yang menyumbat gol ke gawang Malaysia bernama Assad Abdul Ghansi dengan melakukan tandukan hasil dari satu tendangan sudut pada minit ke 47.
Ada beberapa hal yang saya lihat kepada lemahnya pasukan bosepak negara. Pertama nya kepimpinan yang tersangat elit yang tiada siapa sanggup menegur. Sepatutunya Pak Lah pun komen tentang perkara ini, sebab katanya kita kena bercakap benar walaupun ianya pahit didengar...Kalau dinegara lain teraju tertinggi persatuan bolsepak sering berubah dan sering di kritik tetapi tidak nampak berlaku di Malaysia. Yang dikritik mungkin pemimpin no 2 dan kebawah, yang no 1 tidak siapa yang sanggup buka mulut.
Pada tulisan yang lepas dengan tajuk : ANGKA SIAL BOLASEPAK NEGARA. saya telah cadangkan struktur kepimpinan FAM mesti berubah kalau kita mahu melihat kemajuan pemainan kegemaran utama ini.
Paling menyedihkan utusan Malaysia 18 November 2007 melapurkan pada hari yang sama Presiden FAM memberi komen tentang himpunan bersih yang kononnya dikaitan dengan DYMM Yang di Petuan Agong dan fitnah.
Sebetulnya masalah sekarang kita tidak pernah menyatakan Yang di Pertuan Agong merestui himpunan BERSIH tetapi kita dan berulangkali menyatakan pihak istama merestui menerima Memorendum BERSIH.
Jadi dari memberi komen dalam masalah sekarang, saya kira lebih wajar beri komen kepada kekalahan Malaysia kepada Maldives.Keduanya, gaya persembahan dan berita mengenai sukan dinegara kita dalam semua saluran apa lagi RTM Zam, sangat terkebelakang dengan gaya persembahan berita sukan negara lain. Contohnya Thailand, apalagi China yang akan mengendalikan sukan olimpik Beijing 2008.
Apa yang saya lihat sangat sedikit waktu untuk memberi ulasan sukan yang berlaku diseluruh negara. Sedikit dalam berita utama dan berita lain, dan sangat sedikit rancangan yang boleh menaikkan semangat rakyat untuk bersukan.Sepatutnya bukan sekadar itu , negara kita sudah sepatutnya memeliki satu saluran sukan dan media atau akhbar khusus yang melaporkan perkembangan sukan negara.Balik-balik media hanya menyiarkan perebutan kerusi empuk dan jawatan tertentu sukan seperti FAM. itu-itu saja nak termuntah rasanya.Ketiganya, jelas Sukan dinegara kita di politikkan. Inilah salah satu penghalang kepada kemajuan sukan yang kita harapkan.
Sialnya sukan dinegara kita akan hilang sekiranya kepimpinan negara berubah kepada pemimpin yang amanah dan bertanggung jawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan