12 Januari 2008

Isue Maya Karin : Jawapan Kepada Ketua Puteri UMNO

Saya bukan lah minat sangat untuk menulis mengenai isue Maya Karin. Tetapi apa bila membaca kenyataan " bodoh " dari Ketua Puteri UMNO Malaysia Noraini Ahmad saya rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu yang saya rasa perlu diketahui umum.





Kedatangan Maya Karin cuma untuk menjadi ahli forum untuk mengupas persoalan profesion yang diceburinya. Kehadiran Maya Karin untuk menjadi panel forum berbeza dengan konsert yang dianjurkan oleh UMNO, jauh sekali menganggu waktu sembahyang rakyat Kelantan. Jadualnya pun tidak pada waktu sembahyang. Kehadiran lelaki dan perempuan diasingkan kerusinya. Malah lebih menarik Maya Karin bertudung dalam program tersebut.

Mungkin suatu perkara yang tidak mengejutkan rakyat kelantan kerana Maya Karin telah bergaya dalam Iklan Celcom dengan memakai tudung khusus untuk iklan Celcon di Kelantan sahaja . Jauh lebih baik dari tudung Ketua Puteri UMNO.

Maya Karin telah pun menyatakan kekesalannya apa bila kedatangannya di Kelantan telah dipolitikkan dan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia. Kata Maya Karin sebagai dipetik dalam laporan tersebut : “Saya ke sana pun atas jemputan pihak kerajaan negeri bagi menjadi salah seorang panel bagi sesi dialog yang berjudul Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusiaan bersama Hassan Abdul Muttalib, Mamat Khalid dan Dr. Hatta Azad Khan.

“Apabila mendapat peluang sebegini, saya merasakan ia adalah satu peluang untuk memperbaiki diri saya dalam membentangkan pendapat saya tentang dunia perfileman. Saya pernah menjadi panel sewaktu Festival Filem Malaysia Ke-20, Ogos lalu dan waktu itu, saya dapat melihat banyak kekurangan yang saya lakukan.“Jadi, apabila mendapat peluang untuk sesi dialog di Kelantan, baru-baru ini, saya mengambil peluang itu untuk memperbaiki segala kelemahan saya dan saya agak sedih apabila kunjungan saya ke sana telah dipolitikkan. Jangan salah ertikan kunjungan saya ke sana,” katanya dalam nada tegas.

Kelmarin akhbar yang sama menyiarkan kenyataan resmi dari Kerajaan Kelantan. dengan tajuk berita " Kelantan Kesal Kedatangan Maya Karin dipolitikkan".

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.
“Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar,” .

Ketua Puteri hendaklah faham kedatangan seorang artis untuk menganjurkan konsert atau membentangkan kertas kerja atau forum. Bagi kita siapapun boleh diundang untuk tujuan tersebut. Yang menjadi standard oleh UMNO dan BN dan yang kita bantah ialah penganjuran konsert yang merlampaui batas-batas keagamaan dan moral. Apalagi dengan tujuan untuk meramaikan majlis tertentu untuk menutup malu. Termasuk dalam kempen UMNO artis dijemput untuk meramaikan majlis.

Berbeza sekali kalau Kelantan mengundang artis untuk menyanyi, itupun kita ada cara tersendiri seperti dalam isue Mawi. Kita yakin Kelantan masih sama prinsip dan dasarnya dalam soal hiburan. Jangan cuba putar belit masaalah.

Perlu di ketahui oleh Ketua Puteri UMNO dan pengikutnya bahawa apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan PAS di Kelantan adalah prinsip Islam. Apakah Puteri UMNO mula takut dengan bayang-bayang sendiri, dan yang jelas nampak terdesak adalah orang-orang yang lemahnya Imannya dan berjuang atas dasar kebendaan seperti kamu.

Tiada ulasan: