Himpunan Hindraf yang dikaitkan dengan tuntutan kaum India menampakkan peranan dan kedudukan Samy Vellu dalam persoalan yang sama.
Nampaknya Samy Vellu tidak mahu melambatkan semua tuntutan yang diperlukan oleh kaum India dengan menggunakan saluran resmi dalam pakatan BN untuk menuntutnya. Sekali ini dia main kayu tiga dengan bertopeng di sebalik Hindraf untuk menyegerakan semua kemahuan kaum India.
Bahkan, pendedahan Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan MIC agar menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji tuntutan dan pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat India negara ini mengukuhkan lagi tanggapan umum bahawa parti itu seakan 'merestui' dan main kayu tiga dengan apa yang diperjuangkan Hindraf.
Akhbar-akhbar harian, Jumaat (30 November) menyiarkan dakwaan Samy Vellu bahawa pihaknya telah diarahkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menubuhkan jawatankuasa khas tersebut. Menurut Presiden MIC itu, Abdullah mahu jawatankuasa itu menyediakan laporan lengkap mengenai tuntutan masyarakat India untuk dipertimbangkan kabinet.
Kata perpatah Melayu "ada mee di sebalik udang", " kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang". Kita faham benar dengan gelagat pemimpim MIC yang agak gusar kerana tidak dapat memenuhi kemahuan kaum yang diwakilinya dengan cepat.
Persoalan lain yang akan dihadapi oleh orang pemimpin MIC ialah apa yang berlaku di beberapa tempat apabila penguasa kerajaan tempatan ingin merobohkan kulil-kuil yang dibina secara haram yang kebanyakannya tidak ada kebenaran. Pastinya tuntutan kaum India merangkumi masalah ini. Tidak kah dinamakan bodoh kalau persoalan kuil tidak termsuk dalam tuntutan mereka.
Bayangkan Mesjid dan Surau, sebelum Sekolah Agama Rakyat (SAR), diperlakukan begitu sekali, bukan setakat tidak diberikan makan kalau dinamakan anak. Tetapi telah "dibunuh" dengan kejam. Puaslah hati pemimpin UMNO setelah mereka dapat mengambil alih hampir semua SAR setelah pengurusan lama "di matikan". Jasa UMNO kepada SAR insyaAllah tidak akan kita lupa sampai hari kiamat.
Sedangkan keperluan bangsa asing dilayan dan lebih terbela. Kuliah, tazkiran dan pelbagai kegiatan di mesjid dikawal dan diselia ketat. Hatta dengan rakusnya UMNO seluruh negara merampas hak pengurusan mesjid dari ahli qariah. Hasilnya mesjid jadi mati dan tidak bermaya, cuma yang ada sembahyang jemaah. Itupun jika masih ada, dan kita tidak dapat bayangkan jika UMNO lagi lama memerintah tidak mustahil mesjid akan ditutup.
Sudah tiba masanya pemimpin UMNO kembali kepada jalan yang benar dengan memperjuangkan agama dan bangsa sendiri dengan penuh keiklasan. Kiranya belum terlambat, apa lagi Allah itu Maha Pengampun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan